Semenjak di tempat kan dalam satu " line " dengan Zaki di kilang, hubungan kami semakin rapat. Dia seorang Line Leader yang bekerja tiga shift, mana kala aku pula Quality Controller yang bekerja mengikut waktu pejabat. Namun sering kami akan keluar minum pagi bersama bila dia bekerja jam 7 pagi hingga 3 petang. Dan akan bersama minum petang bila dia bekerja jam 3 petang hingga 11 malam. Cuma waktu yang kami tidak dapat makan minum bersama ialah apabila dia bekerja jam 11 malam hingga 7 pagi. Namun begitu dia akan selalu meninggal kan nota di locker apabila kami tidak dapat bertemu. Mengapa dia begitu mengambil berat tentang aku, aku menjadi hairan. Sedangkan dia sudah ada " girlfriend " yang cantik ketika itu.
Pada aku pula, hubungan rapat dengan nya aku anggap biasa sebagai rakan sekerja. Aku melayan dia dengan baik, sebab dia juga melayan aku baik sekali. Kadang-kadang ada masa nya kerja yang menimbun membuatkan aku pernah juga tidak sempat untuk keluar minum, namun dia akan membelikan aku sebungkus Coca-Cola dan sekeping donut kegemaranku. Kadang-kadang bila aku mengadu mengantuk , dia akan membelikan sebungkus Kopi O, tanpa aku pinta.
Lama-kelamaan hubungan kami bukan dianggap biasa oleh girlfriend nya. Perempuan itu menjadi begitu cemburu tentang hubungan ikhlas kami. Akhirnya Zaki memutuskan berpisah dengan buah hatinya. Dia menumpukan sepenuh perhatian pula kepada aku.
Kata nya , " As, Zaki tak tahan lah dengan tuduhan Anne. Cemburu keterlaluan, ini belum jadi wife lagi, kalau esok-esok dah jadi wife Zaki, agak nya dia tambat kaki Zaki ni. Tak suka lah, dia tuduh As macam-macam, kutuk As pulak, sedangkan Zaki lebih kenal As dari dia. Zaki tahu siapa yang hati busuk ke tak ...."
Terkejut aku dengan kata-kata Zaki, tambah nya lagi, " Zaki dah putus dengan dia." Lagi lah aku terperanjat, "
Apa ? Zaki putus ? habis nanti lagi dia tuduh As macam-macam.....As tak mau lah dengar benda-benda ni....sambunglah balik dengan dia Zaki, please...." rayu aku pada nya.
" Dah, As jangan takut, bukan salah As, dia yang cari problem, fed up lah dengan perempuan jealous melampau macam dia. As buat macam tak tau dah lah, Zaki suka As, dia nak buat apa ? Nak paksa Zaki suka dia balik ? Sorry lah......dah terlambat, perempuan bukan sorang, cantik tak ada akal nak buat apa, baik tak payah lah. " tegas nya berkeras tidak mahu meneruskan hubungan nya lagi dengan Anne.
Tetapi dalam hati aku risau, kalau lah Anne yang ramai kawan tu, mengajak kawan-kawan nya yang lain ,yang juga separuh nya kawan-kawan aku, memulaukan aku. Tentu aku tak ada siapa nak kawan lagi, dah lah aku ni tak ramai kawan perempuan, hanya yang ramai kawan-kawan lelaki....lagi lah mulut mereka sedap mengata aku....hmmm....
Nak di jadi kan cerita, hujung tahun kilang tempat kami bekerja mengadakan Annual Dinner, malam itu aku , Jan dan Mas pergi lah, sebab orang kampung la kata kan, mana lah biasa dengan dinner dan party ni. Pakaian untuk dinner tu pun aku beli di saat-saat akhir, sehelai gaun merah dan kasut berwarna hitam. Mas pula, skirt unggu, manakala Jan tak payah cakap lah, anak orang kaya, baju dia paling hebat, dengan kasut juga branded la kata kan, gempak ! Kami bersolek sakan, mengalah kan artis pulak, sungguh nampak bergaya walau pun aku cuma membeli pakaian dari kedai biasa saja. Wah....perasan lah pulak aku ni...gelihati bila ingat semula.
