Friday, August 26, 2016

Syurga mu Isteri .




Nabi Ibrahim pernah menyuruh anakanda nya Ismail supaya menukar alang pintu rumah nya.
ini adalah tanda isteri Ismail buruk pekertinya kerana membuka aib Ismail di depan mertua  ,
sedangkan dia tidak kenal mertuanya.
ini  hal anak beranak ,  apa lagi membuka aib suami mu pada orang ramai.
jangan sekali memburuk-buruk kan suami mu wahai isteri , jahanam jawapan nya.

suami seharus nya di sanjung , dihormati selain kamu mencintai nya.
ini kerana syurga mu ada pada suami mu.
taat lah sebagai isteri , jangan menderhaka dan mengherdik serta menengking suami.
jangan bercakap meninggikan suara , meleteri suami sesuka hati.

menasihati suami itu boleh ,
tapi bukan dengan cara mengeji , tegur pun harus beradab bukan biadap.
cinta adalah rasa besar yang di dalam nya ada rasa hormat.
jika tidak ada rasa hormat , tidak ada cinta.

jika suami mu syurga bagi mu ,
dia seharus nya keutamaan mu dari yang lain.
seorang isteri boleh masuk melalui mana-mana pintu syurga yang di kehendaki nya dengan syarat isteri itu seorang yang taat dan patuh perintah suami , solat dan berpuasa .
ALLAH tidak meletak kan syarat yang berat bagi mu wahai isteri ,
cukup lah dengan menjadi isteri yang taat , dan itu bukan lah berat bagi yang mahu.

seorang isteri harus menghidangkan air minuman sebaik suami pulang kerumah .
sambut suami seperti kamu menyambut raja , sebab suami mu bukan hamba mu.
berikan senyuman , cium tangan suami , berikan suami pelukan mu dengan penuh kasih sayang.

jangan biarkan suami yang penat bekerja seharian untuk mencari nafkah berada di dapor sebab yang seharus nya di dapor ada lah kamu wahai isteri.
jika tugas di dapor itu tugas suami ,
maka tidak lah Rasullullah SAW mengajarkan anakanda nya Fatimah supaya sebelum tidur mengucapkan Subhanallah , Walhamdulillah , Allahu Akbar ,
ini zikir yang menenang kan Fatimah sewaktu dia mengeluh tentang kepenatan nya dan ingin mencari pembantu rumah.
dan Rasullullah pernah pulang kerumah selepas solat subuh  , bertanya pada Aisyah , adakah sarapan pagi ini , jika tidak  aku akan berpuasa.
jadi untuk apa kamu sebagai isteri mahukan suami mu mengurus tugas mu , sedang kan suami sudah bersusah payah bekerja seharian .

memang ada suami yang memahami tugas isteri yang bekerja di zaman sekarang ,
membantu isteri tanpa di pinta  tapi seorang isteri yang baik tidak akan mengambil kesempatan .
seharus nya isteri tahu kedudukan nya disisi suami .
pahala sangat mudah kamu dapati dari suami mu.
redha suami itu penting buat mu , bukan redha orang lain.
jika suami mu redha atas kamu , maka ALLAH meredhaimu wahai isteri.

jika kamu keluar untuk kerumah ibubapa mu juga harus dengan izin suami .
jangan main-main dengan izin suami , itu jahanam akibat nya.
jika kamu mahu kan syurga , taat lah pada suami , jangan menderhaka , jangan nusyuz ,
itu menempah tiket ke neraka.

ambil lah peluang menjadi isteri yang baik .
apa sahaja yang di lakukan untuk suami mu adalah pahala besar dari umrah dan haji.
jangan buka keburukan suami sedang kan kamu dan dia tidur bersama .
sanggupkah kamu wahai isteri menceritakan hal keadaan kamu di ranjang dengan suami sedang kan itu adalah dosa.

