Saturday, November 24, 2012

~ CAKE 'n' MUFFIN ~





lagu ini tak ada kena mengena langsung dengan cerita aku kali ini.
sengaja aku nak letak lagu ni , sambil-sambil aku membakar kek dan muffin aku.

sebenar nya sudah bertahun-tahun aku tak 'berselumak' dengan tepung , tapi entah mengapa sejak aku menjadi 'penganggur terhormat' sekarang , aku mula suka berjinak-jinak lagi dengan tepung , gula , butter , telor dan segala bahan untuk memasak kek dan muffin.

teringat aku , dialog dari seniman A.R Badul dalam satu rancangan khas hari raya lebih sepuloh tahun yang lalu , kalau aku tak silap lah , sebab dah semakin tua ni aku pun dah semakin menjadi pelupa.
kata nya kepada arwah pelakon pelawak wanita Yusni Jaafar, 

 " Sayang ... , tangan yang baik , pegang tepung jadi kek ,  "




itu lah yang aku alami sekarang , walau pun sudah hampir 20 tahun aku tak pernah membuat kek sendiri , sebab kesibukan aku berniaga , tapi 'skill ' aku rupa-rupa nya masih belum hilang.
kali pertama mencuba semula berselumak dengan tepung , memang menjadi kek dan muffin yang aku buat.

dalam ramai-ramai yang makan muffin aku , cuma seorang saja yang kata , 

" alah , tak ada apa-apa special pun , rasa macam kek pisang biasa jer ..."

owhhh ... itu aku tak kisah lah , sebab majoriti kata , 

" ermmm ... sedap , not bad ..."

kata-kata yang mengkritik aku ambil sebagai peransang untuk maju kan diri sendiri ...
maka dengan itu , aku mengambil keputusan untuk terus membuat muffin dalam pelbagai perisa , yang paling aku suka buat ialah perisa coklat.
selain itu aku buat perisa vanilla , pisang , badam , kismis dan jagung.





Alhamdulillah , ada juga rakan-rakan yang menempah untuk di makan bersama keluarga , ada yang menempah untuk disedekah kan pada anak-anak yatim , selebih nya aku jual tangan atas tangan.
untung tak banyak tak apa , sebab aku jual cuma dengan harga seringgit sahaja.

kata orang , " sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit " ... jadi aku rasa biar lah aku bermula dengan secara kecil-kecilan untuk terus menjadi kan 'impian satu kenyataan' ... mana tahu satu hari nanti muffin aku terkenal dan mendapat sambutan ramai.

wahhh ... memang lah aku ni kuat berangan-angan , tapi tak kisah lah kan ?
kalau tak ada angan-angan dalam hidup ini , aku rasa itu bukan 'orang' lah , robot kut ?

dan malam ini , aku ' berselumak' lagi dengan tepung ... aku buat kek buah-buahan.
wallahhh ... menjadi juga rupa nya kali ini ... aku suka sangat ... Alhamdulillah , Allah masih sayang kan aku , 'Dia' belum lagi menarik semua nikmat yang di beri pinjam ... keupayaan mental dan fizikal aku masih baik.

dan selagi di beri 'pinjam' , seboleh-boleh nya aku akan memanafaat kan nikmat pemberian Nya ... Amin Ya Rabbal A'lamin.

eehhh ... cuba dengar betul-betul lirik lagu di atas ya ...
demi cinta pada 'kekasih' atau pun 'kekasih hakiki' ... ?
aku nak terus senyum , 
sebab aku ni memang suka 'senyum' walau pun sedang bercakap dengan 'dinding' ... :)


aslinahali
4.20 a.m
25112012


owhh ... ya , aku lupa nak bagitau makna ' berselumak ' tu ... makna nya 'berlemuih' kata orang utara , tapi lebih tepat nya , 'comot' lah ... hehehekkk :)






Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...