Tuesday, November 6, 2012

~ Teman Pengganti ~




aku ingat , masih kuat ingatan ku walau bertahun berlalu ... 
empat tahun bukan waktu yang singkat untuk aku mengenali mu , 
malam itu hujan terlalu kuat , 
kerana rindu yang terlalu pada mu, 
aku meredah hujan menuju pondok talipon awam, 
dua puluh sembilan tahun yang lalu, 
semata-mata ingin bertemu kerana hampir dua bulan kita sibuk dengan kerja.

waktu itu , kau sudah memiliki sebuah honda civik berwarna biru.
sedang aku masih belum punya apa-apa.
masih menaiki bas ketempat kerja.

kita bertemu juga malam itu , 
kau sampai dengan wajah yang tidak ceria,
bukan bagai sebelum nya, 
kita tak pernah bergaduh dan bermasam muka.

tiada gurau senda , 
aku tertanya-tanya mengapa ... ?

" maaf kan aku , 
kita tak dapat lagi bersama selepas ini ... "
kata-kata mu terhenti disitu .

" kenapa ?
tiba-tiba saja , masaalah apa ?
aku mendesak ingin tahu mengapa kau berkata begitu.

" sebenar nya berat nak bagitau kau , 
aku nak bertunang , dengan pilihan emak , 
sepupu aku yang duduk di Johor Bahru. 
aku tak tahu nak buat macam mana lagi , tak boleh tolak ... "
lantas kau genggam tangan ku bila aku tak dapat lagi berkata apa-apa , 
hanya airmata ku yang tumpah tak dapat di seka ...

malam itu , jika sekira nya aku sedang berdiri , 
sudah pasti aku rebah jatuh kebumi.
mujur kita hanya berbual dalam kereta , 
kerana hujan yang sangat lebat.
dan selebat itu juga lah airmata ku 
selepas kau melafaz kan kata-kata yang tak ku duga.

" buka lah mata luas-luas , pandang ke depan , 
ramai lagi pengganti jika aku tak ada dengan kau lagi.
jangan kecewa , tolong lah jangan menangis lagi , 
aku tak boleh hantar kau balik dengan keadaan kau begini ..."
pujuk mu bila aku tak berhenti menangis dan terus menangis.

akhir nya setelah sekian lama menjalin cinta , kita terpisah jua ... 
aku tak punya apa-apa harta , berbanding 'dia' yang memang dari keluarga berada.
aku tak menyalah kan kau sama sekali tapi aku yang merasa bersalah , 
tidak pernah sekali pun aku mencuba untuk mempertahan kan 'cinta' yang sekian lama terbina , 
hanya menurut saja apa kata mu , 
dan aku merasa amat tidak berbaloi berkorban perasaan dan hati sendiri , 
hanya kerana ingin melihat orang yang aku cintai hidup bahagia , 
namun perkahwinan mu berakhir dengan perceraian 
setelah 'dia' bertemu yang lebih berada dari diri mu.

bukan bermakna aku menyesali apa yang pernah terjadi , 
masih ada ingatan manis antara kita berdua , 
dan malam ini aku teringat kad undangan persandingan mu , 
sengaja aku tidak menghadir kan diri di majlis meriah itu.

walau pun setelah kata putus terucap dari bibir mu , 
kita masih berhubung hingga kini .
ternyata benar juga kata mu dulu, 
antara kita tiada jodoh, 
namun aku masih di hati mu.

Semoga kau berbahagia dengan kehidupan mu yang baru ,dan aku masih begini , dengan dunia ku sendiri , masih 'bercakap dengan dinding' ...


aslinahali
05.01 a.m
07112012














Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...