Saturday, May 28, 2011

Iklim - Suci Dalam Debu

KISAH JUANA IDA ( 6 )

Kadang kala yang terjadi dalam kehidupan kita di dunia ini sukar di duga sama sekali. Suka dan duka yang kita lalui menjadi kan kita dewasa dan mengerti diri...hmmmm....berbagai peristiwa terjadi di masa lalu dan kini ia nya menjadi kenangan abadi yang tidak bisa saya lupa kan sama sekali, kekal dalam memori.
Kisah saya dan Juana Ida sangat meninggal kan kesan yang mendalam, dan dia begitu bererti dalam kehidupan silam saya.

Dia telah banyak memberi kan tunjuk ajar dan nasihat, bertindak sebagai kakak dan ibu kepada saya. Walau pun ada orang lain memanggil nya dengan panggilan ' mama ' tetapi saya lebih senang dan selesa memanggil Juana Ida dengan panggilan Kak Jun. Kemesraan di antara saya dan Juana Ida sangat ketara. Ada juga diantara teman-teman yang lain mencemburui hubungan kami. Mana kan tidak nya, asal kan ada apa-apa hal  sikit saya lah yang di cari nya, begitu juga dengan saya  Juana Ida lah tempat saya mencurah rasa. 

Kami menjadi semakin rapat, makan bersama, pergi ke bandar bersama....kadang-kadang, sesekali saya tidur di rumah sewa nya, untuk meneman kan dia yang tinggal seorang diri tanpa anak dan suami. Abah dan emak pun tak marah dan tidak menghalang hubungan baik saya dengan Juana Ida. Mereka berdua mengenali Juana Ida bila saya menjemput dia bertandang kerumah buruk kami. Kebetulan Abah memang sudah mengenali siapa dia dan asal usul keluarga nya serta bekas suami nya Ramli OKB........hehehe...." orang kaya baru " tapi masa tu dia dah jadi  " orang kayu buruk "......mak oii....jahat nya mulut saya ni.....nanti ada yang zip kan........ya kannnnn......ops ! nak tutup mulut ni.....:)) 

Setelah hampir setahun saya bekerja di kilang tersebut, saya mula merasa hampa kerana cita-cita saya untuk melanjut kan pelajaran terkandas di pertengahan jalan. Saya terus memohon untuk ke universiti dan maktab perguruan namun permohonan saya gagal. Apa lagi yang saya boleh lakukan selain menerus kan pekerjaan di kilang tersebut, dan memandangkan adik-adik saya yang semakin membesar.... ada yang berjaya ke luar negara, saya dengan rela hati mengorbankan perasaan saya untuk belajar lagi di kolej swasta sebab masa dulu kolej swasta mahal dan keluarga saya tidak mampu membiayai perbelanjaan saya ketika itu.

Tapi saya pula tidak merasa kan itu satu kerugian, malahan saya bangga bila saya bekerja dan dapat juga membantu keluarga kami yang susah ketika itu. Hasil bekerja di kilang, saya dapat membeli satu persatu kelengkapan rumah, buat menambah apa yang kurang. Abang saya yang sulong dan yang kedua telah banyak berkorban duit gaji mereka...., saya pula membantu membeli perabot baru. Dapat lah keluarga kami memiliki peti sejuk, almari baru dan sebagai nya. Apa yang perlu saya kesal kan lagi, itu semua sudah suratan dan ketentuan ALLAH....saya jalani kehidupan ini dengan redha walau pun payah dan pernah sedikit merasa kecewa kerana orang lain berjaya ke universiti tapi saya tidak. Bukan tak hendak tapi tak di izinkan ALLAH , mungkin ada hikmah yang saya tidak nampak.

Dalam waktu yang sama , Juana Ida menyaran kan saya untuk memohon jawatan sebagai kerani di ofis. Tetapi saya gagal dalam temuduga dengan seorang manager di situ. Nak tahu kenapa saya gagal mendapat kan jawatan kerani di ofis.......haaa......memang sangat menjengkelkan sikap manager tersebut. Miang keladi bukan main lagi , saya naik geli......rasa macam nak maki dia pun ada juga ketika itu. Sebelum temuduga , saya sudah di beritahu oleh Juana Ida , supaya saya berhati-hati dengan si lelaki buaya darat.....mencari mangsa yang mungkin akan masuk jerat......aduhai lah nasib....dah lah saya ni lurus bendul, mujur ada yang jujur memberitahu saya supaya jaga-jaga dengan si manager...... Mula-mula menemuduga saya, dia duduk berhadapan dengan saya, tapi tak berapa lama, dia tiba-tiba berdiri sambil berjalan berpusing-pusing di dalam bilik temuduga di situ. Pada ketika itu hanya saya dan manager tersebut berdua di situ.....dan pada fikiran saya itu adalah prosuder biasa bila menghadiri temuduga.

Si manager menawarkan saya jawatan yang lebih tinggi dari kerani biasa tetapi dengan satu syarat di beri.....kata nya pada saya " you ni cantik, boleh jadi secretary i kalau you nak, tapi you mesti belanja i lah.....keluar dengan i, malam ni.....apa you nak semua i bagi, nak rantai , gelang, baju....cakap jer mana satu." sambil tangan nya memegang bahu saya ketika itu !
Dengan sepantas kilat saya menepis tangan nya dan bingkas bangun dari kerusi. " Encik S, apa nih ? Saya datang temuduga nak mintak kerja kerani, bukan nya nak jadi perempuan simpanan encik ! "...........tak sedar saya mengherdik dia dengan kuat sekali, rasa nya orang lain di luar bilik tersebut juga boleh dengar suara saya ketika itu. Saya tidak membuang masa lagi selepas menyedari dia ada agenda tersendiri. Rasa hormat dan patuh saya pada dia hilang sama sekali. Saya memberi amaran kepada nya, " Jangan ingat saya sama dengan orang lain Encik S, maaf , saya tidak boleh terima cara Encik macam ni. Kalau tak dapat jadi kerani pun tak apa , saya lebih baik jadi operator biasa. Cukup juga makan pakai saya, Encik ambek lah orang lain saja.
Mak bapak saya kalau tahu perkara ni , mesti teruk Encik kena nanti. "

Dengan segera saya menuju ke pintu bilik temuduga untuk keluar , sambil berlalu saya terdengar suara Encik S memberi ugutan kepada saya......" Kalau u tak tutup mulut u, i pecat u !. "
Tanpa menghirau kan ugutan dia saya terus meninggal kan Encik S sendirian di bilik temuduga tersebut. Semua kakitangan di pejabat yang sedang bekerja, rupa-rupa nya mendengar suara saya yang agak kuat ketika memarahi Encik S. Mereka terpinga-pinga melihat saya dengan muka yang macam udang kena bakar, tak seorang pun ada yang berani menyapa saya ketika itu. Memang ada dua tiga orang kerani yang muda-muda di situ ada lah terdiri dari beberapa orang yang sudah menjadi kawan baik saya juga.

