Bismillah hir rahman nir rahim .
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
malam ini saya punyai masa senggang ... untuk menukilkan dan mewarnai dinding senyap ini.
apa pun yang berlaku sebelum ini hanyalah sebahagian kecil dari kehidupan yang setiap orang akan mengalaminya termasuk diri saya.
saya tidak mahu mengungkitkan nya , cuma saya ingin berkongsi beberapa lagi foto-foto saya dan keluarga semasa menyambut hari lebaran .
saya sudah pun cuba untuk meredhai apa yang berlaku dan telah membuang jauh segala yang telah membuatkan fikiran dan hati menjadi tidak menentu .
Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah SWT kerana ianya tidak akan berlama-lama mengganggu kehidupan saya .
ini lah suami saya , seorang yang telah pun saya kenal tiga puluh empat tahun yang lalu ...cukup lah jika saya hanya sekadar meletakkan gambar nya sahaja .
dia bukan seorang yang ternama dan terkenal namun hadirnya kali ini telah membuatkan saya merasa tenang dan ada sedikit ketakutan tentang perkara yang mendatang.
tetapi itu semua bukan lah penghalang terbesar dalam hidup saya , kerana hidup adalah keberanian tentang yang tanda tanya .
Jadi lah ya ... cukup sampai disini dulu ... InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di lain waktu.
Jaga diri dan hati , salam sayang , untuk semua pelayar-pelayar .
#Jane ... ini sebahagian lagi foto-foto yang sempat saya kongsikan untuk semua .
terima kasih Salina Arifin .