Subhanallah , tidak rugi menjadi isteri yang baik .
ingat , suami tempat berlindung , isteri tempat bermanja .
saling melengkapi antara sesama , jika kelak salah satu dari kamu sudah tiada maka saat itu airmata darah tak lagi  bermakna.


~Zainab
27 Ogos 2016









Selamat Ulang Tahun ... Sayang




hari ini  27 Ogos , sekali lagi kamu menyambut ulang tahun kelahiran .
semoga ALLAH merahmati dan meredhai kehidupan mu di dunia dan di akhirat kelak.
tiada sebarang hadiah yang akan ku berikan .
sebab aku teringat kata-kata mu tiga puluh lima tahun yang lalu ,
" hari jadi ni sebenarnya ada lah hari mengingati tentang kematian kita ,
saya tak pernah menyambut hari jadi . "
dan kerana itu lah tidak akan ada sebarang hadiah atau sambutan buat mu.

sudah begitu lama , tidak pernah aku memberikan mu hadiah hari jadi.
sebalik nya hadiah akan aku berikan bukan pada tarikh hari lahir mu.

Sayang ,
kehidupan kita memang bertunang dengan kematian.
bukan niat untuk bercerita tentang hal mati tapi entah mengapa aku teringat lagu ini.
kata mu setiap kali mendengar lagu ini , kamu akan teringat tentang aku.
begitu berkesan sebuah lagu di hati kita , walau pun kamu tidak suka menyanyi seperti aku.

lagu ini yang aku kirim kan senikata nya di dalam surat ku pada mu dulu.
banyak surat cinta kita.
namun tidak satu pun tersimpan , hanya ianya terselit di celah hati kita.

doa ku semoga kamu akan terus bertabah , bersabar dan berkorban untuk segalanya .
hidup ini memang keras , kamu pun tahu bagaimana ia nya mematangkan kita.
aku akan terus setia disisi , biar pun apa terjadi tak akan lagi aku peduli.

selamat panjang umur Sayangku Abdul Latib Ismail ,
di murahkan rezeki oleh ALLAH ,
di pelihara nya dan dilindungi .
di berikan kesihatan yang baik .
terus memimpin keluarga kejalan yang di redhai ALLAH.
kamu suami ku dunia dan akhirat ,
kamu lah kawan tempat mengalirkan airmata.

terima kasih Sayang , telah menjadi suami yang baik ,
yang mendidik dan menasihati ku.
menerima kekurangan dan kelemahan ku .
memberikan aku sebuah kehidupan yang baru.

tiada kata yang dapat menggambarkan kebaikan mu terhadap ku.
ALLAH jua yang akan membalas segala kebaikan mu pada semua orang-orang yang dalam lingkungan mu.


Indah nama mu , seindah rasa ku saat kita bersama .
Alhamdulillah , kamu tenang biar pun di pukul badai dan gelombang kehidupan .
ALLAH menguji , tak akan pernah berhenti , kamu redha atas segala ketentuan NYA
ALLAH selamat kan kamu duhai kekasih ku.





















Thursday, August 25, 2016

Indah Nian Sekolah ku





sabtu lepas , aku kembali ke Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah .
lima tahun aku belajar di sana , terlalu banyak kenangan pahit manis tertanam di situ.
penuh dengan padat nya kenangan yang aku simpan di lipatan sejarah ,
tersimpan baik-baik sepertimana aku menyimpan emas permata yang berharga.

Tunku Ampuan Durah , sebuah sekolah yang terkenal ,
ramai cendikiawan yang lahir dari sana.
bah kan Menteri Besar Negeri Sembilan yang sekarang ini juga belajar di sana.
ramai artis-artis juga yang datang dari Tunku Durah.
aahhh , aku memang sayang dan bangga dengan sekolah ku yang indah.

aku antara budak pandai dan agak terkenal dengan kenakalan semasa bersekolah.
melukis ada lah kepakaran ku selain menyanyi waktu itu.
mata pelajaran Bahasa Malaysia sentiasa aku mendapat markah yang tertinggi ,
begitu juga dengan Seni Lukis.
SPM memang A1 lah yang aku dapat dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.
tapi takdir dan ketentuan ALLAH , aku tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
adik beradik aku ramai lagi yang perlu belajar dan aku berkorban mengundur diri ,
membatal kan niat untuk terus ke menara gading.