Dalam hati saya sangat sakit, marah dan panas seperti air yang sedang menggelegak. Tanpa sepatah kata pun, saya meninggal kan pejabat dengan cepat, berlari ke locker room.......sampai di sana saya menangis teresak-esak. Bukan nya sebab saya sedih kerana tidak mendapat jawatan sebagai kerani seperti yang saya hendak, tetapi saya menangis kerana sakit hati yang teramat sangat.....marah dan benci dengan sikap orang yang saya hormat sebagai ketua, tetapi sebenar nya dia seperti seekor buaya yang tak mengenal mangsa......
tak memilih siapa, asal saja muda, ada sedikit rupa dan gaya , mahu di " ngap " oleh nya.

Lama saya menangis dan tidak menerus kan pekerjaan saya, sampai lah waktu makan tengahari....kawan-kawan saya mula masuk ke locker room, ada yang hairan mengapa saya duduk menangis di situ. Tiada seorang pun yang datang bertanya saya, samada mereka tak perihatin atau mereka segan untuk bertanya saya mengapa saya menangis sampai sembab mata. Tiba-tiba satu tangan lembut menyentuh saya dari belakang......rupa-rupa nya Juana Ida yang datang.
" Apa dah jadi sayang ? " tanya nya dengan senyuman yang penuh bermakna......manis tapi sinis.
Saya mencerita kan pada nya apa yang telah terjadi, dan airmata saya mengalir tak berhenti.....dia cuma tersenyum lagi, sambil mengusap-ngusap bahu saya dia berkata " Kan Kak Jun suruh As berhati-hati, Encik S tu memang nak kan As, dia pernah kata kat akak kalau tak dapat As cara kasar , cara halus pun di buat jugak."

Rupa-rupa nya sebelum itu Encik S memang telah menaruh hati pada saya. Tapi dia sudah beristeri, pada nya gadis-gadis di kilang cuma untuk di jadi kan sebagai bahan penghibur hati. Dia pernah menyatakan pada Juana Ida ingin menjadi kan saya sebagai teman wanita nya yang entah ke berapa....tetapi Juana Ida menyimpan rahsia itu. FikirJuana Ida,  jika sekira nya dia memberitahu saya dan saya menjadi takut, saya akan bertindak berhenti kerja di kilang tersebut.
Patut lah semasa dia menyaran kan saya untuk memohon jawatan sebagai kerani, dia berpesan macam-macam, suruh saya berhati-hati jika saya di panggil untuk temuduga. Rupa-rupa nya dia sudah pernah terkena sama macam yang saya kena juga. 

Untuk mengetahui kisah yang selanjut nya, tunggu ya........setakat ini dulu yang dapat saya siap kan.
Harapan saya andai kisah ini menarik hati teman-teman yang membaca, bersabar lah menanti sambungan nya , masaalah blog sekarang ni membuat kan saya terhenti-henti menulis.......:))


     " berdentum guruh di langit
       apa kah tanda hari kan hujan
       andai merindu itu sakit
       datang saja tak perlu pesan."




Salam sayang buat semua yang saya sayangi.









Monday, May 16, 2011

KISAH JUANA IDA ( 5 )






Nasib Juana Ida sudah tertulis sedemikian rupa. Sakit bercerai belum pun dapat dia melupa kan, kehidupan sebagai seorang janda sangat menekan perasaan.....terpaksa di laluinya dengan sabar. Umpat keji  serta cacian yang di terima nya sangat menyeksa jiwa raga. Namun dia harus tabah menerima ketentuan yang telah di tetap kan Allah SWT.


" You tak salah apa-apa sayang, Kak Jun tahu dia orang memang akan bercerita pasal perangai akak yang buruk saja pada you.Memang akak pernah keluar  dengan bos, tapi bukan berdua-duaan,  ada bos yang lain jugak.....we all keluar berlima.Pergi makan malam kat hotel, masa tu bos nak belanja, apa salah ke ? " tanya Juana Ida pada saya yang sedia menunggu jawapan seterus nya dari mulut dia sendiri.


" Encik "S" dengan Encik "T" memang gila kan akak. Dia orang kata akak masih seksi, memberahi kan.....dia orang bagi akak macam-macam hadiah tau tak......akak ambek lah, orang nak bagi tapi akak tak lah sampai nak serah kan body. Setakat makan-makan akak rasa tak kisah lah, tapi bila dia orang ajak sampai ke bilik hotel, akak tolak dengan baik. Frust bukan main dia orang kat akak. Tak puas hati sebab akak tak nak. " Juana Ida menerus kan cerita nya.


" Itu lah sebab nya dia orang heboh kan kat orang lain yang Kak Jun ni perempuan boleh pakai. Pada hal, langsung tak pernah akak buat perkara tak senonoh  tu, akak tau dosa....." kata Juana Ida dengan nada kesal dan kecewa. Saya pula mendengar penjelasan nya dengan penuh khusyuk, sambil memandang tepat ke mata Juana Ida yang cantik, biar pun sudah kelihatan garis-garis halus di hujung mata nya. Dalam hati saya berkata, patut lah lelaki tergila-gila kan dia, wajah nya tak berapa di makan usia. Masih bersih, tiada jeragat, dan tanpa satu pun jerawat di muka nya. Di tambah pula dengan potongan badan yang masih mengiurkan, mana lelaki yang boleh tahan bila berhadapan.......lumrah lelaki lah kata kan.....bak kata orang " kucing kalau nampak ikan, di cium nya juga walau pun tidak dapat di makan ".


