Tuesday, May 3, 2011

" pisau cukur ".......jaga-jaga !





Assalamualaikum saya hulur kan sebagai pembuka kata, 
semoga hari ini dan seterus nya akan lebih baik dari semalam.
Doa saya semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan redha Ilahi Rabbi.....Amin Ya Rabbal A'lamin.


Kali ini saya ingin bercerita tentang satu hal yang saya rasa semua orang sudah maklom, kisah tentang kehidupan yang sering kita dengar.....
                      "PISAU CUKUR "


Wanita memang suka di belai dan di manja kan. Nak-nak lagi ada yang sangat mengambil berat dan memberi perhatian kepada mereka.......kadang-kadang sampai naik tocang pun ada.......:))


Ada juga yang suka mengambil kesempatan keatas orang yang memberikan perhatian pada mereka. Itu lah yang sangat merbahaya, jadi........jaga-jaga lah wahai kaum lelaki. Walau pun saya juga seorang wanita, namun saya tidak menafikan , hakikat yang banyak terjadi sekarang ini.
Mengapa saya berkata begini ?
Sebab nya saya tidak mahu hipokrit tentang sifat kami wanita, bukan semua nya berhati baik dan tulus. Ramai juga "pisau cukur " yang berlagak lurus.


Ada lelaki yang dengan mudah nya tertipu pada lemah lembut dan keayuan wanita. Sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk seorang wanita........aduhai.....kesian nya....:(
Ada pula suami orang yang langsung terlupa kan anak isteri, di goda oleh anak dara kaki kikis.
Sanggup berhutang, bergadai bergolok, sebab nak bagi kesenangan pada kekasih simpanan.......sedang kan anak  isteri di rumah kebuluran. Bak kata orang, " kera di hutan di susu kan, anak di rumah mati tak makan ".


Si anak dara pula, apalagi.......kalau boleh semua nya nak di sapu bersih, biar botak licin , tinggal gusi......aduh, sedih !
Pernah seorang kawan lelaki saya, bercerita tentang "kekasih gelap"nya, seorang anak dara yang masih menuntut di universiti. Dia sanggup memandu berbatu-batu jauh nya sebab gadis tersebut. Kalau menerima panggilan telefon saja , kata ada masaalah, berlelah dia pergi untuk menyelesaikan kan nya. Tapi saya tengok, keluarga nya di abai kan. Memang lah dia seorang ketua keluarga yang tidak "pandai". Terjebak dengan godaan seorang gadis " pisau cukur ".


Satu ketika, kawan saya ni sanggup berhutang, tebal kan muka nya, sebab duit tak ada nak belanja "makwe"........alahai, memang kerja gila !
Dunia punya dalam, macam-macam ada......kalau di fikir-fikir oleh saya yang sudah tua ni, macam tak masuk akal pun ada. Untuk apa berhabisan harta benda hanya kerana seorang wanita lain sedangkan isteri yang setia dan anak-anak tersiksa lahir batin.


Perbelanjaan keluarga patut di utama kan, sebab si lelaki bukan seorang hartawan atau jutawan. Lain lah kalau dia memang seorang yang kaya raya, harta makan tak habis tujuh keturunan. Boleh lah pasang empat pun......Ini tidak, dah lah belum halal, tapi menjaga " wanita simpanan " lebih dari menjaga isteri nya yang halal dan sah di sisi Allah. Patut kah begitu duhai Lelaki ?


Ada pula lelaki yang terjebak dengan godaan wanita yang bergelar janda. Maaf, sebelum tu nak kata, bukan semua janda ni jahat dan penggoda, ramai yang baik-baik di luar sana. Hanya segelintir sahaja yang membuat perkara yang di larang agama, sedangkan yang baik-baik dan berhati mulia masih ramai. Namun , pun begitu......"angkara nila setitik, rosak susu sebelanga ". Kesian juga nasib janda, ya ? Sering di pandang dengan pandangan serong......hmmmm....apa lagi yang saya nak kata.


Pernah seorang kenalan saya , runtuh rumahtangga nya akibat tergila-gilakan seorang janda yang bekerja sebagai GRO.. Isteri terlalu menderita akibat perbuatan suami yang durjana. Hampir setiap malam semasa masih menjadi isteri kepada lelaki tersebut, si isteri menelefon saya mengadu tentang suami nya yang gila kan seorang janda seksi di kelab dangdut. Aduhai, kadang-kadang saya rasa macam nak pergi ke kelab dangdut tu, nak teman kan isteri malang tersebut, tapi saya ni seorang yang agak penakut sikit. Jadi yang saya mampu , hanya lah menasihati nya dan memberi sedikit wang keperluan semasa dia sesak tak berduit nak membeli makanan.
Apa yang saya boleh buat lagi, hanya lah mendoakan supaya rumahtangga mereka selamat.


Namun ALLAH, maha adil , buat baik di balas baik, buat jahat, akan menerima padah akhirnya.
Bila si suami sudah tak sedar diri lagi, isteri malang itu di ceraikan......supaya senang dia nak bersama janda tersebut. Bebas nak kemana saja dan berbuat maksiat sesuka hati nya.
Isteri nya pula cuba mencari pekerjaan di gerai makan, Alhamdulillah......mampu juga untuk menerus kan kehidupan dan menyara anak-anak nya. Dia terpaksa menjadi janda dan dia bukan janda yang tak baik, seorang yang bekerja keras untuk anak-anak nya. Demi mencari sesuap nasi , meneruskan kehidupan yang masih panjang.


Manakala si suami pula, apabila hidup sendiri, memang lah pada mula nya sangat seronok. Bebas bak burung terbang, kemana-mana tiada yang menghalang. Namun manusia bukan boleh menongkat langit. Bila dia hidup sendiri, mula lah serabut, makan pakai tak terurus lagi, duit habis di joli ke sana sini. Akhir nya sendiri yang rugi......janda yang seksi terlepas lari......akhir nya dia gigit jari !
Mula lah nak kembali kepada bekas isteri........aduhai Lelaki......akhir nya berpatah kembali bila buntu bertemu jalan mati.
Setelah botak licin di cukur Si "PISAU CUKUR", baru lah tersedar sebab dah jatuh tersungkur !


Akhir kata dari saya, bukan semua anak dara dan janda jahat ada yang baik, bukan semua nya "PISAU CUKUR", ada yang terkena cukur juga oleh LELAKI BUAYA........jadi  pandai-pandai lah kita memilih jalan hidup , kalau nak di fikir-fikir, sampai tua tak habis fikir......selagi dunia belum kiamat selagi itu cerita tentang kehidupan belum tamat.


Esok hari masih ada mentari yang menyinari andai belum kiamat lagi........:))
Sampai ketemu di lain waktu, salam sayang dari saya selalu.


aslinahali
040411




(foto ini hanya sebagai hiasan)


Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...