Friday, June 25, 2010

kawan makan kawan

bila aku hilang seorang kawan, aku rasa sedikit tertekan. maklom la, aku bukan nya ramai kawan. kalau orang lain ada kawan ramai, ada yang lebih dari seribu, tapi aku cuma ada dua tiga kerat je. tapi tak pe la...tak ramai kawan pun aku tak kisah....sebab kawan2 aku yang tak berapa ramai ni lah yang aku rasa serasi dan sesuai untuk betul2 jadi kawan. memahami dan sangat memberi perhatian pada aku. syukur...Allah kurnia kan aku kawan2 yang macam ni.

pada aku, bila aku berkawan dengan siapa saja, tak kisah la perempuan ke lelaki, tua ke muda, aku suka jujur dan setia. aku memang dah di lahir kan macam ni. sifat setia aku ni lah kadang2 menjerat aku sendiri. bila aku setia, tak sangka ada yang menikam aku dari belakang. bila depan aku, baik bukan main...belakang aku , aduh...tak tahu apa nak kata....pandai sungguh berlakon...

pernah dulu terjadi...tahun 1980, waktu tu umur aku baru 18 tahun. muda remaja lagi. aku ramai kawan lelaki ,tapi kawan perempuan tak ramai sangat. sebab kat bahagian aku kerja tu boleh dikatakan 90% lelaki . jadi aku sudah biasa bergaul dengan lelaki dan macam2 perangai lelaki yang aku boleh faham. kawan paling rapat aku pun lelaki dan sampai sekarang ini aku dengan dia masih berkawan baik, walau pun masing2 sudah mempunyai keluarga tapi kami masih berhubung . tak putus kawan la , kata orang...kekal sampai sekarang. bila dia teringat kan aku , mesti dia talipon untuk tanya khabar. kadang2 kami borak lama ...sampai lebih sejam. begitu lah setia nya aku berkawan.

tapi terbalik la pulak cerita nya dengan kawan aku yang perempuan. walau pun kami membesar sama2, pernah makan sepinggan , tidur sebantal, dia rupa2 nya tak setia , tak jujur pada aku. dalam pada kami pergi kerja, balik kerja bersama2.... sanggup dia memfitnah aku . mencerita kan tentang keburukan aku pada "special boyfriend" aku. yang best nya, dia siap buat cerita konon aku ni ada lelaki lain , curang dan aku konon nya hanya nak main2 kan boyfriend aku tu la....
lagi best...boyfriend aku tu pun satu hal jugak....tanpa usul periksa, tak pasal2 percaya bulat2 apa yang kawan aku tu cakap. perkara ni terjadi masa aku demam....aku ambil mc , cuti sehari. bila datang kerja , aku pergi la jumpa boyfriend aku macam biasa. maklom la , orang baru2 belajar bercinta...satu hari tak jumpa , rasa macam setahun lama nya....macam nak gila....hahaha
tapi....nak tau apa jadi ? bila aku pergi duduk sebelah dia, dia palingkan muka. tak nak pandang langsung kat aku. aku tegur dia tak jawap. aku tanya " kenapa ni, masam je..." dia cuma geleng kepala. aku tak puas hati, aku tanya lagi " dah makan ke, kalau belum, jom...kita pergi kantin sama2, teman lah "As" makan, lapar dah ni..." dia buat tak peduli. boleh pulak dia diam macam batu. lepas tu, aku pun rasa malu la...aku ni terhonyok-honyok je , sedang kan dia buat selamba....macam tak ada apa2.

bermula dari saat itu, dia tak pernah lagi menegur aku, walau pun kami berselisih bahu. terjumpa dimana2 pun dia buat tak tahu. macam la aku ni tak pernah wujud dalam hidup dia. aku pun mula rasa, tak pe la. dia tak mahu terus kan perhubungan, aku tak perlu lah nak terbawa2 perasaan. aku jauh hati.....melangkah pergi, walau hati aku sedih...pedih...tak sanggup aku berdepan lagi dengan dia kerana dia sudah tidak sudi....apa boleh aku perbuat kan lagi ?

kini....setelah 30 tahun berlalu, masing2 sudah mempunyai keluarga sendiri, baru2 ini aku terjumpa lagi dengan dia. sungguh tak ku sangka, tiba2 dia senyum dan tegur aku. bertanya khabar aku. aku pun memang tak pernah berdendam pada dia. aku balas senyum jugak la. jawap apa yang dia tanya .kami berbual seolah2 macam tak pernah terjadi apa2 antara kami berdua dulu. sungguh aku terharu, macam tak percaya , dia yang dulu seakan membenci aku , boleh sekejapan berubah lagi tingkah dan laku. mungkin Allah nak tunjuk kan pada aku , bila aku bersabar dan tak menyimpan dendam pada dia , dia pulak yang dengan sendirinya kembali mesra macam dulu. Ya Allah...Engkau lah yang maha mengetahui segala rahsia yang tersembunyi......mungkin dia juga sudah tahu kisah sebenar, sudah tahu yang aku dulu tak pernah nak main2 kan dia...semua yang terjadi adalah fitnah semata2...angkara kawan perempuan aku yang tak setia....dengki atau boleh aku katakan dia tu durjana ! tapi bak kata orang, "nasi sudah menjadi bubur ".....segala impian untuk bersama sudah terkubur.....

kesimpulan nya aku nak kata, bila kita berkawan jangan lah jadi kawan yang tak setia....jangan menikam kawan dari belakang....sebab kawan aku yang buat fitnah tu sampai sekarang pun aku tengok dia tak pun dapat boyfriend aku tu. dia pun kawin dengan orang yang dulu dia tak suka. pilihan keluarga, tapi rasa nya bahagia la jugak...nampak dari luar la...dalam aku tak tahu la...
dia nak sangat kat boyfriend aku, sanggup buat buruk laku.....
aku.... ? macam ni jugak...tak luak .....akhirnya yang benci kan aku dulu....kembali menyenangi ku....Alhamdulillah.....hanya satu aku pegang dalam hidup aku ni...aku kalau berkawan biarlah aku setia sampai mati.....aku pasti tak kan rugi...Insyaallah.....

Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...