Wednesday, November 7, 2012

~ Lagu Busu ~






belum pernah aku cerita kan tentang 'Busu' ... 
tetapi malam ini bila aku membelek-belek , menyingkap semula yang lama tersimpan , 
ingatan ku begitu kuat terhadap nya.

dia sangat tegas , jarang sekali memberi muka pada sesiapa.
walau pun dengan Nah adik nya sendiri.
Nah sering kena tegur dengan Busu , 
sebab Nah anak manja , memang selalu kena bebel kalau Nah silap.

walau pun Nah  anak bungsu tapi Nah tak dapat gelaran Mak Busu.
sebalik nya Busu sebagai kakak di panggil Mak Busu.
ini kerana dalam keluarga mereka , empat orang anak-anak Mak Nyonya  adalah anak angkat.
Along dan Unggai adalah cucu Mak Nyonya yang kematian ibu masing-masing sewaktu masih bayi , 
Busu pula anak saudaranya yang bungsu ,  juga menerima takdir yang sama.
manakala  Nah anak angkat yang lahir dari rahim wanita China Peranakkan Baba Nyonya Melaka.

Busu seorang kakak yang pandai memasak , rajin mengemas rumah.
belum pernah aku jumpa masak asam pedas sesedap masakan nya 
malah bukan sekadar itu , semua yang dia masak , aku akan makan dengan berselera.

tapi Busu kurang minat buat kuih-muih.
kalau dia teragak nak makan 'kuih sepit' , Nah akan diarah untuk membuat kan untuk nya.
begitu juga , kalau dia nak makan 'bubur som-som' .
bila hari raya , Along dan Nah lah yang akan membuat kan kuih bahulu untuk Busu.






aku sering di rumah Busu masa kecil , 
perkara pertama dia akan tanya bila nampak aku ialah , 
" kau dah makan ?
mak kau dah masak ke belum ? "

kalau aku kata belum  , 
dengan segera dia akan suruh aku makan apa saja yang ada dalam tudung saji diatas meja nya.

kadang-kadang kalau aku dah makan pun , aku akan kata , 
" dah , tapi lapar lagi lah , ada nasi ke Su ?
masak asam ada ?
nak makan sikit , boleh tak ?

" aahhh ... kau memang , 
kalau datang rumah Busu ni , tak makan tak sah kan ?
tu , ada dalam tudung saji tu , 
nasi dalam periuk ada lagi , pergi ambil sendiri. "
balas nya dengan senyum tapi aku tetap takut walau pun dia senyum.

pernah satu hari tu , aku masih ingat lagi ... 
Busu sedang duduk di pangkin rumah nya, sambil membaca surat khabar.
dia tak boleh kalau sehari tak dapat membaca surat khabar.
aku masuk ke dalam rumah , lalu dengan selamba 'buka radio' ... 
kan aku suka dengar lagu , suka menyanyi ... 
kalau pergi kerumah nya pasti aku akan tumpang mendengar radio nya sekali.

dan lagu ini lah kebetulan sedang keudara ... 'Cinta Sejati' 
nyanyian seniwati Normadiah dan seniman Aziz Jaafar.

sedang aku khayal mendengar lagu ini , tiba-tiba aku terdengar Busu ikut menyanyi sama.

" eehh ... Busu nyanyi ya ?
sedap lah suara Busu ... hehehekkk "
aku tergelak , dan kemudian tersengeh-sengeh.

" haaa ... kau ingat Busu tak pandai nyanyi ke ?
bakat terpendam tau ?
jawap nya selamba , tapi kemudian dia senyum , lama ...

itu lah pertama kali aku mendengar  Busu menyanyi , 
kata nya lagi , dia minat akan suara seniman Aziz Jaafar.

dan bila aku terdengar semula lagu ini , 
ingatan ku menerawang kembali pada waktu dulu , 
dimana aku banyak belajar dari Busu cara-cara memasak yang menambat hati orang .

terima kasih Busu , walau kita tak lagi tertatap pandang , wajah mu tak hilang ...
engkau tidak meninggal kan aku dengan wang tapi dengan ilmu yang tak mungkin 'luak berkurang'.


aslinahali
04.27 a.m
08112012




Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...