Jan berpasangan dengan Chandra, seorang anak Chindian, manakala Mas membawa boyfriend nya Zack. Aku pula terpinga-pinga tak ada couple. Kebetulan Zaki juga datang sendiri dengan Scrambler nya. Dia tahu aku tak ada partner untuk menari malam itu. Aku hanya memandang pasangan-pasangan yang lain menari lagu rancak dan slow dance. Tiba-tiba Zaki datang menarik tangan aku, " Jom As, kita dancing...."
belum sempat aku kata tak nak, dia menarik aku agak kuat, tersentak di buat nya, aku berdiri kaku.......malu nya, aku tak pernah menari slow dance dengan lelaki, kalau lagu joget masa Chak Kunchak ( joget lambak ) di kampung pernah lah.......hehehe....kelakar kan ?
Mahu tak mahu, bila dia dah memeluk pinggang aku, aku terpaksa lah bersikap agak sporting malam itu, untuk tidak memalu kan dia di depan bekas girlfriend nya yang membawa pasangan lain. Kami pun "berdancing" lah sampai habis lagu.......di saat itu aku terasa pelukan nya lain macam, berdebar hati aku, jantung ku berdegup dengan kuat sekali......apakah aku sudah mula menyayangi Zaki, atau itu hanya mainan perasaan ?
Bila lagu habis, lampu yang samar menjadi terang, party malam itu juga sudah sampai ke penghujung, kami membuat keputusan untuk pulang kerumah, jam sudah hampir 1 pagi. Bas di luar kilang sudah siap sedia menunggu, aku dapati purse aku telah hilang. Puas Zaki menolong mencari nya, namun tidak berjumpa, hampa. Akhirnya aku ketinggalan bas, yang lain-lain telah pulang dulu tanpa menunggu aku pula......Zaki mempelawa aku membonceng motosikal Scrambler nya. Mahu tidak mahu aku terpaksa menumpang dia untuk pulang malam itu, tanpa helmet dan kad pengenalan. Kami melalui jalan yang sangat gelap, sebab jalan itu tiada polis yang membuat rondaan, jalan pintas.....sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba Zaki memberhentikan motorsikal nya, aku menjadi sangat takut, dalam hati mencurigai lelaki ini.....
" dia ni nak apa-apakan aku ke, Ya Allah, tolonglah aku....." doa ku dalam hati.
" As, pakai jaket Zaki ni, sejuk kan...? " kata nya pada ku. Lega hati aku, memang aku sejuk sebab angin malam sangat dingin bila naik motorsikal, aku pun pakai lah jaket dia.
" Tolong buka kan butang lengan Zaki ni...." pinta dia, walhal sebenar nya dia boleh buka sendiri.......saja nak mengada-ngada pulak...nasib baik tak suruh bukak baju dia........mahu aku lari tak cukup tanah, takut !
Akhirnya dia menghantar aku sampai di depan rumah dengan selamat, Allah melindungi kami dari perbuatan yang tidak baik, Alhamdulillah.......Zaki tidak lah seorang lelaki yang jahat dan mengambil kesempatan keatas perempuan, niat dia ikhlas sebenarnya, bermula dari malam itu, hati aku sudah ada sedikit rasa sayang pada lelaki ini. Baik hati, berbudi bahasa, pandai juga serba sedikit tentang ilmu ugama, sebab bapa nya seorang Imam.....walau pun iman tidak boleh di warisi, namun atas didikan yang baik dari keluarga maka tak banyak sikit masih terpelihara jiwa nya dari hasutan syaitan.
Saya akan sambungkan sedikit lagi cerita saya dengan lelaki yang bernama Zaki ini di lain waktu.......sampai jumpa lagi, salam sayang selalu buat semua yang saya kasihi.