" Kak Jun, saya tak berniat nak melaga-laga kan akak dengan sesiapa, saya hanya nak akak tau, niat saya ikhlas berkawan dengan akak. Saya rasa saya patut bagitau akak perkara ni, sebab saya tak nak akak salah faham kat saya. Saya nak dengar sangat dari mulut akak sendiri, tak nak dengar cakap orang....saya sayang kat akak. Akak boleh terima saya macam dulu lagi ke ? Nanti akak ingat saya suka bawak mulut , suka umpat orang macam yang lain-lain jugak." tanya saya pada Juana Ida dengan nada yang tersekat-sekat di kerongkong. Saya hanya bimbang kan tentang satu perkara saja.....saya tak mahu dia pergi menyerang orang yang mencerita kan tentang keburukan dia dan bergaduh dengan sesiapa di tempat kerja.


Dalam hati saya berdoa, semoga tidak berlarutan kemarahan Juana Ida waktu itu. Allah mendengar doa saya....Juana Ida tiba-tiba tersenyum dan memegang tangan saya, menarik saya rapat ke dada nya. Dia memeluk saya erat, lalu berkata dengan nada yang seakan berbisik....." Kalau you nak percaya kata orang , Kak Jun tak boleh halang, tapi akak sayang you, you jujur dengan akak. Tak selindung apa-apa pun.....you lurus As...." tiba-tiba saya tergamam sebab pertama kali dia memanggil saya dengan nama singkatan saya yang biasa di panggil oleh rakan-rakan lain. Sebelum ini dia tak pernah memanggil saya dengan nama singkat, selalu nya dia akan memanggil saya dengan nama penuh saya Aslinah.Saya pula memang amat senang kalau orang lain memanggil saya dengan nama singkatan saya As, sebab terasa sangat mesra dan dekat di hati.....



" Sekarang Kak Jun dah tak nak layan sesiapa pun lagi, orang lelaki ni bukan boleh di beri muka, naik kepala pulak. Bagi betis nak peha.....kita ikhlas berkawan dia orang pulak ada udang sebalik batu, niat bukan betul, selalu akak terkena macam tu. Jeran akak.....rasa nak pulang kan balik apa yang dia orang hadiah kan pada akak dulu. Akak tak nak terhutang budi tergadai body.....akak benci. " kata Juana Ida sambil perlahan-lahan melepas kan tubuh saya yang kurus kering . Dulu saya sangat kurus, kata kawan saya, " Engkau ni As, buat rendang tak boleh, tak ada isi, buat sup okay. "  Hehehe......agak nya kalau sekarang ni saya dah boleh di buat rendang, tapi nak kena masak sangat lama......sebab dah tua,  mungkin dah liat..... di rebus tak empuk-empuk......:))



Setelah Juana Ida mengetahui kedudukan sebenar, bahawa saya jujur untuk memberitahu dia tentang kata-kata orang lain mengenai perangai nya, dia sedia memaaf kan saya. Akhir nya saya merasa sangat lega dalam hati, segala yang terbuku dan kusut, terlerai sudah. Juana Ida bukan seperti apa yang di kata orang. Dia sebenar nya seorang yang baik hati, lurus dan sangat penyayang. Saya menjadi semakin rapat dengan nya selepas itu. Kami sering ke bandar bila dapat gaji. Dia mengajar saya banyak perkara, terutama nya dari segi keterampilan diri. Mengajar saya bersolek dengan betul, bagaimana nak berpakaian agar kelihatan menawan, menjahit baju kurung dan membuat bunga telur.

Kami seperti anak beranak bila berjalan seiringan, cuma yang membeza kan saya dan dia, wajah saya seperti Anak China manakala dia pula seperti Wanita Inggeris....dua rupa yang berlainan tapi mempunyai banyak persamaan terutama nya dalam pergaulan seharian di tempat kerja. Saya dan dia memang cepat mesra, peramah , suka tersenyum dan ketawa..... akhir nya saya pula yang menjadi kegilaan beberapa orang bos di tempat kami. Apakah saya lupa diri bila di puji cantik dan menarik ? Hehehee......nanti jangan pulak ada kawan-kawan yang kata saya ni "minah perasan" ya.....malu nya saya, mana nak letak muka lepas ni......aduhai la.... :))

Dan bagaimana pula Juana Ida mengajar saya untuk menjauhi lelaki-lelaki  mata keranjang  di tempat kerja kami ?


Nanti kan sambungan kisah ini di lain waktu..... seandai nya ada masa yang terluang buat saya untuk terus menulis , InsyaALLAH.....akan saya perbuat kan lagi bagi yang sudi membaca dan mengikuti kisah Juana Ida ini. Cuma satu pesanan ikhlas dari saya.... usah lah kita mudah mempercayai kata-kata orang yang belum tentu, selidik dulu baru tahu........:))


Salam sayang dari saya selalu buat semua yang saya kasihi di hati.....:))



Sunday, May 15, 2011

KISAH JUANA IDA ( 4 )





Akhir nya satu persatu rahsia Juana Ida terungkai, terlerai di hadapan saya. Mengapa saya ini menjadi pilihan dia meluah kan segala rahsia yang tersimpan di dalam hati nya, saya tidak pasti. Segala nya terjadi secara spontan. Cuma mungkin saya tidak pernah ingin memaksa Juana Ida untuk mencerita kan kepada saya tentang diri nya, namun ia nya di luah kan kepada saya, ada kah kerana dia menganggap saya sebagai adik atau anak sendiri, sebab dia tidak ramai adik beradik, mentelahan pula dia tidak mempunyai seorang pun anak. Jadi secara tak langsung dia memerlukan seseorang untuk berkongsi suka duka nya. Saya pula ada lah seorang pendengar yang setia, segala luahan hati nya saya dengar dan tidak mencerita kan kepada kawan-kawan yang lain. Hanya dia tahu siapa saya satu ketika dulu, seorang yang lurus bendul macam tiang kayu.


Ada satu hari, saya bergegas ke tandas kerana sakit perut nak muntah selepas makan tengahari di kantin tempat kerja, saya penghidap gastrik yang agak teruk. Selalu saya akan sakit perut bila selepas makan, terkadang semua yang saya makan tak sempat nak hadam, keluar semula begitu saja sebagaimana masuk nya. Hampir tak tinggal satu apa pun dalam perut saya. Tapi doktor menasihat kan saya supaya muntah kan saja lebih baik dari menghidap sakit yang berlarutan, bila muntah, semua angin dalam perut akan ikut keluar sama. Jadi saya sudah terbiasa , akan memuntah kan apa yang saya makan seandai nya selepas makan perut saya memulas bagai di jerut. Baru boleh lega dan sambung buat kerja semula. 


