Monday, August 15, 2016

Surat Bulan Untuk Mawar (3)





Mawar ,
malam ini aku menulis lagi untuk mu.
supaya kau lebih mengerti hidup ini bukan untuk diri sendiri.
setiap kita punya hak untuk bahagia.

jangan mengharap terlalu lebih
kerana ,
semakin tinggi pengharapan maka semakin lebar ruang untuk dikecewakan.
jangan berharap mendapat pujian dari manusia
kerana ,
Tuhan tidak memandang rupa kita tetapi menilai hati kita.
jangan menghina dan mencerca orang lain dengan kata-kata kesat
kerana Tuhan lebih mengetahui siapa kita

biar pun kita orang yang menutup aurat
tak perlu lah kita membuka aib orang
biar saja Tuhan yang menghukum
kita hanya manusia tak berupaya.

jangan kita terlihat insan yang beragama di mata orang
namun kerana riya' nya kita lalu Tuhan tidak sedikit pun memandang

ingat Mawar ,
satu jari telunjuk yang kita tuding kepada orang
empat jari lagi mengarah kepada kita.
satu doa kita yang tidak baik untuk orang
Tuhan akan kembalikan kepada kita .

jika kita tidak mahu di keji
maka jangan kita mula kan untuk mencaci maki
jangan kita sedap kata berbicara
kerana orang yang kita kata itu juga punya lidah untuk bersuara

aku harap kau faham Mawar ,
hidup kita amat singkat sebenar nya
apa akan terjadi jika kita tak sempat untuk bertaubat ?
apakah kita mahu timbangan dan titian kita kelak terlewat
kerana keengganan kita meminta dan memberi maaf ?
mampukah kita menongkat langit
sedang janji Tuhan itu pasti
bila-bila sahaja akan tercabut nyawa dari jasad.

Mawar ,
hidup ini tentang perpindahan,
dari mana kita berasal sehingga kita berpulang nanti
semua sudah di tentukan Tuhan.
sebagai insan biasa ,
kita tinggal menjalani kehidupan saja dan berbuat yang terbaik semampunya.
usah risau tentang hal-hal duniawi
yang akan merunsingkan kepala dan membuat kita sakit.

InsyaAllah , sejahteralah kehidupan bila kita yakin ALLAH tidak akan mempersia-siakan hambaNYA.

aku sudahi dahulu surat ini dengan harapan kau mengerti bahawa dunia ini sementara dan akhirat kekal selama nya.



yang benar

Bulan








Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...