aahhhh ... itu dulu , sudah pun terlalu lama berlalu dan sedikit pun aku tidak menyesali takdir.
bagi ku itu semua tak perlu di ungkit kan lagi.

berbalik cerita di sekolah ,
aku selalu di suruh masuk pertandingan menyanyi oleh cikgu ku Dato Dermataksiah Abdul Jalil.
cikgu kata suara aku sedap dan aku pandai menyanyi selain bersyair.
aku ingat lagu-lagu yang aku nyanyikan dulu , antara nya Bunga Tanjung , Burung Punggok , Mengapa Di Rindu , dan banyak lagi.

dan pada hari sabtu lepas kami dari batch 79 , naik ke pentas sekolah sekali lagi ,
sewaktu usia sudah tua , 54 tahun.
kami menyanyi lagu Bosanova , hehehe ... gelihati pulak.
kawan aku Rosiah dan Masitah ada lah penari sekolah , maka tak sedar diri mereka bergelek macam M. Daud Kilau .... hahahaha
sewaktu menekan keyboard ini aku tergelak sendiri sambil tersenyum bila ingat semula perangai kami.
walaupun usia menginjak senja , namun kami semua sporting , meraikan sekolah kami.
malah senior-senior kami juga bergembira .
setiap batch naik kepentas dengan sporting , hilang kan rasa malu ,
menyanyi dan menari seolah-olah kami masih anak-anak remaja.
ada senior kami yang paling tua , Prof. Suffian yang bersekolah di Tunku Durah pada 1965.
dia memang peramah , menegur kami junior-junior yang segan nak angkat muka pada nya.

aahhh , hari itu ada lah hari yang menggembira kan kami anak-anak Tunku Durah ,
berjumpa dan berbual mesra sambil menyanyi dan makan-makan.
ini ada lah tahun yang ketiga alumni sekolah kami mengada kan perjumpaan.

apa tanda kita sayang sekolah kita ?
pada aku ini lah hari nya , hadir dan meraikan semua orang.
tidak memilih siapa kamu , kelas apa kamu belajar , kerja apa kamu sekarang , semua sama saja.

dan jika panjang umur , tahun hadapan pasti akan bersua lagi dengan rakan-rakan ,
cikgu-cikgu kami yang sudah tua namun begitu understanding.

semoga anak-anak Tunku Durah di pelihara ALLAH SWT ,
di beri kesihatan yang baik dan di redhai dunia hingga akhirat hendak nya.

gambar-gambar ini dapat mencerita kan kegembiraan DEN BUDAK TUNKU DURAH ,
di sini , diruang sempit ku .





















Sunday, August 21, 2016

GUNUNG IRAU





kenangan dua tahun lepas kembali menerjah kotak fikiran ku.
pengalaman paling berharga mendaki Gunung Irau ( Mossy Forest ) yang sangat mencabar mental dan fizikal .

petang itu aku bersama kak Yati , Amirul dan Sam bergerak meninggal kan Seremban menuju Cameron Highlands.
kami sampai di Tanah Rata hari sudah malam.
selepas berjumpa Dr.Shaharudin dan Yasmin isterinya serta family besar mereka , kami menuju rumah tumpangan yang telah di tempah oleh mereka.

aku dengan group menginap di rumah tingkat tiga , manakala Dr Shah dan group di tingkat dua.
malam itu kami sempat ronda-ronda pasar malam , beli kasut getah untuk mendaki gunung.
harga kasut $10 saja .
aku macam tak percaya , boleh ke aku nak mendaki gunung ?
sebab pada awal nya aku hanya ingin diam di rumah tumpangan
dan mengimbau kenangan bersama keluarga ketika beberapa kali di sana.

