Monday, May 2, 2011

cinta setia.........berbaloi kah ?




Assalamualaikum pembuka kata,

kali ini saya nak cerita tentang kisah CINTA SETIA........ masih kah ada cinta sesetia cinta yang akan saya cerita kan kali ini. Saya tak pasti, cuma kali ini saya ingin kongsi kan satu " kisah benar " yang saya saksikan depan mata kepala saya sendiri. Mungkin ada sedikit pelajaran yang akan dapat kita jadi kan panduan, InsyaALLAH.


Dean ( bukan nama sebenar ) adalah kawan baik saya. Seorang lelaki yang saya rasa boleh di kata kan baik , lemah lembut orang nya, berbudi bahasa dan tak pandai marah-marah. Rajin berkerja dan berusaha untuk keluarga nya. Semasa bujang nya , Dean bekerja sebagai Chef di sebuah hotel terkemuka.
Boleh tahan juga gaji Dean, mampu pakai kereta dan menyumbang pada keluarga nya. Boleh kata kan dia anak yang baik lah, adik-beradik sayang kan dia sebab dia seorang yang bertanggung jawap pada keluarga.


Nak di jadi kan cerita, setelah lama di rantau orang,  Dean pulang ke negeri asal nya dan bekerja di sebuah tempat baru ,  Golf & Country Club. Semasa bekerja di sana, Dean telah berkenalan dengan seorang wanita yang agak cantik jelita , Ika ( bukan nama sebenar ). Ika seorang janda beranak empat. Dia bercerai dengan suami pertama nya, pilihan keluarga, sebab Ika sudah tidak suka untuk terus bersuami kan seorang yang kurang kacak dan tidak mahu lagi duduk di kawasan penempatan Felda. Ika sanggup mencari kan suami nya seorang wanita lain untuk di jadikan isteri sebagai ganti diri nya.


Dan sebelum itu dia memaksa suami pertama nya untuk menceraikan nya. Apa lagi yang hendak di kata, kalau hati sudah tak suka, berbagai cara di laku kan demi untuk memuas kan hawa nafsu sendiri dan kepentingan peribadi. Maka dengan berat hati, si suami terpaksa mencerai kan isteri yang di kasihi.......semata-mata isteri nya telah nusyus dan dia tidak mahu bergelar lelaki dayus. Suami nya sanggup menerima wanita lain sebagai ganti Ika......tapi kini mereka bahagia walau pun tidak di kurnia kan cahaya mata. Rezeki mereka bertambah-tambah sejak mereka berkahwin, mana kala Ika pula telah keluar dari tanah rancangan Felda, berhijrah ke bandar dan bekerja di tempat yang sama dengan Dean. 


Oleh kerana Dean seorang yang agak lurus orang nya, kata-kata manis Ika telah menambat hati, mentelahan pula Ika seorang wanita yang cantik, bentuk badan juga menarik walau pun sudah beranak empat. Kekal  mengancam, bergetah ...siapa yang tak tertawan.....dan Dean pula bukan nya muda lagi, sudah agak berusia juga ketika mengenali Ika.


Semakin lama semakin Dean terpikat pada Ika, selalu keluar bersama , maklom lah orang di lamun cinta.
Cinta mereka mendapat tentangan hebat dari keluarga Dean, sebab Ika jauh lebih tua dari Dean, sepuluh tahun. Dan yang paling keluarga Dean tidak merestui percintaan mereka ialah kerana telah ketahuan perangai Ika pada mereka. Perbuatan Ika pada suami pertama nya. 


Namun begitu, ketentuan ALLAH, tiada siapa yang dapat menghalangi nya. Walau di tentang hebat oleh keluarga, mereka bersatu juga dalam ikatan perkahwinan yang sah dan halal. Perkahwinan yang langsung tidak mendapat restu ibu bapa dan keluarga Dean, hinggakan terjadi pergaduhan sebelum dan selepas selamat berkahwin.
Dean menanggung semua perbelanjaan anak-anak Ika, tidak seorang pun yang tinggal bersama bapa mereka, sebalik nya semua anak-anak tinggal bersama Dean dan Ika. Dean di kurnia kan seorang anak bersama Ika. Mereka berdua akhir nya menjalan kan perniagaan sendiri. Dean sanggup berhenti kerja semata-mata hendak menolong Ika berniaga kedai makan. Sanggup berhabisan wang ringgit membelikan anak-anak Ika sebuah lori untuk berniaga dan sebuah kereta untuk anak yang tidak bekerja.,sedang kan dia sendiri mengguna kan kereta yang agak lama.