Selepas muntah saya masuk ke locker room untuk rehat seketika, tiba-tiba saya terpandang Juana Ida sedang merokok di satu sudut sambil berdiri. Berdepus-depus asap rokok nya ke udara. Saya tidak pula merasa pelik bila melihat perempuan merokok sebab sudah biasa dengan emak saudara saya yang juga seorang perokok dan ramai lagi makcik-makcik jiran sekampung yang merokok. Mereka ni dah jadi perokok tegar, masa mula mengandung, ada yang mengidam untuk merokok dan akhir nya tak boleh berhenti walau pun sesudah melahir kan, sampai lah ke tua, merokok sudah menjadi satu perkara biasa, kalau tak dapat "gian".....


Saya menegur Juana Ida, " Aik, Kak Jun....hisap rokok ek, sedap ke ? "
" Hmmmm......bukan sedap sayang, mengidap lah.....dah biasa, tak dapat tak sah pulak, lepas makan Kak Jun mesti nak hisap sebatang pun jadi lah. " Kata nya sambil tersenyum dan mengangkat sebelah kening nya.
" Hahaha......angkat kening tu, makna nya sedap lah akak....." jawap saya pula sambil ketawa.
" Meh, nak cuba sepam....boleh tak ? " tanya saya sekadar nak mencuba. Sebab saya suka mencuba rokok pucuk Pak Ngah saya masa saya kecik-kecik dulu. Gulung-gulung daun nipah, lepas tu bakar, sedut lah, sampai tersedak-sedak.......kami memang sangat nakal, semua nak di cuba.
" Eh, jangan try lah, you know why sayang ? Kalau dah hisap rokok susah nak berhenti nanti....rugi..... " kata Juana Ida menghalang niat saya yang gatal nak merasa juga.
" Tak ada lah Kak Jun, saja jer, bukan betul-betul hendak, kalau hendak nanti saya pergi beli kat kantin sekotak. " balas saya sambil tergelak terbahak-bahak. Hilang rasa sakit perut sebab gastrik, ketawa pula sampai perut senak.


" Sebab Kak Jun hisap rokok, orang semua ingat akak "perempuan sundal", dia orang ni kolot lah, macam tak pernah tengok perempuan hisap rokok...." getus Juana Ida sambil memuncungkan bibir nya yang manis bak delima merekah itu. Walau pun muncung nya panjang sedepa, tapi saya tengok cantik jugak muka dia, maklom lah orang dah cantik, masam pun nampak masih cantik, kalau orang tak berapa nak cantik jangan lah cuba-cuba nak buat muncung sedepa, agak nya bertambah hodoh rupa nya, lebih baik senyum jer lah, tak lah orang lain yang memandang tambah menyampah, aduh....jahat nya mulut saya ni.....nak kena "zip" kan biar senyap sikit.....:))
Bukan apa, supaya orang tahu senyuman itu penawar kalbu, jadi saya sambil bercerita , sambil memberi pesanan ringkas buat semua yang membaca. Jangan pulak ada yang marah kat saya lepas ni ya :))


" Kak Jun ni sosial, memang akak nakal sikit masa anak dara dulu, party, enjoy sana sini, biasa lah. Setakat rokok ni tak apa, tapi akak tak minum beer , dosa tu....haram. " kata Kak Jun lagi, bercerita pada saya.
Saya pula tidak hairan dengan kata-kata Juana Ida, sebab saya dah dengar ada orang bercerita di belakang dia, kata dia kaki joli, berpoya-poya sana sini, tak sedar diri dah nak mati.


Tak mustahil lah orang kata dia macam-macam, mungkin di sebab kan sikap dia sendiri yang tak pandai menyorok kan perkara peribadi. Pada dia , kalau dia mencerita kan hal peribadi nya pada orang lain, dia ingat semua orang akan simpan dan tak mengata dia, tapi sebalik nya pula. Biasa lah manusia,bukan semua nya boleh simpan rahsia, " mulut tempayan boleh di tutup", mulut orang suka
menyebar kan cerita walau pun dah tahu mengumpat itu berdosa.


" Nak tanya akak sikit boleh tak ? " soal saya untuk mengetahui kenapa dia selalu menculas, curi-curi tidur waktu kerja.
" Tanya lah, tak apa....kalau tak tahu bertanya, tak lah sesat jalan nanti...." kata dia seakan menyindir saya pula, aduhhh......merah padam muka saya, terasa kena sindir, sebab saya cuba nak jadi "busy body".
" Tak lah, saya heran tengok Kak Jun selalu tidur time kerja, kata tak ada anak kecik nak jaga, abes tu memalam akak buat apa kalau tak tidur ? tanya saya buat muka selamba.
" Akak jahit baju kurung, buat bunga telur orang tempah nak kawin. Bulan ni banyak tempahan sikit, rezeki Allah nak beri, tak kan nak tolak pulak. Kena lah terima , nanti dapat duit tempah boleh simpan, mana tau hari depan akak tak kerja lagi, dari sekarang ni lah nak cari duit." balas dia tersenyum tapi kali ini senyuman nya nampak "pahit".....


" Rajin nya Kak Jun, pandai pulak macam-macam, kalau saya ni tak pandai lah nak jahit untuk tempahan, jahit untuk pakai sendiri pun tak berapa nak cantik. Bunga telur tu lagi lah saya tak tahu. Agak nya sebab tangan saya ni keras kut, akak...." balas saya pula.
" Eh, dulu akak pun tak pandai jugak, tapi masa akak baru-baru bercerai dengan abang Ramli, akak duduk dengan Kak Lily, kakak Kak Jun yang sulung, dia lah ajar buat semua ni. Start dari tu lah akak pandai , kalau you nak belajar, boleh Kak Jun ajar kan jugak." pelawa dia pada saya.
Kembang nya dalam hati saya, ada orang nak tolong ajar kan saya yang tak berapa pandai ni.


" Kak Jun ni baik hati lah, kenapa orang kata Kak Jun jahat ? tanya saya lagi.
" Hati orang memang busuk lah sayang, kita buat perkara betul pun, dia orang kata kita buat serong.  Lantak lah apa orang nak kata, asal kan akak tak kacau orang, buat hal sendiri sudah lah. Penat mulut dia bercakap, berhentilah nanti. Apa yang you dengar pasal akak ? " tiba-tiba Juana Ida menyoal saya membuat kan saya tersentak seketika.


