Tahun baru bermula, tugas di tempat kerja kian bertambah, permintaan dari German kian meningkat, memerlukan kami di " line " bekerja keras untuk menambah pengeluaran produk kilang. Aku terpaksa bekerja lebih masa di hari ahad.
Kualiti perlu menepati permintaan , aku semakin teruk bekerja, selalu kurang tidur sebab masa berehat di hari ahad telah terganggu. Namun begitu aku gembira sebab bila pagi sebelum jam 8, aku sempat minum pagi bersama Zaki, kerana jam 7 dia telah habis shift malam. Satu jam itu ada lah masa untuk aku berbual-bual dan minum bersama nya, di rumah aku tidak sempat bersarapan pagi kerana mengejar waktu, takut tertinggal bas. Jadi hubungan kami semakin mesra, dia lah juga yang menjumpai semula dompet ku yang hilang pada malam dinner sebelumnya...... terjumpa di dalam tandas lelaki. Ada tercampak di lantai, duit semua sudah tiada, hanya kad pengenalan aku saja yang tinggal. Aku bersyukur walau pun duit yang hilang tidak lah sebanyak mana tapi yang penting kad pengenalan aku dapat semula.
Masa itu, aku rasa alahai....sayang lah jugak dalam hati pada lelaki ini.....kenapa semua ini terjadi , semua nya secara kebetulan, membuat kan hubungan aku dan Zaki semakin rapat. " As, tak apalah duit tak ada lagi, asal dapat IC As balik....jadi lah,
kalau tak leceh lah nak pergi buat report kat balai polis kan ? Kerja kita sekarang pun banyak ni....." kata nya sambil tersenyum , aduh....memang cair hati aku dengan senyuman dia......tapi cepat-cepat aku sedar diri semula, sebab aku ni bukan cantik sangat nak berganding dengannya yang teramat lah hensem bukan main tu......malu sendiri dalam hati.
Walhal aku tak sedar, pada dia cantik bukan lah ukuran untuk dirinya, yang dia mahu kejujuran hati ku. Entah mengapa aku tidak pandai berfikir begitu masa dulu, pada aku kalau lelaki hensem, lawan nya mesti perempuan yang cantik......ya lah kan....masa tu aku ni mentah lagi , baru 18 tahun saja, mana lah pandai semua perkara.
Hari-hari kami bertemu, walau tak dapat lama sekejap pasti tak lepas peluang, bukan aku yang sengaja nak jumpa dia, dia yang sengaja tunggu nak jumpa aku setiap kali.
Tapi masa tu aku dan Zaki masih belum declare yang kami berdua sedang bercinta, sebab aku tak ada rasa cinta terhadap nya. Lain pulak dengan sikap nya, habis semua Line Leader dan kawan-kawan nya di beritahu yang aku ni sudah jadi special girlfriend dia, jangan ada sesiapa cuba nak kacau aku, siap lah ...tak sangka sungguh, patut lah ada yang dah tak berani keluar minum dengan aku berdua saja, mesti ajak yang lain sama sebab takut ugutan Zaki. Garang juga dia walau pun nampak lembut dan romantik......hmmmm....di situ lah " macho " nya dia.....tak sangka dalam lembut tetap ada tegas nya.
Dalam pada aku berkawan rapat dengan Zaki, secara tidak sengaja aku telah berkenalan dan telah jatuh hati pada seorang lelaki yang bekerja di sebuah bank di bandar. Dia adalah lelaki yang pertama aku jatuh cinta dalam hidup aku, ini lah cinta pandang pertama aku sebenar nya. Seorang yang berwajah seperti anak China, berkaca mata, tinggi dan tampan orang nya. Cinta aku dengan Latib memang berbalas, kami menjalin cinta selama 4 tahun lama nya.......namun jodoh memang tidak ada buat kami, keluarga nya memilih saudara sepupunya sendiri, dan aku beralah demi kebahagiaan orang yang aku sangat cintai, benar lah kata orang...." cinta tak mesti bersatu "......aku akur..... Ketentuan Allah.
Atas sebab itu juga lah fitnah seorang kawan rapat yang sangat ingin memiliki cinta Zaki berjaya di laksana kan oleh nya. Aku akui, memang aku rapat dan suka dengan Zaki, namun aku tidak mahu mencurangi hubungan aku dengan Latib. Sebab itu, setiap kali Zaki mengajak aku keluar dating berdua dengan nya, aku tidak pernah mahu, kecuali kalau ada Jan dan Chandra turut serta. Masa menonton wayang juga kami akan berempat. Semata-mata untuk menjaga nama baik aku supaya tidak tercemar andai ketahuan oleh Latib. Sedang kan Jan pula, dalam pada bercouple dengan Chandra, hati nya sebenar ingin memiliki Zaki. Aku amat tahu sebab dia sendiri yang beritahu aku, kata Jan pada ku, " Aku kalau Zaki ni aku tak dapat, aku tak puas hati. Sanggup aku tinggal kan Chandra kalau dia nak aku. Tapi aku heran lah apasal dia gila sangat dengan kau ? Apa lebih nya engkau ni, dia tak tahu kau ada boyfriend, kalau dia tahu, mampus dia tak nak kau lah. Nanti satu hari aku nak bagitau dia hal kau. "
Aku pandang muka Jan, " Ya lah kan Jan.....Zaki tu tak nampak ke kau ni macam Jepun, body slim, muka lawa, pakai hot.......apa lah dia pandang aku ni pulak, dah lah mata sepet, anak China, pakai cincai...kasar, bukan macam kau ni ha......ayu jelita, aku agak mata Zaki rabun lah......hehehe...." balas aku terhadap pertanyaan Jan, dalam hati aku berkata sendirian, " lantak engkau lah kalau kau nak cerita hal aku pada Zaki, dengki betul, aku belum lagi jadi isteri sesiapa, tunang pun tidak, suka hati aku lah kalau aku nak kawan dengan sesiapa."
