Bismillah hir rahman nir rahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua pelayar-pelayar blog *kataku jiwaku.
selamat hari raya aidil fitri minal aidil walfaidzin.
mohon maaf kan saya zahir dan bathin atas segala salah dan khilaf sekiranya ada.
kepada pelayar-pelayar dari jauh mahu pun dekat ,
saya berharap kita bersama menghayati arti lebaran yang membawa kemenangan buat kita selama sebulan melalui Ramadhan yang penuh ujian ... yang menguji kekuatan iman dan kesabaran serta keredhaan kita untuk berubah dari yang biasa kepada iman yang luarbiasa.
memang sukar mengekal kan nya selepas sejurus kita menyambut ketibaan Syawal kerana syaitan sudah pun bebas lepas , dan apa yang kita perlu kekal kan ialah apa yang telah pun kita praktik kan semasa di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah , saya yakin yang kita semua mampu dan berusaha mengekal kan kekebalan dan keteguhan iman di dada untuk melawan godaan syaitan yang sentiasa akan menggoda kita.
baiklah , saya tidak punya cukup masa kali ini untuk menukil dan mewarnai ruang senyap ini , cuma saya mahu kongsikan beberapa foto saja yang di rakam semasa kita semua menyambut Syawal yang tiba beberapa hari lepas dan ada beberapa coretan akan menyusul kemudian nanti di lain waktu senggang saya.
rasa nya cukup sampai disini dulu ya ... ini ada lah sebahagian peristiwa gembira yang sempat di rakam ... suasana bahagia yang seada nya ... cukup dan memadai bagi saya walau pun kegembiraan ini saya lalui tanpa insan-insan yang tersayang samada yang telah pergi buat selama nya dan yang tak sempat pulang untuk bersama meraikan nya kerana berada di tempat lain dan jauh dari mata .
hanya ucapan dan doa saya pohonkan pada Ilahi Rabbi semoga yang tak tertatap pandang akan tetap di lindungi Allah walau di mana berada.
Salam Sayang , salam lebaran buat semua .
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar
Allahu Akbar Walillah hilhamd .
Taqabbalallahu minna waminkum , minnal aidil walfaidzin.