Alamak, apa saya nak kata kat dia, yang orang-orang bercerita busuk mengenai diri nya. Takut pula nanti dia serang orang yang bawak cerita dia ke sana kemari tu.
Saya menyesal pula dalam hati, sebab tak jaga mulut saya, bertanya dia itu ini.....tapi saya memberani kan diri untuk memberitahu dia duduk perkara sebenar nya, yang orang lain mengumpat dan mengata dia macam-macam, sebab saya nak tahu dari mulut dia sendiri samada yang saya dengar itu betul atau tidak.
Dari mendengar yang belum tentu betul, lebih baik saya berterus terang dengan Juana Ida supaya saya tidak tersalah sangka yang bukan-bukan.


" Betul ke dia orang kata Kak Jun ni malam-malam jadi "call girl" ...orang boleh pakai dan bayar akak ? " tanya saya selurus-lurus nya. Apa nak jadi lepas ni , saya nekad, kalau dia tak mahu terus berkawan dengan saya lagi pun tak apa , sekira nya betul dia seorang "pelacur" dan saya pula tidak mahu di kata kan "anak ayam" yang "sekapal" dengan dia. Bukan nya saya nak menghina nasib seorang "pelacur" tapi saya takut emak dan abah saya yang garang dan tidak suka saya berkawan dengan sebarangan orang. Walau pun pelacur juga manusia biasa tapi pepatah ada mengatakan, 'seandai nya kamu berkawan dengan seorang tukang  besi, maka kamu akan mendapat juga percikan api nya, seandai nya kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka haruman nya akan melekat juga di baju kamu.' Saya langsung tidak merasa takut lagi selepas bertanya kan soalan tersebut, malahan ada satu macam kelegaan di hati saya. Lega selepas meluah kan apa yang terbuku di hati saya selama ini.


" Hah ! Akak dah agak dah, mesti satu hari you pun akan tanya soalan ni kat akak." wajah nya merah padam macam udang kena bakar. Saya diam seribu bahasa. bukan takut, tapi menunggu apa yang akan keluar dari mulut dia seterus nya.


" Memang....ramai yang ajak Kak Jun tidur dengan dia orang, ramai yang nak bayar akak....tapi akak bukan nya tak ada iman. Akak masih tau halal haram, masih tau dosa pahala. Walau pun akak janda, bapak akak orang puteh, bukan nya akak ni tak ada ugama. Apa dia orang ingat akak ni siapa ? Mentang-mentang lah akak tak nak, dia orang tak puas hati....kata itu ini. Cuba kalau dia orang dapat akak, lain pulak cerita yang dia orang buat nanti. Sedang kan tak ada apa-apa ni orang kata macam-macam, kalau betul akak jual "body", entah apa lagi dia orang kata. Sedap jer mulut mengata akak, suka jaga tepi kain akak, kain sendiri koyak rabak tak nampak ! " marah sungguh Juana Ida ketika itu. Merah padam muka nya, sementara saya pula diam membatu, kaku....tak tahu nak kata apa lagi cuma menanti apa akan jadi selepas ini. 


Apa kah Juana Ida akan terus dengan kemarahan nya  dan membuang saya sebagai seorang kawan yang telah mula rapat dengan dia ?
Nanti kan kisah selanjut nya andai saya berkesempatan untuk menyambung kisah ini. Sehingga di lain waktu, izin kan saya berlalu dulu. 

"kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi"

Salam sayang buat semua yang saya kasihi :))


































Friday, May 13, 2011

KISAH JUANA IDA ( 3 )







Setelah semakin rapat dengan Juana Ida, akhir nya saya mula mencungkil satu persatu rahsia diri nya. Saya bukan lah seorang yang suka bertanya hal orang melalui orang lain. Saya lebih senang bertanya dengan tuan punya badan. Itu lah "peel" saya , sebab saya rasa lebih baik begitu dari mendengar cakap-cakap orang yang belum tentu. Kadang-kadang cakap-cakap orang bukan semua nya jujur dan betul. Sedang kan ada juga orang yang tak jujur dan suka mengutuk orang lain, seolah-olah dia lebih tahu dari tuan yang punya diri. Juana Ida menjadi bahan bual ramai orang di tempat kerja, saya terkejut sebab ada yang mengata kan dia "janda liar".....suka berpoya-poya, ramai "jantan simpanan" dan bermacam-macam lagi yang tak elok mengenai diri nya , berbuih mulut orang mengata dia.

Saya mula merasa tidak selesa hendak terus berkawan dengan nya. Sebab takut orang akan menuduh saya ada lah "anak ayam" belaan Juana Ida kerana dia juga di gelar "ibu ayam" oleh beberapa orang yang berpangkat tinggi di kilang kami......aduhai......macam mana saya nak buat ?
Sedang kan emak dan abah saya agak garang, kalau mereka tau, habis lah saya kena berhenti kerja, mereka bukan suka kalau saya bercampur dengan orang yang tak tentu .....silap-silap kaki saya kena rantai, sebab abah saya pernah kata pada saya masa saya dapat tawaran bekerja sebagai "penyambut tetamu" di Genting Highland Hotel And Cassino yang sangat terkenal dengan tempat orang-orang berjudi waktu mula-mula pusat peranginan tersebut di buka . Abah kata " kalau kau nak pergi jugak kerja kat situ, aku potong kaki kau ! " Begitu lah ugutan Abah saya, dia tak mahu saya terlibat dengan perkara-perkara "syubhah". MasyaAllah.......takut nya saya bukan main, tapi sekarang saya bersyukur bila saya kenang-kenang kan kembali, ada baik nya saya tidak jadi bekerja di Genting Highland, maka terhindar lah saya dari satu perkara yang melibat kan syubhah..... Alhamdulillah.( terima kasih Abah ).

