Saturday, July 11, 2015

Kita Mampu Mengindahkan nya ...








Bismillah hir rahman nir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah , sudah pun kita lalui Ramadhan yang semakin akan tiba ke penghujung nya , 
dan tidak berapa hari saja lagi Syawal akan menjelma pula.
tentu ramai yang sudah bersibuk-sibuk untuk mengemas rumah , 
menggantikan yang lama dengan yang baru ...contohnya langsir dan sofa , 
paling tidak pun jika tak berganti akan di cuci agar nampak bersih ... kannn ?

hehehe ... aku percaya ramai yang risau bila nak raya .
mana nak siap kan kuih muih dan sebagai nya ... 
penat lah nak taip semua , 
tapi aku rasa orang Melayu sangat faham dan tahu apa maksud aku .

namun bagi aku , itu semua tidak lah begitu penting dan menggusarkan hati , 
aku tidak pun menukar barang-barang lama kepada yang baru ,
tapi menggantikan barang-barang sudah rosak dan sudah patut di buang dalam tong sampah. 
dan selebihnya cukuplah sekadar membersihkan semula supaya nampak kembali *bercahaya ... 

apa yang membuat rusuh hati aku ialah tentang amalan dan ibadah sepanjang bulan yang mulia ini.
apakah telah sempurna dan di terima oleh Allah ?
apakah ianya sekadar  tonggang-tonggek beramal namun sia-sia ?
cukup menakutkan aku jika amalan yang aku lakukan beriya-iya namun Allah tak pandang sebab mungkin masih ada terselit kekotoran hati ... maksudnya masih ada perasaan dengki dan iri , masih mengumpat dan mengeji , masih busuk hati.
maklomlah ...aku bukan manusia yang benar-benar alim dan warak .
dan aku pun menyedari bahawa aku bukan baik sangat , 
masih ada kekurangan dan kelemahan di sana sini.
namun seperti insan lain juga , 
aku mencuba memperbaiki dan menampal segala #kecacatan dan #kebocoran yang mungkin ada dalam amal dan iman sendiri.

Allahu Rabbi , sesungguh nya Engkau Maha Mengasihani , 
aku berharap segala nya tidak akan jadi sia-sia , 
terima dan redhai aku insan yang lemah lagi tidak berdaya ini Ya Allah ...

apa pun aku yakin , sebagai hambaNya , kita manusia kena bersangka baik dengan Pencipta yang memiliki seluruh semesta alam.
kadang-kadang dalam hati kita ada syak dan was-was , seolah-olah bisikan syaitan yang menghasut , walhal terkadang kita lah sendiri yang beraja di mata bersultan di hati.
Syaitan yang tergari namun kita menjadi syaitan dalam diri sendiri ... aduhai ... 

oleh itu , lebih baik kita bertanya hati sendiri , 
apa khabar iman ku  ?
apa khabar amal ku  ?

daripada sibuk dengan nak membeli itu ini sebab nak berhari raya sakan , 
lebih baik kita pertingkatkan lagi amalan dan perbaiki iman .

hidup ini indah kalau kita tahu dan mahu mengindahkannya , 
cukup ala kadar saja nak menyambut raya.
bahagia itu pun pada aku seadanya saja.
semua ini hanya dunia , 
apa nak heboh bagai nak rak ... kannn ?

#Jane ...jadi , ingat pesan orang lama ... dan pantun lama yang Mak aku selalu suka ulang-ulang semula , 

~ halia ini tanam-tanaman
kebarat jua akan condong nya
dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat jua akan hujung nya. ~


terima kasih Hajjah Mazainah Yusuf yang aku sayangi dunia akhirat ...tanpa Mak aku tak ada dalam dunia ini dan tidak menjadi *orang...






Al-Fatihah buat Mak , Hajjah Mariam Shaari 










Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...