Monday, October 31, 2011

~ dalam kesepian ada keindahan ~









lewat dinihari aku kembali
walau kau tiada lagi
aku tetap kesini
daerah ini menanti 
masih begini...sepi


telah aku tinggalkan
hiruk pikuk di sana
sengit membosankan


tanpa kau di sisi
dalam terasing di sini
aku gagahi hati
pekat malam tak ku peduli...



aslinahali
011111


~ dalam kesepian ada keindahan ~








Sunday, October 30, 2011

~ Amarah ~






pernah kah anda MARAH ?
apa kah sebab nya anda marah 
tekanan perasaan yang hebat
atau syaitan yang merasuk dalam darah ?


pernah tengok ada orang tiba-tiba marah ?
kadang-kadang kita naik takut
bila tiba-tiba seseorang naik marah


kalau marah bersebab , kita masih boleh terima
tapi kalau kita di marah tanpa sebab, apa kita rasa ?
tentu kita tertanya-tanya
dalam hati meneka-neka...apa kah punca ?


hendak kita tanya orang yang sedang marah itu
takut bertambah naik angin pula
dalam hati kita fikir, apa nak buat dengan dia
kalau kita cuba nak tenteram kan hati nya
takut pulak tak di terima
silap-silap kita jadi mangsa, dapat "penampar percuma"


nak di biarkan saja tak tahan rasa jiwa
marah nya "beraja di mata bersultan di hati"
akhirnya orang yang lembut hati akan makan hati...


sering yang jadi mangsa , orang yang tak berdosa
bila orang yang marah tak tahu nak membeza
yang mana intan yang mana kaca
di anggap serupa dan sama saja
akhirnya semua orang tak suka


pasti orang yang cepat marah
buruk dan hodoh rupa nya
orang lain tak suka nak bersama lagi
lama-lama akan di benci
dan tinggal lah sendiri
tak ada yang sudi...fikir-fikir lah sendiri...




marah mu lahar merapi
meledak menggegar tangkai hati
hentakkan gegendang telinga
tajam menyinga
membakar dada
tapi ku diamkan saja
tak mahu berkata
kerana kata-kata ku bakal membisa
tak kau sangka...

aslinahali


~ kadangkala diam itu lebih baik dari berkata-kata ~














Saturday, October 29, 2011

... aku , dia , mereka...





Aku Anak Bangsat


aku anak bangsat
melarat merempat
aku bukan siapa siapa
tak punya apa apa, tak berharta
aku hanya mau hidup
mau terus hidup


di sini aku menumpang sekejap
di lorong gelap
bertilamkan kotak yang aku songlap
aku mau lelap...
dengan perut ku yang kosong
hanya menelan air liur di kerongkong
ahhh...di dalam ada lagu berkeroncong
tolong...!


siapa yang mahu tolong ?
kalau pun aku terjerit , meraung
engkau malah mencemuh
memandang aku pun tak acuh !


sebab engkau manusia angkuh
punya harta tak habis sampai keturunan yang ke tujuh
kau langsung tak memberikan aku tumpang berteduh
manusia seperti ku akan kau cemuh !


dimana kah rasa belas kasihan
mana hilang rasa kemanusiaan
bila manusia seperti ku, tak ada siapa yang berkenan
bersepah di jalanan...menyemakkan !


aslinahali
090710












Bila kah Sudah...Bunda ?


engkau kah itu
di hadapan ku
saat ku tatap wajah tua mu
kedut kedut seribu
tak berupa bagai dulu


bertanya dalam diri
masih kah gigih
mengerah tulang empat kerat
memercik keringat
melawan penat, menahan tenat


langkah tak memaksa
untuk berhenti seketika
sedang waktu hampir tiba
sampai bila kah sudah
mengais dalam payah...


291110










Ruang Tumpang


ada kah ruang buat menumpang
lelah tak terungkap
laluan berpengap
sendat menyesak nafas


kata tak terbias
payah menelah yang sudah
kabur dan tuli meneliti
ruang dada sarat...memenat


goyah langkah meniti
terbakar memerit pedih
masak mendidih peluh ini
di bakar panahan mentari


dalam payah mengerti
redha pada yang memberi
berpegang janji azali
takdir tak memungkiri
kekal ke akhir nafas
menanti tuk kembali...