Memang dasar manusia berhati durjana, sedang kan Jan dan Mas adalah kawan baik aku, kami tinggal sekampung, pernah makan sepinggan, tidur sebantal.....rumah aku , rumah dia juga, semua benda kami berkongsi bersama, tapi oleh kerana perasaan tamak dan iri hati , kawan baik sendiri sanggup di khianati.
Dalam menjalin hubungan cinta dengan Latib, aku tidak pernah mengabaikan Zaki, setiap kali dia ingin membawa aku berjalan-jalan di bandar, aku pergi juga tapi Jan dan Chandra pasti ada, dalam hati aku takut juga terserempak dengan Latib atau kawan-kawan sekerja nya di bank, sebab aku di kenali oleh ramai kawan-kawan Latib juga. Hubungan aku dan Latib memang bukan rahsia , tapi hubungan aku dengan Zaki, ada lah terkawal, tak ramai orang tahu, kecuali kawan-kawan di kilang saja. Masaalah nya ialah, aku dan Latib jarang dapat keluar bersama, hanya 2 atau 3 kali sebulan, tapi dengan Zaki, boleh di kata kan lebih rapat dan mesra, sebab satu tempat bekerja. Mungkin itu yang membuat kan aku merasa Zaki lah sepatut nya menjadi kekasih sebenar aku kalau nak di kira berbanding Latib yang sentiasa tidak cukup masa untuk berjumpa . Hujung minggu dia sibuk pulak nak balik kampung, manakala Zaki sentiasa ada masa untuk aku.
Jan pula semakin meluat melihat kemesraan aku dan Zaki, tak habis-habis dia ugut nak beritahu Zaki tentang hubungan aku dengan Latib. Aku masih bersabar dengan sikap Jan, " Kalau kau nak jugak bagitau Zaki, aku nak buat apa, terserah dia lah nak terus kawan dengan aku ke tak. Dia kan bukan budak kecik , kau ingat dia termakan ke gula-gula kau tu ha.......? " aku cabar Jan sebab sakit hati sangat sikap dia yang dengki dengan kawan baik sendiri.
" Engkau tu , aku tak bagitau Chandra yang kau syok kat Zaki dah kira baik tau, aku bukan macam kau lah, nak cucuk sana cucuk sini. Ada aku busuk hati dengan kau tak, semua rahsia kau cerita kat aku , aku tak pernah bagitau Chandra, cuba kalau Chandra tau kau gila kat Zaki, kau pun makan tak habis tau....semua yang rapat dengan aku kau nak kebas, dulu Chandra syok kat aku, kau layan dia sampai dia syok kat kau, sekarang Zaki dengan aku, kau nak rampas jugak, apalah perangai kau ni , tak puas hati jer......" kali ini aku betul-betul lepas kan apa yang selama ini terbuku dalam hati aku. Jan terdiam sebab tak sangka aku akan kata begitu pada dia, selama ni aku hanya mengiyakan segala kata-kata nya, tiba-tiba aku dah jadi bukan seperti yang dia kenal, seorang yang takut pada dia dan menurut segala kata-kata nya. Aku yang dia kenal, seorang yang tak banyak soal sebelum ini sudah melawan dia !!!
Kesabaran manusia ada had nya, seperti air yang di tuang kan kedalam sebuah gelas, jika sudah penuh, ia akan melimpah jua, begitulah hati aku, di tahap mana lah yang dapat aku bersabar lagi andai sikap Jan sudah semakin melampau terhadap diam nya aku selama ini. Tak banyak sikit tergugat juga hati aku, bila keterlaluan di perlaku kan begitu, andai Jan bukan kawan rapat sedari kecil, sudah lama aku menjauh kan diri dari dia, tapi hubungan erat seperti adik-beradik itu lah yang membuat kan aku lama menahan sabar.
Saya berhenti setakat ini dahulu, andai ada masa akan saya sambung kan lagi cerita lama yang dah basi ini, tapi ianya masih segar di ingatan saya, bukan mudah melupakan sesuatu yang pernah hadir dalam hidup kita kan.......akhir kata, salam sayang di angin lalu buat semua yang saya kasihi......sampai jumpa lagi, sabar lah menanti andai meminati.......:))