Tuesday, May 10, 2011

KISAH JUANA IDA (1 )








Di lahir kan pada 73 tahun yang lalu, dari sebuah keluarga campuran, ibu nya seorang wanita keturunan Jawa, manakala bapa nya berasal dari Belanda. Seorang yang sangat cantik semasa remaja nya dan sewaktu berusia lewat 40an. Itu lah dia kawan saya yang pernah sama-sama bekerja di sebuah kilang sekitar tahun 1980 sehingga 1985.....JUANA IDA BINTI AHMAD.


Sewaktu saya baru mula-mula bekerja di kilang tersebut, saya merasa sedikit hairan bila Juana Ida di perkenal kan kepada saya. Saya lihat wajah nya tak ubah seperti "orang puteh". Kulit nya sangat bersih, berambut perang,wajah nya di solek agak tebal, bertubuh tinggi dan potongan badan menarik, berskirt pendek, walhal dia sudah agak berumur ketika itu , lebih kurang awal 40an. Dia kelihatan nya sangat moden pada saya, yang sewaktu itu baru mula nak belajar mengenal dunia. " Ahhh.....makcik ni dah tua, make-up bukan main lagi, pakai skirt pendek pulak..." getus hati saya. Al-maklom lah, mak saya pun lebih kurang sebaya dengan dia, tapi mak tak moden, pakai baju kebaya dan baju kurung saja. Tak pernah pakai seluar panjang apa lagi memakai skirt. Nak kata mak saya duduk di "solok" tidak juga, kami tinggal berhampiran kawasan bandar. Cuma mak memang kuat memegang adat budaya lama.


Di kilang tempat kami bekerja , terdiri dari berbagai bangsa ,sebuah syarikat yang agak besar dari German, mempunyai hampir dua ribu orang pekerja. Pengurus dan kakitangan pejabat serta orang-orang yang berpangkat besar ramai yang terdiri dari orang-orang German. Saya pula ketika itu hanya lah seorang operator biasa, tak punya apa-apa pangkat, maklom lah , baru habis SPM. Masih cuba-cuba nak sambung belajar, konon nya nak masuk universiti lah. Pada saya, kerja di kilang hanya untuk sementara saja, kalau dapat peluang ke universiti atau maktab perguruan, saya berhenti untuk sambung belajar.


Juana Ida pula , ketika itu seorang "quality controller". Dia ada ramai kawan-kawan. Saya pula cuma ada hanya beberapa orang kawan saja. Saya terasa dalam hati, " Ermmm, makcik ni....ramai kawan-kawan dia. Agak nya sebab dia cantik kut.....agak nya orang cantik ni memang ramai kawan la....."
Saya dan dua orang lagi kawan sekampung saya yang sama-sama bekerja di situ, merasa agak ragu dan malu, Juana Ida pada kami seorang yang "mengagumkan".  Kami merasa kan dia seorang yang sombong dan tidak mahu berkawan dengan kami. Dah lah kami ni anak dara tengah naik, baru nak masuk 18 tahun la kata kan, sedang kan dia sudah agak berusia. Mahu kah dia menerima kami sebagai kawan ?
Sebab saya dan kawan-kawan saya ni masih hingusan, layak ke nak berkawan dengan orang macam Juana Ida tu ? Seorang yang ramai "peminat" ketika itu......:))


Tunggu kan cerita selanjut nya esok, kalau saya masih berkesempatan menyambung lagi Kisah JUANA IDA ini. Saya rasa cukup buat setakat ini dahulu yang sempat saya perbuat kan, sebagai pengenalan ringkas seperti mana yang pernah saya janji kan dulu, selepas Kisah Mazainah, Juana Ida akan menyusul pula buat teman-teman setia saya.....:))


Salam Sayang dari saya selalu buat semua :))







Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...