terkejut aku semasa habis makan di kedai ,
tiba-tiba terpandang seorang lelaki sedang berjalan sambil memerhati ku.
aku amati rupa nya , sebab dia agak jauh .
oh , rupa-rupa senior sekolah aku , Jamaludin.
dia tersenyum dan datang ketempat duduk aku.
apa khabar As ?
Alhamdulillah , baik jer , u macam mana ?
I pun ok , I cari kedai u tapi kawan u kata u dah tak berniaga lagi.
Oh , I suruh anak buah I jalan kan perniagaan I sekarang sebab I dah kaya ... hehehehe
kawan aku Kak Mah yang duduk disebelah ketawa sama .
lama juga kami berbual , sehingga tercerita hal rumah tangga nya pada kami.
Jamal beristeri dua , dia seorang guru dan sekarang pencen awal sebab dah jemu .
Jamal ni peramah orang nya , rupa ada , ada gaya ,
bak kata handsome juga lah sebab tu masa sekolah dia ramai girlfriend.
tapi aku bukan girlfriend dia ya sebab masa sekolah aku tak pernah ada boyfriend.
lepas SPM baru nak menggatal dating dengan suami aku yang sekarang.
itu kisah masa budak-budak , perasaan nak punya boyfriend mesti ada pada setiap anak dara.
kalau tak ada perasaan itu tak normal lah aku rasa.
berbalik kisah Jamal , dia selamba jer cerita tentang dia yang beristeri dua.
kata nya sudah sepuloh tahun dia kawen dengan isteri kedua nya namun isteri pertama tak pernah berbaik antara sesama.
bukan niat nak memburukkan isteri yang tua namun itu kenyataan yang dia hadapi sampai sekarang.
selalu ada perbalahan antara dia dengan isteri pertama nya.
selama sepuloh tahun dia cuba untuk menjernihkan keadaan mereka namun isteri pertama seorang yang degil dan kepala batu.
selalu menghina dan mengutuk perbuatan suami dan isteri kedua.
Jamal selalu ungkap soal berkawen lebih ini bukan di larang oleh ALLAH sebab dia mampu dari segi zahir dan batin.
ini sunnah Nabi dan bagaimana Islam membenarkan seorang lelaki beristeri lebih.
kata nya barang-barang dapor sentiasa cukup dan dari segi pembahagian hari juga isteri tua mendapat tiga hari dan isteri kedua nya dua hari.
dia menerus kan cerita , kami berdua mendengar dengan tekun seolah-olah kami ni anak murid dia pulak.... hahahaha
Jamal kata , orang-orang di sekeliling nya memang tak senang tengok dia ada dua isteri.
ada juga kaum keluarga di pihak isteri pertama yang main cucuk jarum pada isteri nya.
semakin menjadi -jadi lah benci pada Jamal .
bukan sahaja isteri kedua yang menjadi bahan makian , Jamal sendiri pun di marahi dan sering diungkit-ungkit segala perbuatan.
puas Jamal berusaha berbuat yang terbaik namun gagal melembut kan hati isteri tua nya.
kata nya lagi , dia bukan hendak memuas kan nafsu serakah nya bila berkawen dua namun itu adalah ketentuan ALLAH.
I di pilih oleh ALLAH , dan I sabar dengan ujian ni As .
aku pandang muka Jamal dan aku teringat suami ku .
kata Jamal lagi , akhir nya dia membuat keputusan , kedua-dua isteri nya jangan bertemu sebab lebih baik begitu dari bergaduh .
kalau di mesej tak payah lah I cerita As , macam-macam perkara yang kami buat betul pun dituduh tak betul , ini kan pula kalau berjumpa , mau Perang Dunia Ketiga kot , kata nya lagi.
aku gelak , tapi dalam hati terfikir sebab aku merasa perkara yang sama.
tak habis lagi cerita Jamal , tiba-tiba handphone nya berdering dan itu dari isteri kedua nya.
maka dia minta izin untuk pergi dan aku senyum sambil berkata pada nya ,
jaga diri u , berlaku adil lah sebab isteri u dua .
jangan sakit , tapi kalau u sakit apa boleh buat itu pun ketentuan ALLAH .
kenapa u kata jangan sakit pulak As ?
oh , sebab bila u sakit nanti berebut pulak isteri-isteri nak jaga u ...
hahahaha ... berderai ketawa Jamaludin , sahabat aku di sekolah dulu.
aku pulang kerumah , dalam hati aku berbisik sendiri , tak ada orang yang dengan sengaja mahu terjun dalam masaalah tapi ALLAH tetap nak uji sejauh mana kesabaran manusia.
setinggi mana keteguhan iman manusia bila di uji , dan ini lah agak nya bila menjadi isteri kedua , mesti selalu tahan maki , mesti sabar lagi dan lagi dan lagi sehingga suatu masa nanti semua nya terhenti... iaitu mati .
malam ini aku melepas kan perasaan , aku buat frozen pegedil daging dan ini lah gambar nya ,
jadi aku punya cara sendiri untuk merawat hati.
mustahil aku tak sakit hati tapi aku masih mampu berdiri di mana ALLAH mahu aku berdiri.
ini bahan-bahan utama , daging kisar ,
kentang yang dah direbus ,telor , bawang putih dan merah , daun ketumbar .
korang gaul lah semua , bubuh sikit garam jangan lupa ya.
dan ini lah hasil nya ,
aku buat kan awal-awal pegedil daging ni sebab nak Raya Korban
nanti senang anak-anak balik boleh makan kenyang-kenyang.
akhir nya , aku dah penat ,
cukup penat dengan semua kerja rumah walau pun duduk seorang jer
lepas ni aku nak tidur lena.
korang jaga diri , jaga hati ,
jangan buat benda-benda yang memusnah kan diri
seperti ambil dadah sebab dadah itu racun yang membunuh kamu.
Assalamualaikum .