namun di ajak berkali-kali dan akhir nya aku setuju untuk mendaki gunung ,
walhal belum pernah sekali pun dalam hidup ku ada pengalaman .

aku sahut pelawaan mereka , sebab kakak Dr Shah sudah berusia 60 tahun pun ingin mendaki sama.
kata nya kita terima cabaran orang muda.
this is a challenge, why not ?
dari situ aku terfikir , kenapa aku tidak ?

esok pagi nya , selepas sarapan pagi kami berangkat .
semua anak-anak Dr Shah dari yang tua sampai yang berusia enam tahun pun ikut.
Yasmin isteri nya memberi kami sorang satu muffin , bawa bekal air mineral dan palstik hitam pembungkus sampah.
aku ada bawa roti cream juga sebagai bekal.

dengan berseluar jeans , aku mula mendaki ,
pada sangkaan ku gunung itu tidak lah begitu tinggi dan tidak sukar bagi ku ,
sebab ini yang terfikir di benak , maklom aku tak pernah mendaki gunung.

cuaca sangat sejuk , mujur aku pakai baju panas .
mula-mula mendaki aku rasa , ah ini okay saja.
tapi rupa-rupa nya sangkaan aku meleset , aku terasa penat dan mula untuk berpatah balik bila seorang demi seorang sudah mengalah dan tak mahu meneruskan pendakian.

tapi Dr Shah beri semangat yang bagus buat ku.
kata nya , "akak dah 52 tahun , nampak akak sihat dan dah mendaki separuh jalan , jom terus kak."
kalau orang lain memang tak mampu , sebab kakak aku pun dah mula berpatah balik.

pendakian memang sangat mencabar , berlumpur , batu-batu yang basah dan berpaut di akar-akar kayu yang licin tanpa sarung tangan .
ahhh , ini kerja gila !
aku memang geli dengan keadaan yang lembab dan basah.

untuk sampai ke puncak  , bukan hanya mendaki saja , kami kena menuruni cerun , kemudian naik semula sebab ianya seperti bentuk gelombang , bukan lurus menuju puncak.

atas semangat yang kuat , aku tak mahu mengalah , pendakian diterus kan walaupun payah.
tak dapat aku nak ceritakan bagaimana sukar perjalanan ini.
beronak berduri , selut di kaki , aku rasa macam tak mampu untuk terus pergi.

namun akhir nya sampai jua , keadaan cuaca sangat sejuk , plastik sampah yang di bekal kan rupa-rupa nya menjadi pemanas badan.
kami semua menyarung plastik sampah sebagai baju hujan walhal hari tak hujan ....hehehehe

ini pengalaman yang tak dapat aku cerita kan sebab hanya orang yang mendaki gunung saja yang tahu kesukaran nya.

tapi gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat mencerita kan sebab aku tak begitu pandai untuk menterjemah kan pengalaman ini.

adios , hope this is not my first and last experience .
kalau orang lain boleh aku pun boleh !


~ Salina ... belajar dari *Alam , ini anugerah berharga !






















Thursday, August 18, 2016

~ KASIH NYA MAMA ~





Hari ini , tiga puloh tahun yang lalu , mama berjuang setelah hampir lima hari di klinik .
Sakit yang mama tanggung hilang tiba-tiba apabila kamu selamat di lahirkan.
Begitu payah dan susah untuk melahirkan mu duhai anak.
Tak perlu mama cerita kan bagaimana rasa nya,
kerana sebaik kamu lahir semua tak terasa lagi.
Alhamdulillah , susah payah yang mama dan papa tanggung berganti ceria.

Kamu  membesar sama seperti kanak-kanak lain , lincah dan nakal.
Namun kamu seorang anak yang cerdik dan bijak.
Seawal usia sepuloh bulan sudah mula bercakap , walau pun pelat.
Mula melukis di usia dua tahun.
Mama tahu kamu anak yang pandai melukis , lantaran darah yang mengalir di tubuh mu berasal dari darah seni yang mama dan papa miliki.

