Friday, November 13, 2015

Bahagia ?





Kebahagiaan dalam perkahwinan itu adalah tatkala kedua-dua nya merasa bahagia , 
bukan hanya di satu pihak sahaja.
memang mudah bila kita mengata orang lain merampas kebahagiaan yang ada , 
namun pernah kah kita bertanya di mana kah kekurangan yang ada di dalam diri kita ?

pernah atau tidak kita bertanya pada pasangan masing-masing , 
ada kah mereka bahagia bersama kita sekian lama ini ?

pernah atau tidak kita seperti merasa terlalu selesa sehinggakan tanpa sedar yang kita telah mengabai kan pasangan kita ?

memang pada sesetengah orang tidak perasan yang selama ini dia *terlupa dan terabaikan pasangannya  sehinggakan tanpa sedar telah membuat *celah-celah kosong yang membolehkan orang lain menyelinap masuk dalam senyap tanpa pengetahuan kita.
apabila ketahuan ternyata segala nya telah terlambat.

apabila itu berlaku , siapa yang hendak di persalah kan ?
nak salah kan pasangan kita seratus peratus , 
atau menuduh si penghuru-hara yang membikin kecoh suasana , 
atau berbalik tanya pada diri sendiri ?

kita manusia memang tidak terlepas dari sifat alpa , 
selalu kita menuding jari menyalah kan orang lain sedang kan kita tidak sedar yang diri kita sendiri bermasaalah dalaman.
orang lain hanya melihat luaran yang kita tampilkan , 
sikap kita yang seolah-olah nampak *very humble , cool and gentle .
tetapi bila terjadi sesuatu yang menggugat kebahagiaan kita , 
then you can see the true colour !


#Jane ... sekali engkau hormat pada ku , seribu kali aku tunduk akur kemahuan mu.















Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...