Akhir nya satu persatu rahsia Juana Ida terungkai, terlerai di hadapan saya. Mengapa saya ini menjadi pilihan dia meluah kan segala rahsia yang tersimpan di dalam hati nya, saya tidak pasti. Segala nya terjadi secara spontan. Cuma mungkin saya tidak pernah ingin memaksa Juana Ida untuk mencerita kan kepada saya tentang diri nya, namun ia nya di luah kan kepada saya, ada kah kerana dia menganggap saya sebagai adik atau anak sendiri, sebab dia tidak ramai adik beradik, mentelahan pula dia tidak mempunyai seorang pun anak. Jadi secara tak langsung dia memerlukan seseorang untuk berkongsi suka duka nya. Saya pula ada lah seorang pendengar yang setia, segala luahan hati nya saya dengar dan tidak mencerita kan kepada kawan-kawan yang lain. Hanya dia tahu siapa saya satu ketika dulu, seorang yang lurus bendul macam tiang kayu.
Ada satu hari, saya bergegas ke tandas kerana sakit perut nak muntah selepas makan tengahari di kantin tempat kerja, saya penghidap gastrik yang agak teruk. Selalu saya akan sakit perut bila selepas makan, terkadang semua yang saya makan tak sempat nak hadam, keluar semula begitu saja sebagaimana masuk nya. Hampir tak tinggal satu apa pun dalam perut saya. Tapi doktor menasihat kan saya supaya muntah kan saja lebih baik dari menghidap sakit yang berlarutan, bila muntah, semua angin dalam perut akan ikut keluar sama. Jadi saya sudah terbiasa , akan memuntah kan apa yang saya makan seandai nya selepas makan perut saya memulas bagai di jerut. Baru boleh lega dan sambung buat kerja semula.
Selepas muntah saya masuk ke locker room untuk rehat seketika, tiba-tiba saya terpandang Juana Ida sedang merokok di satu sudut sambil berdiri. Berdepus-depus asap rokok nya ke udara. Saya tidak pula merasa pelik bila melihat perempuan merokok sebab sudah biasa dengan emak saudara saya yang juga seorang perokok dan ramai lagi makcik-makcik jiran sekampung yang merokok. Mereka ni dah jadi perokok tegar, masa mula mengandung, ada yang mengidam untuk merokok dan akhir nya tak boleh berhenti walau pun sesudah melahir kan, sampai lah ke tua, merokok sudah menjadi satu perkara biasa, kalau tak dapat "gian".....
Saya menegur Juana Ida, " Aik, Kak Jun....hisap rokok ek, sedap ke ? "
" Hmmmm......bukan sedap sayang, mengidap lah.....dah biasa, tak dapat tak sah pulak, lepas makan Kak Jun mesti nak hisap sebatang pun jadi lah. " Kata nya sambil tersenyum dan mengangkat sebelah kening nya.
" Hahaha......angkat kening tu, makna nya sedap lah akak....." jawap saya pula sambil ketawa.
" Meh, nak cuba sepam....boleh tak ? " tanya saya sekadar nak mencuba. Sebab saya suka mencuba rokok pucuk Pak Ngah saya masa saya kecik-kecik dulu. Gulung-gulung daun nipah, lepas tu bakar, sedut lah, sampai tersedak-sedak.......kami memang sangat nakal, semua nak di cuba.
" Eh, jangan try lah, you know why sayang ? Kalau dah hisap rokok susah nak berhenti nanti....rugi..... " kata Juana Ida menghalang niat saya yang gatal nak merasa juga.
" Tak ada lah Kak Jun, saja jer, bukan betul-betul hendak, kalau hendak nanti saya pergi beli kat kantin sekotak. " balas saya sambil tergelak terbahak-bahak. Hilang rasa sakit perut sebab gastrik, ketawa pula sampai perut senak.