Cinta kami menyatu , lahir lah kamu duhai anak.
Hari ini  , kamu sekali lagi menyambut hari lahir tanpa mama di sisi.
Kamu anak yang mendengar kata , tidak pernah melawan cakap .
Paling-paling pun hanya diam dan menangis apabila berbuat salah dan di marahi.
Kamu tidak seperti anak orang lain , yang menderhaka tidak mendengar kata .

Kamu memang anak yang baik, menjadi remaja yang bersopan santun.
Disayangi saudara mara dan sahabat handai
Dewasa mu menjadi insan yang berguna pada masyarakat.
Itu lah impian mama sejak kamu dalam kandungan.

Hari ini , airmata mama mengalir bila kita berbual.
Ucapan mama tersekat di kerongkong , namun mama tetap mahu bercakap dengan mu.

Happy birthday my beloved Ijart Emir La,
Semoga ALLAH selalu mengasihi mu , melindungi mu dan merahmati mu didunia hingga akhirat.
Mama selalu mendoakan mu .

Ingat pesan mama , jangan menderhaka , jangan memusuhi sesiapa ,
berbuat baik dengan semua orang , jaga diri dan hatimu.
Berbakti pada sesiapa tanpa meminta balasan.

Akhirat kelak , ALLAH tidak memandang rupa mu tapi DIA menilai amal kebajikan mu.
Solat jangan tinggal kan kerana itulah yang akan di persoalkan nanti di sana.
Selamat panjang umur , di murah kan rezeki , disayangi semua , di berikan kesihatan yang baik.

Tidak ada kasih sayang yang lebih besar melainkan kasih sayang mama yang mengandung dan melahirkan mu .
Alhamdulillah , syukur kehadrat ALLAH SWT , sudah tua kamu anak ku.
Satu saja soalan yang belum terjawap sampai sekarang ,
"Bila Ijart nak kawen ya ... ? "

Hehehehe ... itu kerja siapa ?
Kerja ALLAH yang telah pun disiap aturkan di Luh Mahfuz.
Dengan siapa , di mana , bagaimana , itu lah yang menjadi tanda tanya .
Mama tidak pernah mendesak untuk kamu berumah tangga ,
sampai masa nya semua akan baik-baik saja.
Asal kan kamu sihat , dan tidak pernah menyusahkan orang lain itu sudah cukup baik.

Akhir kalam , jadi lah insan yang berguna untuk agama , keluarga , bangsa dan negara.

Mama sayang kamu Mohd. Izad Emir Bin Abdul Rashid.













Wednesday, August 17, 2016

Bulan Pucat





Bulan pucat
sehingga hilang seri
pudar ke pagi

sepanjang malam
menyendiri
di selimuti  awan

lolongan anjing
kedengaran tak berhenti
seolah pukulan gendang
yang diulang-ulang
memual rasa

By Ali Aslinah


Ini puisi spontan ku , namun malam ini sebenar nya Bulan sangat cantik di atas sana.
Selepas keluar dari masjid  , aku memandu sendiri untuk pulang kerumah.
Makan seorang di rumah , nasi lemak ayam yang di beri kepada para jemaah masjid .
kerana malam ini  aku mahu cepat pulang .

Sepanjang jalan Bulan menyinari malam ,
aku bahagia memandang nya
seluruh keresahan ku hilang.

Terfikir di benak ku,
mengapa orang lain tak ambil peduli tentang kejadian alam ?
Mengapa Allah ciptakan Bulan yang sebegitu indah ,
namun ada yang tidak langsung mengendahkan nya ?

Walau pun ada yang kata aku seorang yang kuat berangan-angan ,
sebab tu aku suka melihat Bulan.
Tapi bagi ku , itu bukan sebab nya , yang nyata memang Bulan itu sangat cantik dan memberikan cahaya .
Kejadian alam ini penuh rahsia , Allah menciptakan nya dengan kuasa yang tak mampu kita sebagai manusia untuk menandingi ciptaanNya.
Aku belajar mengenal alam , bagaimana aku belajar itu juga rahsia Allah.
Yang penting aku masih belajar walaupun seusia tua begini.