111110


~ aku , dia , mereka...mencari makna ~














~ Aku Bukan Penari ~





~ Aku Bukan Penari ~

lentik jemari ku
tak berseni lagi...aduh...!
bisa kah aku menari
mengikut rentak ini ?
terasa perih dan letih
meningkah tari
dan aku cuma bisa 
bernyanyi di dalam hati
cukuplah setakat ini
pentas ini bagaikan api
memanas telapak kaki
gendang yang kau palu
bagai meragut jantung ku
rela kan aku berhenti
sampai di sini
kerana aku bukan seorang penari
hanya mencuba beberapa kali
namun aku gagal lagi
di pentas tari beraksi

aslinahali
281110



~ Aku Bukan Penari ~ 2

bukan kah sudah aku membilang
henti kan saja paluan gendang mu
kerana aku bukan tak mahu
menari mengikut irama itu
begitu keras dan kaku
lenggok ku tak serupa tingkah mu
rentak mu keras memukul gegendang
sedang aku hanya lebih senang
berdondang sayang
engkau pasti merasa jemu
aku berlagu terus mendayu
kerana berkali-kali
ku cuba untuk menari
setiap kali itu lah
aku gagal beraksi
di pentas tari tak berseni

aslinahali
241210

~ bertembang ...seorang...~







Friday, October 28, 2011

~ dusta ~





cinta ku hanya satu
namun cinta mu beribu
mahu ku hanya kamu
tapi mahu mu lebih dari aku

sayang ku buat mu selalu
sayang ,  kamu cuma  membeku
setia ku pada mu tulus
rupa nya setia mu telah pupus

pinta ku penuh ikhlas
malang nya pinta mu ingin berbalas
harap ku bersama bahagia
nyata harap mu sekadar bersuka

hati ku penuh redha
sayang...
di hati mu penuh dusta

aslinahali










... biru hati ku...





remang senja itu
terlalu berat melepas mu
mampu kah aku
gengaman mu pun kukuh
tak sesaat melepas ku

apa pun yang hadir
terima lah segala takdir
yang tak pernah mungkir
pesan mu yang terakhir

dan aku pun merelakan
dalam keterpaksaan
terlerai genggaman tangan mu
lalu biru hati ku...

aslinahali









Thursday, October 27, 2011

~ bila meminjam usah di peram ~





Nia berkahwin dengan Zul setelah dua tahun kematian suami nya.
mereka memang pasangan kekasih semasa remaja.
namun cinta mereka tidak sampai ke jinjang pelamin,
kerana dalam waktu yang sama Zul bermain cinta dengan gadis lain, Tina.
Tina pula telah mengandungkan anak Zul,
perjudian dalam cinta tiga segi itu di menangi oleh Tina yang bertindak melulu.
sanggup menyerah kan kesucian diri hanya kerana mengejar cinta seorang lelaki.
maka demi kerana rasa tanggung jawab, mereka berkahwin akhir nya,
di saat perut Tina sudah memboyot hampir nak melahirkan.

Tinggal lah Nia terkapai-kapai sendiri
tak tentu kemana nak bawa hati.
kekasih yang di cintai memungkiri janji.
namun begitu keluarga Zul kalau boleh nak kan Nia sebagai menantu.
jadi hubungan mereka tetap berterusan
masih baik dan sering Nia mengunjungi rumah keluarga Zul.

Apabila Nia bertemu jodoh dengan arwah suami nya
hubungan mereka masih juga berterusan.
Tina pun tidak kisah, kerana dia menganggap Nia sebagai saudara nya pula.
masing-masing sudah berkeluarga, apa nak takut lagi,
pasti Nia tidak akan merampas Zul kembali.
tambahan pula anak-anak Tina dan Zul ramai, sebelas orang semua nya.
manakala anak-anak Nia pula seramai empat orang.

jangkaan Tina meleset.
setelah kematian suami nya, Nia mula menjalin cinta dengan Zul kembali.
hubungan mereka kali ini lebih hebat dari dulu.
selalu berdua-duaan kemana saja,
pergi memancing pun bersama-sama.
anak-anak kedua-dua mereka pula tahu
tentang hubungan cinta ibu dan ayah masing-masing.
hanya Tina saja yang tidak mengetahui nya.
bahkan seluruh ahli keluarga kedua-dua pihak juga
sudah tahu tentang percintaan yang kembali terjalin itu.

akhir nya Nia dan Zul bernikah di Thailand.
kerana tidak ingin berterusan membuat dosa dan maksiat.
maklum lah, masing-masing sudah berusia hampir setengah abad.
takut juga andai mati tak sempat nak bertaubat.

perkahwinan mereka di rahsia kan oleh seluruh ahli keluarga
Tina langsung tidak mengetahui nya.
sampai lah Nia melahir kan seorang anak.
dan Zul pula sering membawa anak nya pulang ke rumah Tina.
bila di tanya anak siapa, Zul hanya mengata kan
anak itu ada lah anak angkat Nia.
tapi anak itu terbiasa memanggil nya dengan panggilan ayah.

