Friday, November 16, 2012

... Langit Menangis ...





... kala aku tak berselera
dengan begitu banyak hidangan
saudara ku di sana
mengidam untuk makan

sedang aku nyaman 
bersiram pancuran
saudara ku 
bermandi darah di badan

tika aku riang berlagu merdu
di sana saudara ku 
hiba menangis pilu

bila aku seronok 
bermain bunga api
saudara ku menyusup nyasap
mengelak serangan peluru bertalu

lena dan nyenyak nya tidur ku
di ulit manis mimpi 
sedang di sana
saudara ku  terbaring
berteman jasad tak bernyawa lagi

di sini aku
selalu lupa pada yang kuasa
di sana saudara ku
tak henti menadah tangan
memohon perlindungan
Yang Maha Esa

Tuhan ,  
aku lupa bersyukur anugerah ehsan ...


aslinahali
09.25 p.m
16112012








BUDI

perniagaan kedai makan aku memang terkenal satu ketika dulu. tak menang tangan aku memasak dan melayan pelanggan . setiap malam aku "...