Sunday, November 4, 2012

~ mimpi Si Tukang Masak ~





Alhamdulillah , saat ini aku sudah pun kenyang menikmati sepinggan nasi goreng.
pulang rumah , aku terlalu lapar ... 
mula lah aku menyelongkar apa yang ada di dalam peti ais , 
waahhh , ada sebungkus nasi kosong yang di beli kelmarin ,
tapi tidak pun di makan , 
sebiji telor , dua tiga batang karet , 
dan sebotol 'kimchi' yang di buat sendiri.
apa lagi , jam dua pagi , aku menggoreng nasi.
aduhhh ... nyum nyum nyum ... sedap pulak ' nasi goreng kimchi' ...
sebenar nya seharian aku tak berselera untuk makan nasi , 
hanya makan mee goreng sahaja petang tadi.

banyak perkara yang berlegar-legar di kotak fikiran , 
semakin memikirkan nya semakin susah aku nak makan.
kadang-kadang hanya minum segelas nescafe dan sekeping karipap.

ramai kawan-kawan yang menegur dan bertanya ,

" kenapa kau kurus sekarang ni ?

dulu kau berisi lah jugak aku tengok. " 

" eh , ye ke aku kurus ?"
aku tanya balik soalan pada yang bertanya.

" ya lah , aku tengok kau tak macam dulu, 
kau jaga makan ke ?
oh ... ni mesti kau nak 'maintain' kan ?
takut gemok ... ? "
kata nya lagi..

" tak lah , aku biasa saja , aku makan banyak tau ...
tapi tak gemok kan ? 
hehehe ... "
sambil ketawa aku membalas kata-kata kawan aku tu.

" eh , kau makan apa sebenar nya , 
bagitau lah aku , aku ni makan sikit pun dah naik badan, 
macam mana nak maintain macam kau ni ... ? "
dia sibuk nak tahu , bagaimana  aku makan banyak tapi tak gemok.
mungkin dia ingat aku ada mengamalkan makan supplement atau apa-apa rahsia lain.

dengan selamba aku balas pertanyaan nya, 

" ohh ... senang jer , 
jadi lah macam aku , makan banyak 'hati' tau ... hehehe "

kawan aku yang bertanya terus melopong , lepas tu terbarai gelak nya ... aku terus ketawa dan senyum.
kami sama-sama ketawa ...

sebenar nya dia orang senang , apa pun yang di ingin kan dari suami nya akan di perolehi.
tiada yang sukar bagi nya , malah beruntung kerana mempunyai seorang suami yang baik , 
penyayang dan cukup pandai mengambil hati isteri ,  berlemah lembut serta berbudi bahasa.

mungkin sebab itu juga lah , walau pun dia makan sedikit , badan nya cepat naik.
berbeza dengan aku , makan pakai harus berusaha lebih mencari sendiri .
bukan mudah bagi aku untuk mendapat kan apa-apa pun yang aku impi kan.

namun aku bersyukur , 
masih di berikan kekuatan dalam mengharungi perjalanan yang penuh dengan ranjau dan duri , 
yang begitu mencabar 'kekuatan hati' ... 
Alhamdulillah , 
selagi bernyawa aku akan terus berusaha walau pun 'kekuatan tenaga' sudah tidak seberapa.

aku hanya berpegang pada 'tali Nya' ... Dia ada bila yang lain tiada bersama. 
InsyaAllah , semoga suatu masa kelak mimpi ku jadi nyata ... 
walau pun ketika itu nanti , 
aku sudah hampir ke penghujung jalan dan akan menemui sebuah 'perhentian'.



~ hendak menyemai si benih padi
sayang lalang penuh sebendang
hendak ku capai segala mimpi
sayang hilang menjelang siang ~



aslinahali
03.51 a.m
05112012


~ rezeki secupak  tak kan jadi segantang ? ~












Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...