Friday, November 13, 2015

Bukan Dia Tapi Aku !





setelah seberapa lama  ini aku mendiam kan diri untuk tidak bersuara tentang segala rasa hati , 
malam ini biar aku berbicara tentang diri ku yang kalian ingin tahu.
selama ini aku membiarkan segala kata yang tidak benar tentang seorang aku.
aku bersabar dan bertahan hati bila berbagai kata cacian yang aku ketahui di lempar kan kepada ku dengan secara senyap.

di belakang aku bukan main lagi mengata yang bukan-bukan , 
menuduh yang tidak-tidak ,
dan paling sedap memandai-mandai berandai-andai tentang diri ku .
seolah-olah lebih tahu dan faham tentang aku sedangkan bila terserempak di mana-mana terus mengalihkan muka atau menunduk sahaja ?

mengapa ya begitu ?
suka dengan cakap-cakap yang mendatangkan dosa ?
suka mengada-adakan cerita yang kalau diikutkan hati boleh berkelahi dibuat nya.

aku ni orang berniaga , yang membuka sebuah gerai menjual makanan .
dan setahu aku , sembilan puluh peratus rezeki yang terbaik datang nya dari perniagaan yang di jalankan secara jujur dan halal.
haruskah aku berhenti jika kudrat masih ada ?
haruskah kerana orang yang tidak suka perniagaan aku , 
maka aku harus berundur begitu sahaja ?

sekian lama , aku membesarkan anak-anak dengan hasil perniagaan kecil-kecilan ini.
dan untuk pengetahuan kalian , aku pernah berjualan  sejak lepas maghrib sehingga jam tiga pagi setiap hari , untuk mencari sesuap nasi bagi mengisi perut dan wang keperluan kehidupan .

jatuh bangun dalam perniagaan , bukan perkara yang baru bagi ku dan itu tidak melemahkan semangat untuk terus berjuang demi mencari rezeki yang halal.

Jadi , jangan berkata sesuatu yang tidak baik tentang aku.
Jangan pandai-pandai menyuruh aku berhenti berniaga hanya kerana perasaan tidak puas hati dan cemburu.

aku tak akan bertolak ansur bila ada yang berkata , 
"tak elok mendedahkan aurat di depan pelanggan."

selama aku berniaga , sekarang lah yang aku dengar , perkataan dari mulut yang celupar seperti ini.


#Jane ...hey !baik-baik berkata , tak ada lebih nya awak dari saya !








Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...