Permulaan perniagaan mereka boleh di kata kan maju dan laris, namun hidup bukan selalu indah. Ada masa di atas ada masa di bawah. Sampai ketika nya perniagaan mereka gulung tikar, Dean terpaksa bekerja semula di sebuah kantin sekolah sebagai tukang masak. Hutang mereka keliling pinggang, terpaksa lah Dean bekerja keras untuk melangsai kan semua nya, namun begitu masih tidak dapat melangsai kan segala hutang yang berbunga.......AHLONG.


Manakala saat itu Ika sudah mulai bosan dengan Dean, selalu Ika mengutuk-ngutuk Dean. Sudah tidak kacak lagi di mata nya. Duit juga sudah tak ada, apa nak di tunggu lagi. Mula lah Ika membenci Dean pula, dalam pada masa yang sama Ika mulai liar kembali. Sedangkan usia nya juga ketika itu sudah melebihi 56 tahun. Masih mahu mencari lelaki lain.......maka dia dengan tidak segan silu, telah mula bermain mesej dengan beberapa orang lelaki yang jauh lebih muda dari diri nya. Keluar berpacaran lagi dengan lelaki lain, lepas satu, satu .....langsung tidak memperdulikan Dean lagi. Saat Dean jatuh sakit, sampai kurus kering, Ika tidak mahu menjaga Dean, dia menghantar Dean pulang ke kampung. 


Keluarga Dean menerima kepulangan nya, dan saat itu mula menempelak perangai Ika. Kata mereka, ini lah balasan yang  Dean dapat bila keluarga tak merestui perkahwinan mereka dulu.
Lama Dean sakit, langsung Ika tak ambil pusing, dia leka dengan kekasih baru nya yang berusia 25 tahun.
Setelah di bawa berjumpa doktor, akhir nya Dean sembuh walau pun sebenar nya doktor sendiri tidak pasti apakah sebenar nya penyakit Dean.


Setelah sembuh sedikit, Dean kembali kerumah mereka, dan Ika pula tidak langsung memperdulikan nya. Makan pakai Dean tidak langsung di hirau kan. Pandai-pandai lah sendiri, sebab waktu itu Ika sudah mula berniaga di sebuah kantin sekolah dan dia di bantu oleh kekasih baru nya. Orang muda, tentu tenaga lebih kuat dan ada gaya walau pun sebenar nya bukan lah seperti yang Ika sangka. 
Dengan lagak yang seperti anak gadis remaja , Ika dengan selamba mengutuk Dean. Dia tak suka sebab Dean sudah kelihatan selekeh di mata nya.


Maklom lah , Ika merasa kan yang dia masih muda jelita, ada gaya dan masih boleh memikat siapa saja. Memang lah sebab Ika bekas Mak Andam, jadi dari segi melaram memang tak di nafi kan, masih menawan di mata orang, tapi di mata saya dan rakan-rakan nya yang lain......aduhai......tak tau nak kata apa......kedut sana kedut sini, bahagian yang mana cantik kami pun pelik.....


Rupa-rupa nya antara rakan-rakan saya, ada yang sudah tahu satu rahsia Ika yang selama ini saya dan yang lain-lain tidak tahu. Aduh......SUSUK......itu yang buat kan kami semua terkejut !
Ika memakai susuk selama ini, supaya dia kelihatan cantik di mata lelaki. MasyaALLAH.......saya terkedu saat mengetahui perkara sebenar. Apa kah dia tidak takut balasan ALLAH di akhirat kelak ?


Memang lah saya tahu dia agak kurang dalam hal-hal berkaitan agama, solat pun tidak pernah saya nampak dia menunai kan nya. Malahan dalam bulan Ramadhan, orang lain berpuasa tapi dia anak beranak dengan selamba makan semeja di siang hari di kedai tempat dia berniaga. Sedikit pun tidak segan silu, apatah lagi nak menghormati orang lain yang berpuasa. Kata orang kalau dengan ALLAH dah tak malu dan takut, apatah lagi dengan sesama manusia. Buat selamba saja lah, nak malu apa pulak.


