Aku Terima Nikah nya .




aku tutup semua ,
pintu dan tingkap
aku tak apa-apa
biasa tak berhubung dengan sesiapa
biasa sendiri
jadi tak perlu rasa bersalah

aku tidak pernah takut
tidak pernah ragu dengan sikap ku
sebab hanya aku yang tahu siapa aku

aku tak akan apa-apa
tak akan mati kering
tak bermaya

sebelum pintu terhempas pecah
jangan memaksa lagi
untuk ia nya terbuka

sebelum kalimah maut terucap
biar kan saja aku

masa akan menentukan
takdir yang tidak pernah mungkir
pada akad yang terucap
aku terima ...

By Aslinah Ali

apabila kamu telah membina dua kediaman
berlaku baik dan adil lah
jika tembok batu yang kukuh tertegak disana
disini jangan hanya kayu buangan
jika di sana intan berlian
disini jangan hanya gelang rotan


Surah An -Nissa' ayat 129

Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu ,
sekali pun kamu bersungguh-sungguh  ( hendak melakukan nya )
oleh itu jangan kamu cenderung dengan melampau-lampau
( berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi )
sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung ( di awang-awang )
dan jika kamu memperbaiki ( keadaan yang pincang itu )
dan memelihara diri ( dari perbuatan yang zalim )
maka ALLAH maha pengampun lagi maha mengasihani.

~ Zainab ... semoga ALLAH mengampuni dosa ku dan dosa kalian.



ini rezeki , siapa yang beri jika bukan ALLAH ?









Popular posts from this blog

ALANG ...

~ KASIH MAMA UNTUK MU ~

~ Tenang ~