Tina pula seperti tidak kisah
dia percaya itu hanya lah perkara biasa.
masa sekarang ini bukan kah ramai yang membahasa kan diri
dengan panggilan mama, papa,ibu, ayah, mak, bapak....
walau pun dengan orang lain.
jadi itu bukan lah menjadi satu perkara yang asing bagi Tina.

sehingga kini, anak tersebut sudah hampir berusia tujuh tahun.
Tina masih tidak tahu yang itu ada lah anak tiri nya sendiri.
begitu rapi Nia dan Zul serta ahli keluarga yang lain
menyimpan rahsia masing-masing....sangat pandai bermain api.......

Zul pula, tidak pernah tak pulang kerumah Tina.
mana kan Tina nak mengesyaki yang diri nya
di khianati suami dan keluarga sendiri.

tapi satu yang tidak aku senangi ,
jawapan Nia pada soalan aku.

" macam mana nanti kalau anak kau dah dewasa ? "

"ahh....lambat lagi lah ....tak payah fikir lah perkara tu ."

dan satu lagi yang aku benci kata-kata nya ,

" susah lah kalau jadi bini kedua ni, kalau boleh tak payah lah."

" kenapa pulak ? " tanya aku menduga isi hati nya.

" aku kalau boleh nak dia sentiasa ada lah, ni tak, bila malam asyik kat rumah sana jer.
hari raya pun tak dapat nak cium tangan dia pagi-pagi raya."


Dengan selamba aku membalas kata-kata Nia,

" engkau ni memang tak sedar diri, dah suami orang kau kongsi, masih tak bersyukur lagi.

dah lah kau sembunyi kan perkahwinan kau, kalau boleh engkau nak bolot semua sekali.

patut nya kau bersyukur dah dapat tumpang kasih sayang suami orang, ni tidak,
kalau dapat engkau nak peram pulak.

adat lah kalau jadi bini kedua, faham-faham lah dia kena bagi masa.

cara engkau ni aku memang tak suka.

ingat la....hidup ni bukan lama, bila-bila Allah nak tarik nyawa, kau boleh sangka ke ?

dah lah, aku harap kau pergi jumpa bini pertama
pegang tangan dia, minta maaf dari dia......salah kau juga.

kalau dia nak marah pun , berapa lama ?
anak kau dengan suami dia pun dah ada.
kau tak rasa berdosa ke ? "

Nia terpinga-pinga dengan kata-kata aku......hmmmm...

terserah lah pada dia, samada dia nak ikut cara aku
atau nak terus hidup dalam pura-pura....." penuh palsu  " !


~ aslinahali ~




p/s nama -nama yang tersebut di note ini bukan nama sebenar, namun cerita ini adalah kisah benar.
saya harap seandai nya ada yang baik, jadi kan lah panduan , yang tidak baik sila abaikan.

salam sayang selalu dari saya.







Monday, October 24, 2011

~ bau harum sundal malam ~






siang tadi
aku lewati tanahmu
di situ berdebu
ada busuk terhidu
sungguh aku bersyukur
di sini
di tanah ku ini
masih sama
bunga-bunga ku
mekar menawan
tanahku terbau haruman


~ bau harum sundal malam ~






di sini 
bagai kemaren
dingin angin
menyepuh wajah
harum bau sundal malam
masih menyapa
di laman tika begini

~ tanah ku masih sama ~








tika lena mu
aku hadir
lewat dinihari
embun mula menitis
semilir angin membelai
harum sundal malam
menebar maya
mekar di persada
ku hirup wangi mu
yang tak sehangat lantana...


~ tanah ku harum berbau ~









telah aku terima
isyarat nya
terbentang rahsia malam
membongkar raga
yang tersimpan selaksa rasa
tersembunyi
melarut jiwa
dalam makna...


~ larutkan rasa tak mengenal batas asa ~







malam bukan asing di sini
masih bagai selalu
angin lembut bertiup
suara si burung tukang
terdengar sayup-sayup
gemersik sang cengkerik
ratip yang tak berhenti
bagai membawa isyarat
pada jiwa yang tebal karat...


~ tanah ini tetap begini ~








demi Allah
yang telah menciptakan
langit dan bumi
dan sekelian isi alam Nya,
bersaksi kan malam
dengan bulan separuh
di langit kelabu
percaya lah
tiada satu apa pun
yang berubah
tanpa izinNya jua
tetap teguh rasa ku
kerana aku tahu
begitu juga rasa mu...


~ tanah ini masih bagai selalu ~




andai esok
tiada lagi aku di sini
tanah ini kan tetap begini
basah dan lembap
sepanjang malam
semerbak mewangi
sundal malam
akan tetap kau cium
segar mengharum ~


~ mampukah kau menampung sendu ~





~ rindu dihati mu , tak mampu menipu ~




























Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...