Friday, August 26, 2016
Syurga mu Isteri .
Nabi Ibrahim pernah menyuruh anakanda nya Ismail supaya menukar alang pintu rumah nya.
ini adalah tanda isteri Ismail buruk pekertinya kerana membuka aib Ismail di depan mertua ,
sedangkan dia tidak kenal mertuanya.
ini hal anak beranak , apa lagi membuka aib suami mu pada orang ramai.
jangan sekali memburuk-buruk kan suami mu wahai isteri , jahanam jawapan nya.
suami seharus nya di sanjung , dihormati selain kamu mencintai nya.
ini kerana syurga mu ada pada suami mu.
taat lah sebagai isteri , jangan menderhaka dan mengherdik serta menengking suami.
jangan bercakap meninggikan suara , meleteri suami sesuka hati.
menasihati suami itu boleh ,
tapi bukan dengan cara mengeji , tegur pun harus beradab bukan biadap.
cinta adalah rasa besar yang di dalam nya ada rasa hormat.
jika tidak ada rasa hormat , tidak ada cinta.
jika suami mu syurga bagi mu ,
dia seharus nya keutamaan mu dari yang lain.
seorang isteri boleh masuk melalui mana-mana pintu syurga yang di kehendaki nya dengan syarat isteri itu seorang yang taat dan patuh perintah suami , solat dan berpuasa .
ALLAH tidak meletak kan syarat yang berat bagi mu wahai isteri ,
cukup lah dengan menjadi isteri yang taat , dan itu bukan lah berat bagi yang mahu.
seorang isteri harus menghidangkan air minuman sebaik suami pulang kerumah .
sambut suami seperti kamu menyambut raja , sebab suami mu bukan hamba mu.
berikan senyuman , cium tangan suami , berikan suami pelukan mu dengan penuh kasih sayang.
jangan biarkan suami yang penat bekerja seharian untuk mencari nafkah berada di dapor sebab yang seharus nya di dapor ada lah kamu wahai isteri.
jika tugas di dapor itu tugas suami ,
maka tidak lah Rasullullah SAW mengajarkan anakanda nya Fatimah supaya sebelum tidur mengucapkan Subhanallah , Walhamdulillah , Allahu Akbar ,
ini zikir yang menenang kan Fatimah sewaktu dia mengeluh tentang kepenatan nya dan ingin mencari pembantu rumah.
dan Rasullullah pernah pulang kerumah selepas solat subuh , bertanya pada Aisyah , adakah sarapan pagi ini , jika tidak aku akan berpuasa.
jadi untuk apa kamu sebagai isteri mahukan suami mu mengurus tugas mu , sedang kan suami sudah bersusah payah bekerja seharian .
memang ada suami yang memahami tugas isteri yang bekerja di zaman sekarang ,
membantu isteri tanpa di pinta tapi seorang isteri yang baik tidak akan mengambil kesempatan .
seharus nya isteri tahu kedudukan nya disisi suami .
pahala sangat mudah kamu dapati dari suami mu.
redha suami itu penting buat mu , bukan redha orang lain.
jika suami mu redha atas kamu , maka ALLAH meredhaimu wahai isteri.
jika kamu keluar untuk kerumah ibubapa mu juga harus dengan izin suami .
jangan main-main dengan izin suami , itu jahanam akibat nya.
jika kamu mahu kan syurga , taat lah pada suami , jangan menderhaka , jangan nusyuz ,
itu menempah tiket ke neraka.
ambil lah peluang menjadi isteri yang baik .
apa sahaja yang di lakukan untuk suami mu adalah pahala besar dari umrah dan haji.
jangan buka keburukan suami sedang kan kamu dan dia tidur bersama .
sanggupkah kamu wahai isteri menceritakan hal keadaan kamu di ranjang dengan suami sedang kan itu adalah dosa.
Subhanallah , tidak rugi menjadi isteri yang baik .
ingat , suami tempat berlindung , isteri tempat bermanja .
saling melengkapi antara sesama , jika kelak salah satu dari kamu sudah tiada maka saat itu airmata darah tak lagi bermakna.
~Zainab
27 Ogos 2016
Dzikir Penenang Hati
Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...
-
a Sedang kan pantai lagi berubah , ini pula manusia yang hati nya di pegang oleh Allah SWT. aku tetap bersabar dan berdoa semoga suatu...
-
sabtu lepas , aku kembali ke Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah . lima tahun aku belajar di sana , terlalu banyak kenangan pahit manis...
-
meredah hujan malam berseorangan lencun kebasahan menggelatuk kesejukan entah kan bila menanti reda aslinahali 21111...