Nak di jadi kan cerita, pada satu masa saya hendak mengambil barang saya di locker, terserempak dengan Juana Ida sedang tidur bersandar di situ, beralas kan  "cardboard " atas lantai simen. Saya memandang dia tidur sambil duduk, tiba-tiba hati saya merasa sangat hiba sebab terbayang kan wajah emak saya yang lebih tua hanya setahun dari dia. Dengan perlahan-lahan saya menghampiri Juana Ida yang sedang lena, saya memegang bahu nya, tak tahu kenapa saya buat begitu.....seperti saya menyentuh emak rasa nya......
Tiba-tiba dia terkejut, membuka mata nya dan merenung tepat kepada saya. Dia tersenyum, lalu berkata " Ngantuk lah sayang, malam tadi Kak Jun tak cukup tidur. "
" Kenapa Kak Jun tak cukup tidur, ada anak kecik menyusu ke ? " tanya saya jujur.
"Eh, tak lah, Kak Jun tak ada anak kecik, anak besar pun tak ada......" balas dia sambil tersenyum lagi.
Aikkk....? saya terperanjat dengan jawapan Juana Ida.......tak ada anak ? Mandul ke dia ?
" Kak Jun tak ada anak, suami ada tak ? " tanya saya macam orang dungu sebab saya masih belum banyak tahu, maklom lah umur baru nak masuk 18 tahun, kata orang, masih " bodoh-bodoh alang " ( kata orang Negeri Sembilan di daerah Tanjung Ipoh, Kuala Pilah ). Wal hal saya dah dengar ada orang kata Juana Ida tu janda......ermmmm....itu lah peel saya, suka buat perangai bak peribahasa " kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu "......nak tahu jawapan sebenar dari mulut Juana Ida sendiri sebenar nya....nak korek rahsia dia.

" Kak Jun ni janda lah, dah bercerai dengan husband....dia pun dah kawin lain dengan anak dara 18 tahun, anak buah dia sendiri tau....." jawap Juana Ida, lalu tiba-tiba menundukkan wajah nya yang jelita. Tiba-tiba dia jadi lain, murung dan bersedih. Saya pula jadi bingung dengan sikap nya itu.
" Kenapa Kak Jun nampak sedih, citer lah kat saya, mana tau nanti lega sikit dalam hati akak. " pujuk saya apabila saya lihat ada manik-manik jernih telah mulai menitis di pipi nya yang putih bersih itu.
" Nama husband akak Ramli, mungkin your mom and dad kenal dia sebab dia tu terkenal sikit masa dulu. Dia pernah menang loteri first prize tau. Orang kaya baru.Ramai orang nak jadi kan dia menantu, offer kan kat dia anak-anak dara masing-masing. Orang kampong dia pun ramai yang suka bila dia menang loteri, nak tumpang kaya dia lah kata kan. But, dengan Kak Jun yang dia syok sangat. Dia datang rumah, pujuk my mom, bawak macam-macam hadiah, nak beli hati mom..... anyway i like him too, because he is handsome and rich ...." cerita Kak Jun pun bermula.
" Owh, ya ke.....dia kaya lah ya, eeee......best lah akak jadi wife orang kaya." balas saya pula sambil menyengeh.........dalam hati saya mula berangan-angan......kalau lah aku dapat kawin orang kaya, bagus jugak, tak payah aku kerja susah-susah, dapat relax, pergi makan angin, shopping, kereta besar, duit banyak........aduhai....teringin lah jugak." Tapi itu dulu , sekarang saya bukan lagi macam tu, dah ubah perangai buruk dan cita-cita nak senang kaya.

" But, it is over my dear, no more, tak tinggal satu apa pun lagi dah...." kata Juana Ida meneruskan cerita nya..
" Kak Jun mintak cerai dari abang Ramli, sebab dia main kayu tiga dengan anak buah dia sendiri. Alasan dia masa kena tangkap dengan akak dulu , sebab kata dia akak tak boleh bagi dia anak. You nak tau tak, kenapa Kak Jun tak ada anak. Bukan sebab Kak Jun mandul, tapi sebab abang Ramli jugak lah akak jadi macam ni. Masa we all baru kawin, dia bawak Kak Jun pergi berurut dengan sorang bidan di kampung dia. Dia suruh bidan tu simpulkan peranakan akak, supaya akak tak boleh mengandung. Kata dia , " Kita baru kawin darling, so i nak enjoy puas-puas, kalau you beranak nanti, anak kacau lah.....i tak suka. Biar kita dah ready betul-betul baru lah kita plan nak ada anak." Itu lah sebab nya akak tak beranak-anak sampai sekarang. Ni dah divorced, you tengok lah , sapa yang susah...akak jugak...." keluh Juana Ida pada saya.

" Kak Jun pergi lah jumpa bidan tu semula, suruh lah dia betulkan balik peranakan akak. Mana tau nanti kalau kawin lain boleh lah ada anak. " saya pulak memberikan cadangan, macam mak nenek.
" Itu yang susah nya, sebab bidan yang urut Kak Jun tu dah tak ada, dia dah lama meninggal dunia. Bukan tak cuba dengan bidan lain, tapi tak berhasil, sebab diaorang kata kena urut dengan bidan yang buat akak tu jugak. Cuma dia saja yang boleh betulkan semula peranakan akak ni. " balas dia.
" Kalau macam tu, tak boleh lah Kak Jun nak beranak walau pun nanti akak kawin dengan orang lain.....kesian kat akak, sampai nya hati abang Ramli tu buat akak macam ni. Dah lah tu, sekarang dia tinggalkan akak pulak. Kawin dengan orang lain . Memang kejam ya hati dia......." rungut saya pada Juana Ida. Saya pula yang merasa sakit hati dan simpati atas nasib yang menimpa dia.
" Dia ada anak ke dengan bini baru dia tu, kak ? tanya saya ingin lebih tahu.
" Ada , dah tiga anak dia dengan bini baru, setahun satu, macam susun paku." jawap Juana Ida pula.
" Owh, untung lah dia, yang rugi Kak Jun la nampak nya." balas saya.
" Ya lah, dia untung lah, bangga dengan anak-anak dia, dah makin besar, yang rugi nya akak.....tak ada suami, tak ada anak....." Juana Ida mengeluh dengan nada yang perlahan dan airmata mengalir lagi. Dia menyapu airmata di pipi dengan lengan baju nya. Tak tertahan hati saya melihat dia, walau pun saya masih mentah, tapi saya dapat merasa kan juga apa yang dia rasa ketika itu.