Berbalik pada kisah Dean, dalam pada dia belum berapa sembuh sepenuh nya, sekali lagi dia kecewa di atas sikap Ika. Oleh kerana Dean ketika itu agak lemah, Ika telah mencurangi nya. Kali ini , Ika telah di tangkap basah dengan kekasih nya di sebuah rumah sewa lelaki berkenaan.
Malu nya Dean tidak terkata, sanggup Ika mendua kan dirinya. Mentang-mentang lah Dean sudah tak punya apa-apa lagi, dia di khianati oleh isteri yang amat di kasihi.
Dean menangis ketika berbual dengan saya, mencerita kan hal isteri nya. Saya menasihati nya, supaya bersabar dengan ujian yang di beri ALLAH......hidup memang bukan mudah dan senang sentiasa. Banyak pahit manis yang terpaksa kita tempuh. Bukan kah ALLAH menguji tak akan pernah berhenti, redha lah atas apa yang terjadi. 
Setelah di dapati bersalah oleh mahkamah, dengan berat hati Dean terpaksa mencerai kan Ika yang sangat di cintai nya. Dia memula kan hidup yang baru dengan anak lelaki nya bersama Ika. Namun, Dean masih tidak dapat melupakan Ika, sentiasa menyayangi bekas isteri nya, sedangkan selepas habis edah, Ika berkahwin dengan kekasih nya yang berusia 25 tahun itu.


Dean sebenar nya memang tidak pernah tertawan dengan wanita lain, hanya Ika sahaja di mata dan hati nya. kerinduan nya terhadap Ika tidak terubat......sangat tenat, menanggung nya sarat......
Kata orang " tak mati badan merasai ".......begitu lah keadaan nya.......saya sungguh kasihan kan dia, puas saya menasihati nya, namun usaha saya sia-sia......Dean tetap tidak berubah, masih setia dan masih cinta kan Ika. Apa yang mampu saya dan rakan-rakan lain serta keluarga nya buat lagi ? 
Tak sampai hati kami melihat keadaan Dean yang semakin hari semakin kurus kering. Makan pun tidak lalu , senyum nya juga tidak seceria dan semanis dulu-dulu.


Setelah hampir setahun bercerai, Dean jatuh sakit kembali. Doktor gagal mengesan apa kah sakit yang di hidapi nya. Pihak hospital akhirnya mengambil keputusan supaya keluarga membawa Dean pulang ke rumah. Dia tidak dapat di ubati lagi. Setelah seminggu terlantar di rumah, Dean akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir, dia meninggal dunia di samping keluarga nya.
Saya terkejut dan menangis bila mendapat panggilan telefon dari anak tiri Dean yang sulong. 
" Mak Lang.......Pak Dean dah tak ada, dia dah meninggal pagi tadi......." Along tidak dapat meneruskan kata-kata nya lagi......teresak-esak menangis , suara nya tersekat di kerongkong.......kami berdua menangis dalam telefon pagi itu......
"Innalillahi wainna ilaihi rojiun........sabar lah Along, ALLAH lebih sayang kan dia dari kita, biar lah dia pergi, redha kan dia ya, kalau dia hidup pun kita tak sampai hati tengok dia merana macam tu......" balas saya dengan esakan yang tidak tertahan, tumpah lagi airmata saya bila terkenang kan nasib kawan baik saya DEAN.
Begitu setia cinta nya terhadap Ika, cinta dan setia nya sampai ke mati..........ada kah kita juga sesetia ini ?
Terserah anda untuk menilai bagaimana kah kisah CINTA SETIA ini.


Saya menulis bukan niat untuk mengumpat atau mengata orang yang masih hidup atau yang telah tiada, cuma saya berharap seandai nya ada yang baik jadi kan lah panduan, yang tidak baik buat lah sempadan. Saya juga bukan seorang yang sempurna , banyak salah silap yang mungkin saya tidak sengaja, maklom lah saya juga INSAN BIASA.....mohon maaf jua yang saya pinta , tulus dari hati.


Salam Sayang dari saya ,
aslinahali
030511

Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...