" Sebab Kak Jun hisap rokok, orang semua ingat akak "perempuan sundal", dia orang ni kolot lah, macam tak pernah tengok perempuan hisap rokok...." getus Juana Ida sambil memuncungkan bibir nya yang manis bak delima merekah itu. Walau pun muncung nya panjang sedepa, tapi saya tengok cantik jugak muka dia, maklom lah orang dah cantik, masam pun nampak masih cantik, kalau orang tak berapa nak cantik jangan lah cuba-cuba nak buat muncung sedepa, agak nya bertambah hodoh rupa nya, lebih baik senyum jer lah, tak lah orang lain yang memandang tambah menyampah, aduh....jahat nya mulut saya ni.....nak kena "zip" kan biar senyap sikit.....:))
Bukan apa, supaya orang tahu senyuman itu penawar kalbu, jadi saya sambil bercerita , sambil memberi pesanan ringkas buat semua yang membaca. Jangan pulak ada yang marah kat saya lepas ni ya :))
" Kak Jun ni sosial, memang akak nakal sikit masa anak dara dulu, party, enjoy sana sini, biasa lah. Setakat rokok ni tak apa, tapi akak tak minum beer , dosa tu....haram. " kata Kak Jun lagi, bercerita pada saya.
Saya pula tidak hairan dengan kata-kata Juana Ida, sebab saya dah dengar ada orang bercerita di belakang dia, kata dia kaki joli, berpoya-poya sana sini, tak sedar diri dah nak mati.
Tak mustahil lah orang kata dia macam-macam, mungkin di sebab kan sikap dia sendiri yang tak pandai menyorok kan perkara peribadi. Pada dia , kalau dia mencerita kan hal peribadi nya pada orang lain, dia ingat semua orang akan simpan dan tak mengata dia, tapi sebalik nya pula. Biasa lah manusia,bukan semua nya boleh simpan rahsia, " mulut tempayan boleh di tutup", mulut orang suka
menyebar kan cerita walau pun dah tahu mengumpat itu berdosa.
" Nak tanya akak sikit boleh tak ? " soal saya untuk mengetahui kenapa dia selalu menculas, curi-curi tidur waktu kerja.
" Tanya lah, tak apa....kalau tak tahu bertanya, tak lah sesat jalan nanti...." kata dia seakan menyindir saya pula, aduhhh......merah padam muka saya, terasa kena sindir, sebab saya cuba nak jadi "busy body".
" Tak lah, saya heran tengok Kak Jun selalu tidur time kerja, kata tak ada anak kecik nak jaga, abes tu memalam akak buat apa kalau tak tidur ? tanya saya buat muka selamba.
" Akak jahit baju kurung, buat bunga telur orang tempah nak kawin. Bulan ni banyak tempahan sikit, rezeki Allah nak beri, tak kan nak tolak pulak. Kena lah terima , nanti dapat duit tempah boleh simpan, mana tau hari depan akak tak kerja lagi, dari sekarang ni lah nak cari duit." balas dia tersenyum tapi kali ini senyuman nya nampak "pahit".....
" Rajin nya Kak Jun, pandai pulak macam-macam, kalau saya ni tak pandai lah nak jahit untuk tempahan, jahit untuk pakai sendiri pun tak berapa nak cantik. Bunga telur tu lagi lah saya tak tahu. Agak nya sebab tangan saya ni keras kut, akak...." balas saya pula.
" Eh, dulu akak pun tak pandai jugak, tapi masa akak baru-baru bercerai dengan abang Ramli, akak duduk dengan Kak Lily, kakak Kak Jun yang sulung, dia lah ajar buat semua ni. Start dari tu lah akak pandai , kalau you nak belajar, boleh Kak Jun ajar kan jugak." pelawa dia pada saya.
Kembang nya dalam hati saya, ada orang nak tolong ajar kan saya yang tak berapa pandai ni.
" Kak Jun ni baik hati lah, kenapa orang kata Kak Jun jahat ? tanya saya lagi.