Dalam hati saya ada juga rasa menyesal sebab seolah-olah telah membuat Juana Ida terkenang kisah lama yang cuba dia lupa kan. Saya memujuk dia supaya bersabar, ini semua dugaan Allah, saya juga masih muda dan naif tentang hal ehwal rumahtangga. Hanya yang saya mampu laku kan ketika itu, memeluk dia erat-erat, seperti saya memeluk emak saya sendiri.. Dia akhir nya beransur tenang, dan kembali tersenyum pada saya....itu lah yang membuat kan saya sangat menyukai Juana Ida.......senyum nya yang murah dan manis kepada siapa saja. Ini lah juga rahsia "awet muda " Juana Ida agak nya. Dia masih jelita dan bergaya walau pun hampir mencecah setengah abad usia nya.

Kalau nak tahu kenapa Juana Ida selalu tak cukup tidur, nanti kan sambungan nya ya. Saya akan sambung lagi jika berkesempatan nanti, Insya Allah........:))
Cukup dulu setakat ini rasa nya, kalau saya buat panjang-panjang nanti agak nya jenuh nak membaca......:))

Salam sayang selalu dari saya buat semua :))







Wednesday, May 11, 2011

KISAH JUANA IDA ( 2 )










Setelah hampir seminggu saya bekerja di kilang tersebut, saya mula berkenalan dengan beberapa rakan yang lain, kebanyakan nya berbangsa China. Sementara itu kerja saya memerlu kan saya rapat dengan Juana Ida.
Dia lah yang memeriksa kualiti kerja saya. Dengan secara tak langsung, saya mula mendekati diri nya perlahan-lahan. " Boleh saya panggil Puan dengan panggilan makcik tak ? " tanya saya kepada dia dalam bahasa Melayu. Saya bukan nya tak tahu berbahasa Inggeris, namun saya lebih selesa bercakap dalam bahasa Melayu. Orang Melayu , duduk pun kat Tanah Melayu, jadi saya berpegang teguh dengan pendirian saya akan mengguna kan bahasa Melayu dengan siapa saja yang saya berbual di kilang tersebut, melain kan dengan "orang-orang German" terpaksa lah saya berbahasa Inggeris sebab mereka ni tak tahu bahasa Melayu. Bahasa Inggeris mereka juga teruk.....kelam kabut sebab mereka pun mengguna kan bahasa German  dengan bangga nya bila berbual-bual dengan kami.


" Eh, apa pulak makcik, panggil jer Kak Jun, semua orang kat sini panggil akak Kak Jun. Tua sangat lah kalau panggil makcik tau. " jawap Juana Ida dengan tersenyum. Aduhai......manis nya senyuman dia....patut lah dia ramai kawan sebab rupa-rupa nya dia suka tersenyum bila berbual. Kalau orang murah dengan senyuman memang ramai yang suka nak berkawan.
" Hehehekkk.......maaf lah Kak Jun ya, jangan marah....saya sebenar nya serba salah nak panggil akak dengan panggilan apa, sebab saya tengok akak ni macam sebaya dengan mak saya , jadi saya ingat akak tak kisah kalau saya panggil makcik. Ok, ok....saya panggil Kak jun ya .." balas saya pula sambil tersenyum.....dalam hati saya ni jahat jugak lah...." ek eleh....dia nak aku panggil dia akak pulak, alamak....tak apa lah asal kan dia senang dengan aku. " bisik saya dalam hati. 


" You ni, Kak Jun tengok macam orang kampung lah. Muka pun tak bubuh make-up. Cuba lah pakai lipstik sikit biar nampak berseri. Tengok Kak Jun ni, umur dah 40 tahun lebih...haaa.....nampak tak, bergaya lagi kan ? Kata dia pulak pada saya. Aduh......malu nya saya bukan main....macam terkena sambar dek petir, berapi...panas telinga dan hati saya. Tak sangka saya, rupa-rupa nya dia perhati kan saya juga. 
" Alah Kak Jun, saya kan baru kerja, mana ada duit nak beli lipstik. Duit tambang bas dengan duit makan pun Abah yang bagi. Nanti lah kalau dapat gaji cukup bulan ni , saya beli lah lipstik, nak jugak nampak cantik macam akak. " jawap saya sambil berfikir dalam hati, "entah sampai sebulan ke tidak aku kerja kat sini, Entah-entah, esok lusa behenti. Mana lah tau kalau dapat masuk universiti ".....saya berangan-angan lagi dalam hati.


" Tak apa lah ya, nanti kalau dapat gaji, jom order dengan akak lipstik Avon ni." sambil menunjuk kan katalog Avon yang dia jadi pengedar nya. Patut lah dia bersolek bukan main hebat, rupa-rupa nya dia jual make-up. Mesti lah nak nampak cantik, baru orang yakin nak beli barangan dia. Hebat jugak Juana Ida ni, dalam pada bekerja di kilang, dia sempat jadi dealer Avon.
.
" Ok, nanti saya beli dengan akak ya." balas saya hanya sekadar untuk menyedap kan hati dia. Dalam hati saya bukan nya beria-ia sangat nak beli ,saya rasa tak perlu lah saya nak bersolek sebab saya memang kurang minat bersolek. Pakaian saya juga sikit lebih kurang jer, maksud nya pakai apa yang seada nya asal kan tutup aurat, walau pun pada waktu itu saya memang tidak memakai tudung seperti sekarang. Saya lebih selesa berseluar jeans dengan t-shirt sebab saya seoarang yang agak lasak dan kasar , mungkin kerana saya terbiasa memakai baju-baju dan seluar-seluar abang-abang saya yang dah tak muat, saya lah yang "tukang rembat " nya. Maklom lah, orang susah, nak beli baju pun tunggu setahun sekali ...masa hari raya. 


Bermula dari perbualan yang sikit-sikit itu, hubungan saya dengan Juana Ida semakin hari semakin rapat. Kami akan cuba mencari peluang untuk berbual-bual....kadang-kadang masa terserempak di tandas pun sempat kami nak berborak. Saya perhati dia juga suka curik tulang masa bekerja. Ada juga pernah saya terlihat dia tidur kat  "locker room". Saya hairan dalam hati, kenapa dia tidur masa bekerja ? Apa dia buat malam-malam agak nya, jaga anak ke ? Berapa orang anak dia ? Tak cukup tidur agak nya.....tertanya-tanya saya sendirian. Nak tanya pada orang lain , saya segan. Nanti orang ingat saya suka jaga tepi kain orang lain, "busy body punya kaki ".


