Tiga puluh dua tahun telah berlalu, namun satu nama itu belum terhapus dari ingatan. Kekal hingga ke hari ini. Perhubungan aku dan dia terjalin semasa kami sama-sama bekerja sementara menanti keputusan SPM. Dia seorang yang terlalu kacak pada pandangan mataku, dan pada pandangan ramai orang juga. Memang seorang yang sangat "handsome", berkulit putih kemerah-merahan, ketinggian 5kaki 8 inci, cuma sedikit kurus berbanding sekarang. Maklomlah masa remaja biasa nya badan belum naik seperti orang yang sudah berkahwin. Seorang yang lemah lembut, pemalu, berbudi bahasa dan sangat berhati-hati bila berkata-kata.
Bukan seorang dua yang menaruh hati pada nya, ramai gadis-gadis yang tergila-gilakan dia mentelahan pula dia seorang yang pandai bergaya, penampilan nya sentiasa kemas dan menarik serta sentiasa kelihatan bersih.
Aku tidak pernah jatuh cinta kepada "lelaki" ini, sekadar meminati dan menyukai wajah dan keterampilan nya sahaja. Bukan kerana aku jual mahal, tidak...cuma aku sedar diri, siapa lah aku berbanding ramai lagi gadis-gadis lain yang cantik dan bergaya yang cuba menawan hati nya. Dia pula melayan semua gadis-gadis yang meminati nya dengan baik, maka kerana itu aku rasa lebih baik aku sekadar memerhati sahaja dari jauh. Memang lah kata orang hati tidak boleh di paksa. Tidak terlintas di hati aku bahawa sebenar nya dalam ramai-ramai yang ada, aku pula yang menarik perhatiannya.
Rupa-rupa nya dalam diam, dia telah lama menaruh hati pada aku , seorang yang berpewatakan agak kasar, jarang memakai baju kurung, pakaian biasa aku hanya t-shirt dan jeans. Berbanding dengan dia, yang kelihatan sentiasa segak dan kemas. Aku pula bila waktu bekerja, perbualan dengan teman-teman yang kebanyakannya lelaki sama dengan mereka, kasar dan bercakap lepas. Sedang kan dia berpewatakan romantis, boleh cair kalau dengar suara dia. Sebut saja Zaki dan Aslinah, pasti ada yang mengatakan huh ! macam pinang di belah dengan kapak.......hancur......hehehe...aku kasar, dia lembut, aku garang dia baik, aku cepat marah, dia tenang.......memang jauh beza nya bagai langit dengan bumi.
Tapi hati nya aku tersilap menafsir. Aku takut bila dia sering mengajak keluar "dating", ajak tengok wayang, ajak pergi makan-makan bila kami dapat gaji. Semua nya aku tolak mentah-mentah, bukan sebab aku berlagak, cuma yang macam aku kata kan di awal tadi, aku memang rasa tidak layak berpasangan dengan nya.....dia terlalu segak. Ada seorang kawan paling rapat dengan ku, ...puas dia mengurat Zaki tapi hampa. Bukan dia tak cantik dan bergaya, malah pada pandangan aku cukup sempurna sebagai gadis remaja yang jelita dan kaya. Dia membeli pakaian baru setiap kali bila-bila teragak di hati nya. Tak perlu menunggu hari gaji. Mak dia kaya, apa dia nak semua boleh dapat, cuma yang dia tak dapat sampai sekarang ialah lelaki yang bernama Zaki ini. .....kenapa agak nya yang menyebabkan dia tak dapat menawan hati si Zaki ? Itu kena tunggu di lain waktu ya, sebab saya hanya memberikan sedikit mukadimah nya sahaja....:))