Thursday, June 2, 2011

KISAH JUANA IDA ( 8 )

Sepanjang bekerja bersama-sama dalam satu seksyen dengan Juana Ida, saya telah mula berkenalan dengan ramai technician dan line leader serta supervisor di kilang tersebut. Mereka terdiri dari berbagai bangsa, Melayu , China , India, Benggali, Serani dan Chindian. Kami berkawan dengan baik dan mesra dalam satu pasukan. Kebanyakan nya lelaki, di line tersebut, hanya saya dan Juana Ida serta beberapa orang saja perempuan. Yang ramai nya terdiri dari kaum lelaki.

Waktu rehat di kantin kami bergilir-gilir, ada yang dulu ada yang kemudian. Selalu nya kalau di satu meja panjang, ada dua belas lelaki tapi cuma saya seorang budak perempuan terselit di antara yang ramai. Apa nak buat, tak kan saya nak duduk makan sorang-sorang pulak, terpaksa lah   " join   " dengan mereka sekali. Mula-mula bergaul dengan mereka saya kekok dan malu, nak makan pun segan-segan nak suap makanan dalam mulut. Tapi bila dah lama dan biasa ......hehehe....tak ada makna nya nak segan lagi, saya pulun jer semacam......sebab dah rasa macam bapak dan abang pulak.

Antara yang saya sering terkenang sehingga kini, dan melekat di hati saya ialah Pakcik Sulaiman yang baik budi dan tinggi pengajian nya tentang ilmu agama....sangat alim orang nya. Halim yang lincah dan kelakar, kuat mengusik saya....sehingga kini kami masih berhubung dan masih mesra walau pun dia sekarang dah bermenantu. Raja...anak Chindian yang menaruh hati pada saya dalam diam, akhir nya memeluk Islam, dah berkeluarga juga. Arwah abang Am......pergi buat selama nya....kali terakhir saya bertemu dia di majlis perkahwinan anak lelaki sulong Halim. Ramai lagi yang masih di hati saya, namun apa kan daya kami untuk sering berjumpa, jarak dan waktu memisah kan....jauh di mata di hati tidak terlupa kan.

Berbalik pada kisah saya dan Juana Ida yang masih kena berhadapan dengan En.S. Ada saja jalan nya nak mengenakan kami. Mentang-mentang lah dia bos, kami ni dia pandang macam semut jer. Jangan ada silap sikit, teruk lah kami kena marah cukup-cukup dengan dia. Ya lah kan....kami terima lah apa yang dia kata, salah kami juga sebab kadang-kadang tak berhati-hati dalam kerja. Tapi satu perangai dia yang saya sangat benci.......sungguh jelek saya rasakan......sering saya jadi mangsa gangguan nya. Bukan orang nya yang saya benci tapi perangai tak senonoh nya yang saya sakit hati. Sering muncul dari belakang saya dan mengejut kan saya dengan mengucapkan   " Morning As......  " sambil sempat tangan nya menyentuh peha atau punggung saya !!!

Betul-betul itu satu gangguan bagi saya, dan prestasi kerja juga. Selalu saya menarik muka masam di pagi hari....dalam hati menyumpah seranah dan memaki dia. Hendak saya jerit kan saja dia, tapi saya bimbang akan di kata orang yang saya ni perasan pula, sebab dia sangat licik dengan perbuatan nya, sambil berjalan memeriksa line sambil dengan pantas pandai dia   " cover line   "......Masa itu saya tak sempat nak berbuat apa-apa.....kalau saya sempat mungkin saya tolak dia jatuh tertiarap atas simen . Tapi badan saya ni dulu,  dah lah kurus kering sedang kan dia tegap walau pun pendek dan katik........aduhhh..........tak baik saya mengutuk orang , dosa kannnn......dia juga ciptaan ALLAH....cuma masa menulis ni geram saya pada dia terasa kembali. Ahhh........menyakit kan hati !

Setiap kali saya di ganggu oleh En.S....Juana Ida lah tempat saya mengadu. Kadang-kadang saya menangis tak tahan dengan gangguan yang berterusan. Saya bekerja sebab nak bantu keluarga, nak cari makan.......tapi bila di ganggu sedemikian , selama mana dapat bertahan ? Juana Ida selalu mereda kan perasaan saya ,   " Sabar lah As, kalau As berani cuba lah report kat Mr.Dzial. Silap-silap dia kena buang kerja, tapi As kena ingat, En.S tu baik dengan Mr.Dzial, kaki bodek, kan dia selalu saja pergi German, company hantar, tu Mr.Dzial lah yang punya kerja. Kak Jun pun tak lama lagi jer ni, kalau Kak Jun jadi kawin dengan abang Din, Kak Jun berhenti. As cuba lah cari kerja kat tempat lain lepas ni.  "

Rupa-rupa nya Juana Ida sudah mendapat bakal pengganti suami.........dalam diam-diam berisi, tanpa pengetahuan saya yang begitu rapat dengan nya. Pandai juga dia sembunyi rahsia kali ini. Saya tidak lah terlalu terkejut dengan berita yang saya terima, kerana dia memang masih cantik dan kalau dia berkahwin lagi pun tidak hairan lah kan.....kata orang saham belum jatuh ......masih laku......:))
Malahan saya gembira kerana Juana Ida akan ada suami yang menemani, tidak lah dia sunyi lagi, dan ada lah orang yang akan menjaga nya kelak....kalau dia berhenti kerja pun ada yang akan menanggung makan pakai dan menjaga sakit pening nya.

Untuk mengetahui kisah seterus nya saya harap teman-teman bersabar ya, akan saya sambung kan sedikit lagi kisah Juana Ida ini, di samping saya menyelitkan kisah silam saya juga. Bukan nya saya nak mengata orang tetapi saya hanya ingin kisah ini di jadi kan tauladan andai di hati kalian ada terkesan.

Akhir kata dari saya....

" pucuk pauh delima batu
anak sembilang di tapak tangan
walau pun jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan  "

Salam sayang buat semua yang saya kasihi.........andai terkasar bahasa saya di sini, izin kan saya menyusun sepuluh jari , memohon maaf tulus dari hati.........:))




Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...