Pengalaman hidup banyak mengajar aku erti *DIAM*
bermonolog sendiri dengan hati.
biar pun aku sering di hujam dengan kata-kata nista , aku tetap diam .
namun sesekali aku terlangkah batas diam itu sendiri.
pernah aku melantunkan semula kata-kata nista.
tetapi setelah sedar , aku kembali diam.

teringat sewaktu aku berniaga ,
siapa orang yang di daerah ku tidak kenal dengan aku.
malah yang datang dari jauh pun ada .
yang membawa bekal makanan yang aku masak juga ramai.
pramugara pramugari menjadi pelanggan setia.
doktor , guru , peguam , engineer ,
sehingga kan serendah-rendah jawatan pernah menjadi pelanggan.
anak-anak mereka membesar dengan airtangan ku.
ini lah hasil nya ,
mereka membesar menjadi insan berguna dengan masakan yang penuh kasih sayang.
Alhamdulillah , setelah mereka besar , tidak pernah lupa kan aku.

berbagai ragam manusia aku jumpa.
ada yang baik dan ada yang suka mengata.
aku berbuat baik dengan semua orang , namun ada yang tetap tidak menyenangi ku.
ini lumrah manusia , Allah dah jadikan mereka begitu ,  aku terima semuanya.
lebih tiga puloh tahun lama nya aku bertemu dengan ramai orang.
dan sekarang aku senang diam sendiri.
mungkin juga faktor usia yang menyebabkan aku begini.

tapi aku ada ramai kawan yang baik-baik.
yang membantu memberi sokongan dan dorongan untuk kelangsungan hidup.
diantara mereka ini , ada yang terlalu rapat denganku.
di masjid kami selalu bertemu.
selesai solat kami akan makan dan minum bersama-sama.
ini lah dunia ku sekarang.

biarpun solat dirumah itu bagi wanita ,
namun seperti yang disebut ustaz , wanita yang solat berjemaah di masjid itu *istimewa.
jangan kata wanita yang solat di masjid itu akan menimbulkan fitnah ,
sebab di masjid ruang solat bagi lelaki dan wanita berasingan ,
mana timbul nya fitnah bila yang bersolat menutup aurat ?
kata ustaz  lagi ,
wanita kalau ke mall atau ketempat-tempat lain mengapa tidak di kata kan timbul fitnah ?
dengan pakaian yang bermacam-macam fesyen ,
dengan alat solek , dengan wangi-wangian ,
bercampur lelaki dan perempuan ,
itu lah sebenar nya yang menimbulkan fitnah.

aku tak akan kemana-mana kerana aku bahagia dengan hidupku kini.
mengenal diri sendiri , mengenal Allah , mencari redha Allah itu tujuanku.
biar apa orang kata , itu tidak akan aku peduli lagi.
yang aku tahu hidup ini bertunang mati.
bila masa nya akan sampai aku tak tahu tapi janji Allah itu amat pasti.
aku akan berpulang jua pada Nya apabila tiba saat nya nanti.

oleh itu , apa pun orang kata tentang aku , aku tak peduli.
biar berbuih mulut mengata , sampai masa terkedu jua.
penat nanti , berhentilah sendiri.

Takdir menentukan perjalanan ku , dengan siapa aku bertemu ,
dengan apa aku merasa suka duka .
Pada siapa aku mengadu tanya , dengan apa aku berpegang erat ...?
Semua yang aku sayang pasti pergi dan hilang.
Semuanya hanyalah pinjaman sementara aku hidup di alam ini.
Begitu sayang sekali pun , tiada satu yang akan kekal abadi.
Nyawa aku pun aku tak pasti entah bila ditarik kembali.