Jadi saya tekad dalam hati , akan bertanya juga pada dia sendiri, kenapa dia selalu tidur dalam waktu bekerja. Saya sangat ingin tahu pasal diri nya, entah mengapa, dia menarik perhatian saya dari kawan-kawan yang lain. Apa yang menarik , saya pun pelik.....ermmmm......tunggu ya, nanti bila senang saya sambung lagi kisah JUANA IDA ini. 


Salam sayang dari saya selalu buat semua teman-teman setia yang mengikuti blog saya, panjang umur InsyaALLAH, akan ada lagi kisah ini.......:))





Tuesday, May 10, 2011

KISAH JUANA IDA (1 )








Di lahir kan pada 73 tahun yang lalu, dari sebuah keluarga campuran, ibu nya seorang wanita keturunan Jawa, manakala bapa nya berasal dari Belanda. Seorang yang sangat cantik semasa remaja nya dan sewaktu berusia lewat 40an. Itu lah dia kawan saya yang pernah sama-sama bekerja di sebuah kilang sekitar tahun 1980 sehingga 1985.....JUANA IDA BINTI AHMAD.


Sewaktu saya baru mula-mula bekerja di kilang tersebut, saya merasa sedikit hairan bila Juana Ida di perkenal kan kepada saya. Saya lihat wajah nya tak ubah seperti "orang puteh". Kulit nya sangat bersih, berambut perang,wajah nya di solek agak tebal, bertubuh tinggi dan potongan badan menarik, berskirt pendek, walhal dia sudah agak berumur ketika itu , lebih kurang awal 40an. Dia kelihatan nya sangat moden pada saya, yang sewaktu itu baru mula nak belajar mengenal dunia. " Ahhh.....makcik ni dah tua, make-up bukan main lagi, pakai skirt pendek pulak..." getus hati saya. Al-maklom lah, mak saya pun lebih kurang sebaya dengan dia, tapi mak tak moden, pakai baju kebaya dan baju kurung saja. Tak pernah pakai seluar panjang apa lagi memakai skirt. Nak kata mak saya duduk di "solok" tidak juga, kami tinggal berhampiran kawasan bandar. Cuma mak memang kuat memegang adat budaya lama.


Di kilang tempat kami bekerja , terdiri dari berbagai bangsa ,sebuah syarikat yang agak besar dari German, mempunyai hampir dua ribu orang pekerja. Pengurus dan kakitangan pejabat serta orang-orang yang berpangkat besar ramai yang terdiri dari orang-orang German. Saya pula ketika itu hanya lah seorang operator biasa, tak punya apa-apa pangkat, maklom lah , baru habis SPM. Masih cuba-cuba nak sambung belajar, konon nya nak masuk universiti lah. Pada saya, kerja di kilang hanya untuk sementara saja, kalau dapat peluang ke universiti atau maktab perguruan, saya berhenti untuk sambung belajar.


Juana Ida pula , ketika itu seorang "quality controller". Dia ada ramai kawan-kawan. Saya pula cuma ada hanya beberapa orang kawan saja. Saya terasa dalam hati, " Ermmm, makcik ni....ramai kawan-kawan dia. Agak nya sebab dia cantik kut.....agak nya orang cantik ni memang ramai kawan la....."
Saya dan dua orang lagi kawan sekampung saya yang sama-sama bekerja di situ, merasa agak ragu dan malu, Juana Ida pada kami seorang yang "mengagumkan".  Kami merasa kan dia seorang yang sombong dan tidak mahu berkawan dengan kami. Dah lah kami ni anak dara tengah naik, baru nak masuk 18 tahun la kata kan, sedang kan dia sudah agak berusia. Mahu kah dia menerima kami sebagai kawan ?
Sebab saya dan kawan-kawan saya ni masih hingusan, layak ke nak berkawan dengan orang macam Juana Ida tu ? Seorang yang ramai "peminat" ketika itu......:))


Tunggu kan cerita selanjut nya esok, kalau saya masih berkesempatan menyambung lagi Kisah JUANA IDA ini. Saya rasa cukup buat setakat ini dahulu yang sempat saya perbuat kan, sebagai pengenalan ringkas seperti mana yang pernah saya janji kan dulu, selepas Kisah Mazainah, Juana Ida akan menyusul pula buat teman-teman setia saya.....:))


Salam Sayang dari saya selalu buat semua :))







~~~ kekasih halal ~~~






kekasih
saat semua nya pergi
aku lah yang setia menanti
dalam basah renai hujan di hati mu
biar kan aku membalut rasa dingin di dadamu
aku tahu resah yang menikam pedih ulu hati mu
bila malam semakin larut sakit nya menjerut
biar kan malam mu berteman kan aku 
yang setia bagai angin membelai mesra
simpan kan dalam jiwa mu rasa itu
sampai kapan pun tak akan kau lupa kan 
belai mesra ku.....


aslinahali
151210

( cinta itu berbagi rasa, namun biar lah rasa yang telah di halal kan cara.......)









Monday, May 9, 2011

~~~ Pelangi Semalam ~~~








Telah aku lalui semalam 
berlari-lari mengejar pelangi 
lelah diri ini bila langkah tak bisa ku gagahi 
pelangi di kaki langit itu  
cantik, aku tertarik.... warna nya menarik 
aku suka......hingga terlupa......
langkah tak akan sampai ke sana
aku cuma bisa memandang dari jauh  
 hadir nya seketika
bila hilang aku terpinga-pinga
mencari kemana.........?
sampai sudah aku hiba 
tak mampu ku tatapi lagi 
terkedu aku di sini 
rindu hati ku bukan mainan
kelam perasaan......


aslinahali
100511




Sunday, May 8, 2011

~~~ hujan di bulan April ~~~








hujan dinihari
dingin menyapa diri
bulan pun pilu 
bergebar awan sayu
basah lah diri mu
tak kering juga garis mata ku
sedang dalam ingin
terbang bersama angin
jauh ke laut rindu.....



aslinahali
090511





~~~hampa~~~





amat sukar mengerti
yang terpendam diam
di lubuk paling dalam
pedihnya mencengkam
telah ku beri kan hati
terpahat indah janji
tegar nya kau memungkiri
 luntur cinta setia
aku hampa kehabisan kata
mengapa masih ada rindu ini
sedang kau melepas kan benci
dan aku terus mencintai
hingga berkecai hati....


aslinahali
090511


Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...