aku memang dilahir kan sebagai tukang masak.
walau pun sebelum nya aku bekerja sebagai seorang Quality Controller di Kilang Kim Fashion ,
lama dah tu , lima tahun aku kerja kat situ.
selepas di Kim Fashion aku belajar gunting rambut di Fong Fong Hair Salon.
dan bekerja sebagai kerani cabuk di syarikat orang China , satu company besar juga di Seremban.
lepas tu aku belajar mengandam pengantin dengan pusat kecantikan Seniwati Dato Sarimah Ahmad.
itu dulu punya cerita , yang telah mengajar aku banyak hal dan aku rasa banyak orang pun belajar untuk hidup masing-masing.
hidup ini kena belajar , selagi belum tutup mata sehingga ke liang lahad .
aku pernah menjadi Mak Andam yang agak terkenal suatu ketika dulu semasa muda.
jadi jangan hairan kalau seorang bekas mak andam kelihatan cantik macam aku ... hahahahaha
perasan jugak kan ?
maklom lah manusia biasa ...
aku memang suka bergaya , sebab itu ada orang kata usia aku bukan 54 tahun tetapi 40an kata mereka.
Ya ALLAH , ampun kan lah aku bila aku lupa bersyukur dengan segala kurniaanMU.
jangan ENGKAU jadi kan aku seorang yang jauh dari perhatian MU.
ok lah , itu cerita dah basi kan ???
tapi malam ni aku nak kongsi pengalaman resepi mudah nak buat spagheti meat ball dan mee hailam walau pun korang tak ada bahan yang lengkap.
aku bab masak ni main campak-campak sambil lelap mata saja pun siap .
maklom lah dah 30 tahun main ketuk kuali dengan sudip dan senduk.
setiap malam bergendang berdendang dengan kuali gadang.
setakat nasik goreng untuk 20 pinggan , sekuali gadang aku mampu buat kan dalam sekali goreng jer.
ini lah pengalaman yang korang tak ada tapi aku ada .
kalau dalam peti beku korang cuma ada mee , ada sawi , tahu putih walau pun sebenar nya guna tahu ikan ,
mee hailam boleh siap lima minit jer .
tumis bawang , ayam , udang , lepas tu masuk kan air , garam , gula sikit dan kalau suka serbuk perasa sebab ramai orang takut cepat mati makan serbuk perasa ni ... hahahaha
masuk kan kicap , lepas tu masukkan mee.
biar mee kembang sekejap , kemudian boleh lah masukkan tahu dan sayur .
mendidih dan kuah pekat boleh angkat dan hidang kan.
ini contoh mee hailam aku yang tak lengkap bahan - bahan nya tapi sedap mak datuk !
jangan marah eeekkk !
dan aku nak share dengan korang cara buat meat ball yang ringkas .
daging kisar , campur dengan bawang merah dan bawang putih yang di cincang halus.
campur dengan daun ketumbar yang korang kena hiris halus macam bunga rampai ... hahahaha
gaul semua bahan dengan sebiji telor ayam , jangan telor itik pulak , kang hanyir tau.
bubuh sikit garam dan gaul sebati.
perap sekejap dan lepas tu korang boleh bulat-bulat kan daging tu.
samada nak di goreng atau direbus pun boleh juga.
sambil tu rebus lah spagheti korang dalam air panas.
lepas tu panas kan minyak , tumis bawang putih dan merah , masuk kan carrot dan tomato .
kemudian masuk kan sos spagheti yang ada di jual di supermarket sebab itu lebih senang sebab aku tahu korang pemalas nak masak kan ?
hahahaha
biar kan mendidih dan masukkan meat ball yang korang dah buat tu.
dah siap , hidang kan lah untuk sesiapa yang korang nak belanja makan.
ok lah , itu dulu resepi mudah aku nak share dengan kawan-kawan yang aku sayangi ,
ingat tau , memasak tu kena dengan kasih sayang , makanan jadi sedap dan berkat ,
jangan lupa kalau cuci bahan-bahan tu bawak-bawak selawat Nabi .
baca Bismillah , orang makan kenyang dan puas hati .
aku ni bukan pandai sangat tapi aku belajar memasak dengan ALAM sampai aku dah cukup masak dengan ALAM.
akhir kalam , amboiii , berkalam -kalam lah sangat pulak kan ?
jaga diri korang , jaga hati , jangan makan hati nanti cepat mati.
hati ayam tu tak elok untuk kesihatan !