Aku harus banyak bersabar , belajar redha , terima apa jua ketentuan Allah untuk ku.
Aku belajar untuk tidak menyalahkan diri sendiri dan menyalah kan  orang lain  bila takdir buruk yang datang.
Belajar bahawa didunia ini Allah tidak akan hanya memberikan kesenangan , tapi setiap ujian itu adalah kasih sayang Nya .
Yang pasti jangan berhenti untuk belajar dari *ALAM.


~ Zainab ... bertalu-talu di uji sehingga tak terasa lagi.




















Tuesday, August 16, 2016

Surat Tak Bersetem





lihat , dengar dan rasakan
bunyi-bunyian tergaduh dari relung mu
lalu , untuk rindu terindah
kau pasti relakan hati mu untuk patah
seperti hujan di luar sana

tak ada yang mustahil
untuk Tuhan kembalikan
sekali pun itu remuk redam

semoga amarah lebih kecil dari ikhlas
sebentuk harapan kan selalu mampu menyemangati
untuk tetap bergerak
dan terus bermimpi .

@ by Ali Aslinah & Elang Megananda


Sayang,
surat ku tak pernah lagi bersetem untuk sampai kepada mu
di ruang kecil dan sempit ini , seluruh mata hati akan mencari makna yang tersembunyi .
setiap kunjungan aku tatang bagai minyak yang penuh ,
tak rela jika terserakkan , meremah sana sini
jangan pernah kau kotori ruang ini

ini ruang ku
disini aku ratu nya.


#Salina ... terima kasih pada setiap pelayar yang mengunjungi ku di sini , semoga sejahtera .









Monday, August 15, 2016

Surat Bulan Untuk Mawar (3)





Mawar ,
malam ini aku menulis lagi untuk mu.
supaya kau lebih mengerti hidup ini bukan untuk diri sendiri.
setiap kita punya hak untuk bahagia.

jangan mengharap terlalu lebih
kerana ,
semakin tinggi pengharapan maka semakin lebar ruang untuk dikecewakan.
jangan berharap mendapat pujian dari manusia
kerana ,
Tuhan tidak memandang rupa kita tetapi menilai hati kita.
jangan menghina dan mencerca orang lain dengan kata-kata kesat
kerana Tuhan lebih mengetahui siapa kita

biar pun kita orang yang menutup aurat
tak perlu lah kita membuka aib orang
biar saja Tuhan yang menghukum
kita hanya manusia tak berupaya.

jangan kita terlihat insan yang beragama di mata orang
namun kerana riya' nya kita lalu Tuhan tidak sedikit pun memandang

ingat Mawar ,
satu jari telunjuk yang kita tuding kepada orang
empat jari lagi mengarah kepada kita.
satu doa kita yang tidak baik untuk orang
Tuhan akan kembalikan kepada kita .

jika kita tidak mahu di keji
maka jangan kita mula kan untuk mencaci maki
jangan kita sedap kata berbicara
kerana orang yang kita kata itu juga punya lidah untuk bersuara

aku harap kau faham Mawar ,
hidup kita amat singkat sebenar nya
apa akan terjadi jika kita tak sempat untuk bertaubat ?
apakah kita mahu timbangan dan titian kita kelak terlewat
kerana keengganan kita meminta dan memberi maaf ?
mampukah kita menongkat langit
sedang janji Tuhan itu pasti
bila-bila sahaja akan tercabut nyawa dari jasad.

Mawar ,
hidup ini tentang perpindahan,
dari mana kita berasal sehingga kita berpulang nanti
semua sudah di tentukan Tuhan.
sebagai insan biasa ,
kita tinggal menjalani kehidupan saja dan berbuat yang terbaik semampunya.
usah risau tentang hal-hal duniawi
yang akan merunsingkan kepala dan membuat kita sakit.

InsyaAllah , sejahteralah kehidupan bila kita yakin ALLAH tidak akan mempersia-siakan hambaNYA.

aku sudahi dahulu surat ini dengan harapan kau mengerti bahawa dunia ini sementara dan akhirat kekal selama nya.



yang benar

Bulan








Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...