" Hati orang memang busuk lah sayang, kita buat perkara betul pun, dia orang kata kita buat serong. Lantak lah apa orang nak kata, asal kan akak tak kacau orang, buat hal sendiri sudah lah. Penat mulut dia bercakap, berhentilah nanti. Apa yang you dengar pasal akak ? " tiba-tiba Juana Ida menyoal saya membuat kan saya tersentak seketika.
Alamak, apa saya nak kata kat dia, yang orang-orang bercerita busuk mengenai diri nya. Takut pula nanti dia serang orang yang bawak cerita dia ke sana kemari tu.
Saya menyesal pula dalam hati, sebab tak jaga mulut saya, bertanya dia itu ini.....tapi saya memberani kan diri untuk memberitahu dia duduk perkara sebenar nya, yang orang lain mengumpat dan mengata dia macam-macam, sebab saya nak tahu dari mulut dia sendiri samada yang saya dengar itu betul atau tidak.
Dari mendengar yang belum tentu betul, lebih baik saya berterus terang dengan Juana Ida supaya saya tidak tersalah sangka yang bukan-bukan.
" Betul ke dia orang kata Kak Jun ni malam-malam jadi "call girl" ...orang boleh pakai dan bayar akak ? " tanya saya selurus-lurus nya. Apa nak jadi lepas ni , saya nekad, kalau dia tak mahu terus berkawan dengan saya lagi pun tak apa , sekira nya betul dia seorang "pelacur" dan saya pula tidak mahu di kata kan "anak ayam" yang "sekapal" dengan dia. Bukan nya saya nak menghina nasib seorang "pelacur" tapi saya takut emak dan abah saya yang garang dan tidak suka saya berkawan dengan sebarangan orang. Walau pun pelacur juga manusia biasa tapi pepatah ada mengatakan, 'seandai nya kamu berkawan dengan seorang tukang besi, maka kamu akan mendapat juga percikan api nya, seandai nya kamu berkawan dengan penjual minyak wangi, maka haruman nya akan melekat juga di baju kamu.' Saya langsung tidak merasa takut lagi selepas bertanya kan soalan tersebut, malahan ada satu macam kelegaan di hati saya. Lega selepas meluah kan apa yang terbuku di hati saya selama ini.
" Hah ! Akak dah agak dah, mesti satu hari you pun akan tanya soalan ni kat akak." wajah nya merah padam macam udang kena bakar. Saya diam seribu bahasa. bukan takut, tapi menunggu apa yang akan keluar dari mulut dia seterus nya.
" Memang....ramai yang ajak Kak Jun tidur dengan dia orang, ramai yang nak bayar akak....tapi akak bukan nya tak ada iman. Akak masih tau halal haram, masih tau dosa pahala. Walau pun akak janda, bapak akak orang puteh, bukan nya akak ni tak ada ugama. Apa dia orang ingat akak ni siapa ? Mentang-mentang lah akak tak nak, dia orang tak puas hati....kata itu ini. Cuba kalau dia orang dapat akak, lain pulak cerita yang dia orang buat nanti. Sedang kan tak ada apa-apa ni orang kata macam-macam, kalau betul akak jual "body", entah apa lagi dia orang kata. Sedap jer mulut mengata akak, suka jaga tepi kain akak, kain sendiri koyak rabak tak nampak ! " marah sungguh Juana Ida ketika itu. Merah padam muka nya, sementara saya pula diam membatu, kaku....tak tahu nak kata apa lagi cuma menanti apa akan jadi selepas ini.
Apa kah Juana Ida akan terus dengan kemarahan nya dan membuang saya sebagai seorang kawan yang telah mula rapat dengan dia ?
Nanti kan kisah selanjut nya andai saya berkesempatan untuk menyambung kisah ini. Sehingga di lain waktu, izin kan saya berlalu dulu.
"kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi"