Sunday, August 21, 2016

GUNUNG IRAU





kenangan dua tahun lepas kembali menerjah kotak fikiran ku.
pengalaman paling berharga mendaki Gunung Irau ( Mossy Forest ) yang sangat mencabar mental dan fizikal .

petang itu aku bersama kak Yati , Amirul dan Sam bergerak meninggal kan Seremban menuju Cameron Highlands.
kami sampai di Tanah Rata hari sudah malam.
selepas berjumpa Dr.Shaharudin dan Yasmin isterinya serta family besar mereka , kami menuju rumah tumpangan yang telah di tempah oleh mereka.

aku dengan group menginap di rumah tingkat tiga , manakala Dr Shah dan group di tingkat dua.
malam itu kami sempat ronda-ronda pasar malam , beli kasut getah untuk mendaki gunung.
harga kasut $10 saja .
aku macam tak percaya , boleh ke aku nak mendaki gunung ?
sebab pada awal nya aku hanya ingin diam di rumah tumpangan
dan mengimbau kenangan bersama keluarga ketika beberapa kali di sana.

namun di ajak berkali-kali dan akhir nya aku setuju untuk mendaki gunung ,
walhal belum pernah sekali pun dalam hidup ku ada pengalaman .

aku sahut pelawaan mereka , sebab kakak Dr Shah sudah berusia 60 tahun pun ingin mendaki sama.
kata nya kita terima cabaran orang muda.
this is a challenge, why not ?
dari situ aku terfikir , kenapa aku tidak ?

esok pagi nya , selepas sarapan pagi kami berangkat .
semua anak-anak Dr Shah dari yang tua sampai yang berusia enam tahun pun ikut.
Yasmin isteri nya memberi kami sorang satu muffin , bawa bekal air mineral dan palstik hitam pembungkus sampah.
aku ada bawa roti cream juga sebagai bekal.

dengan berseluar jeans , aku mula mendaki ,
pada sangkaan ku gunung itu tidak lah begitu tinggi dan tidak sukar bagi ku ,
sebab ini yang terfikir di benak , maklom aku tak pernah mendaki gunung.

cuaca sangat sejuk , mujur aku pakai baju panas .
mula-mula mendaki aku rasa , ah ini okay saja.
tapi rupa-rupa nya sangkaan aku meleset , aku terasa penat dan mula untuk berpatah balik bila seorang demi seorang sudah mengalah dan tak mahu meneruskan pendakian.

tapi Dr Shah beri semangat yang bagus buat ku.
kata nya , "akak dah 52 tahun , nampak akak sihat dan dah mendaki separuh jalan , jom terus kak."
kalau orang lain memang tak mampu , sebab kakak aku pun dah mula berpatah balik.

pendakian memang sangat mencabar , berlumpur , batu-batu yang basah dan berpaut di akar-akar kayu yang licin tanpa sarung tangan .
ahhh , ini kerja gila !
aku memang geli dengan keadaan yang lembab dan basah.

untuk sampai ke puncak  , bukan hanya mendaki saja , kami kena menuruni cerun , kemudian naik semula sebab ianya seperti bentuk gelombang , bukan lurus menuju puncak.

atas semangat yang kuat , aku tak mahu mengalah , pendakian diterus kan walaupun payah.
tak dapat aku nak ceritakan bagaimana sukar perjalanan ini.
beronak berduri , selut di kaki , aku rasa macam tak mampu untuk terus pergi.

namun akhir nya sampai jua , keadaan cuaca sangat sejuk , plastik sampah yang di bekal kan rupa-rupa nya menjadi pemanas badan.
kami semua menyarung plastik sampah sebagai baju hujan walhal hari tak hujan ....hehehehe

ini pengalaman yang tak dapat aku cerita kan sebab hanya orang yang mendaki gunung saja yang tahu kesukaran nya.

tapi gambar-gambar ini sedikit sebanyak dapat mencerita kan sebab aku tak begitu pandai untuk menterjemah kan pengalaman ini.

adios , hope this is not my first and last experience .
kalau orang lain boleh aku pun boleh !


~ Salina ... belajar dari *Alam , ini anugerah berharga !






















Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...