Monday, September 5, 2016

~ Masam - Masam Manis ~




hari Sabtu lepas aku ke Melaka ,
menghadir kan diri di dua undangan perkahwinan anak rakan.
kenduri pertama di Dewan Penjara Sungai Udang ,
dan yang kedua di Kampong Tangga Batu .
meriah suasana perkahwinan di Melaka ,
dengan makanan dan ramai nya para jemputan yang hadir.

tak perlu aku cerita kan semua nya .
cukup lah kalau aku kata kan bahawa orang Melaka memang terbaik.
keramahan mereka ketara dengan senyuman dan perbualan.
bahasa mereka memang agak keras dan kasar ,
tapi itu lah keistimewaan mereka.

aku memang berasal dari Bukit Baru , Melaka .
arwah Abah memang orang sana.
ramai saudara mara yang menetap di Melaka.
hanya Abah seorang yang merantau di Negeri Sembilan.

Bukit Baru memang dalam kawasan bandar.
aku selalu pulang kampung dulu semasa remaja.
rumah arwah Pak Long menjadi tempat penginapan tetap bila kesana.

terkenang arwah Mak Long yang kelakar , baik dan peramah.
pahit kopi nya masih aku terasa hingga kini.
mee rebus arwah terkenal di Bukit Baru , menjadi jualan terlaris suatu ketika dulu.
namun kini semua hanya tinggal kenangan .

semoga Allah tempat kan mereka bersama-sama para solihin .
cukup lah , aku tak mampu bercerita lebih tentang mereka .
nanti airmata tak terseka .


~Zainab .
11.35 p.m









Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...