Dalam kehidupan ini berbagai ragam manusia telah aku temui. Ada yang baik tak kurang juga yang tidak baik. Terkadang aku penat dan keliru dengan sikap berbagai-bagai dari mereka. Memang aku senang berkawan dengan siapa saja, pernah aku kata kan dulu , aku tak mengira umur samada tua atau muda, mahu pun sebaya. Yang penting bagi aku ialah keihklasan untuk berkawan. Boleh kata kan aku sayang semua rakan-rakan, walau pun ada insan-insan tertentu yang mendapat keistimewaan lebih dari ku. Itu ada lah perkara biasa, HATI manusia bukan nya boleh di paksa. Begitu juga dengan hati aku. Kerana aku insan biasa yang tiada apa-apa kelebihan dan aku tidak maksum maka nya aku bersikap sama dengan manusia yang lain. Bohong lah kalau aku katakan yang aku melayan semua orang sama saja, tiada seorang pun yang terlebih dan tiada seorang pun yang terkurang mendapat perhatian dariku.
Tapi cuma satu yang membuat kan hati aku melekat dengan beberapa orang kawan perempuan dan beberapa orang kawan lelaki ini ialah, sikap mereka yang mengambil berat tentang diri ku. Tentang sakit pening aku. Panggilan telefon, SMS adalah penyambung ikatan persahabatan kami. Ada yang tidak pernah dalam sehari pun tidak menghubungi aku bertanya khabar. Andai lambat aku membalas mesej nya dia akan gelisah, risau akan keadaan aku. Ada yang sanggup jam satu pagi menelefon aku bertanya khabar, sihat kah atau tidak. Yang menelefon berjam-jam pun ada, hanya semata-mata berbual kosong dan rindu nak mendengar suara. Beberapa orang yang jauh di mata, dan beberapa orang yang tinggal dalam bandar yang sama ada lah rakan yang sangat karib buat masa ini. Aku bersyukur Allah anugerah kan insan -insan yang benar-benar ihklas berkawan dengan ku. Bukan wang ringgit nya yang aku pandang tapi ketulusan hati nya membuat kan aku senang.
Ini bukan bermakna yang lain tidak ikhlas dan telus berkawan cuma mungkin mereka-mereka itu sibuk dengan urusan harian yang lebih penting. Maklom lah dunia sekarang adalah satu perlumbaan. Andai terlambat akan keciciran. Maka ada yang hanya sempat bertanya khabar sepintas lalu, kalau aku tak menelefon mereka maka tiada lah diantara mereka yang sudi menelefon aku. Aku akui hakikat nya memang sebelum ini aku suka menelefon kawan-kawan baik yang jauh atau dekat, namun bila memikirkan semula, ada lah lebih baik aku berdiam saja, kerana mungkin ada yang tidak suka di ganggu dengan deringan telefon dan nada dering SMS. Hanya kini aku menumpukan perhatian pada yang beberapa orang ini, sebab nya ialah...." orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa."
Kalau sebelum ini aku keliru memilih kawan sekarang aku tahu siapa yang patut aku teman kan.
Budi mereka-mereka ini akan kekal dan teguh dalam hati aku, selagi hayat di kandung badan, kasih dan sayang aku pertaruhkan buat kalian. Walaupun kita bukan di lahirkan dari rahim yang sama, namun ikatan persaudaraan ini amat kuat, bukan kita yang punya pinta tapi ALLAH yang empunya rencana.
Dipertemu kan antara dua HATI, ikatan ini akan kusimpul mati, tak terurai lagi.....INSYAALLAH.
aslinahali
060711
2.30a.m