hampir dua puluh tahun dia menyimpan rindu yang mendalam , rindu yang sukar di lafazkan .
semenjak itu cinta nya semakin kuat hari kehari .
apabila menyebut nama nya , dia menitiskan airmata .
apa bila rindu itu bertandang tanpa diundang , dia menangis seperti anak kecil kehilangan Mak.
hanya beberapa orang saja yang tahu siapa Lelaki Teragung yang menjadi kekasih senyap nya.
tidak semua orang tahu siapa orang nya.
tidak dia mencerita kan pada sebarang orang.
kerana kebimbangan nya tentang fitnah yang datang dari mereka yang tidak memahami.
pernah dua orang kawan rapat , yang telah pun menjadi arwah memberitahu kan hal yang mengejutkan nya.
tentang Lelaki Teragung itu , jika dia benar-benar melihat wajah nya bermakna dia akan menemui ajal .
maka tersimpan lah dengan rapi tentang Lelaki Teragung yang dikasihi nya.
malam itu , sebenar nya dia bermimpi ... di dalam sebuah masjid , ramai orang yang menyesakkan .
dia berdiri untuk solat , disebelah tabir hijau pekat itu lah, betul-betul berdiri nya Lelaki Teragung yang menjadi kecintaan pada banyak orang .
dia hendak menyelak tabir kerana ingin menatap wajah Lelaki Teragung itu.
namun tidak terselakkan .
dia ralat , kesal dan kecewa.
apakah dia tidak layak menatap wajah Lelaki Teragung ?
apa kah dia manusia yang terlalu berdosa sehingga tidak layak bertemu ?
apakah dia manusia paling hina ???
semenjak hari itu dia memendam rindu yang terlalu.
berhari-hari dia memikirkan tentang Lelaki Teragung yang sangat dirindui nya.
hanya ALLAH yang tahu kerinduan yang teramat ...
namun baru-baru ini dia terlihat sebuah video tentang mimpi seorang ulama terkenal , yang telah pun meninggal dunia telah bertemu Lelaki Teragung tersebut.
memang sama seperti mimpi nya , dia tidak dapat menatap wajah sebenar Lelaki Teragung yang dicintainya.
ulama tersebut juga merasa sama seperti dia , tidak layak bertemu ...
ALLAHU AKBAR , bagaimana sebenar nya rupa wajah Lelaki Teragung ?
dari khabar yang dia terbaca , wajah nya sangat cantik dan berambut ikal .
benar kah ???
Wallahua'lam, hanya ALLAH yang tahu .
semenjak itu , cinta dan rindu pada Lelaki Teragung tidak menjadi rahsia besar nya.
dia bercerita tentang nya pada teman-teman rapat dan dia tidak lagi malu-malu mengakui cinta pada Lelaki Teragung itu sangat hebat , melebihi cinta nya pada yang lain.
Alhamdulillah , dia menemui cinta nya dan rindu yang lain rasa nya dari rindu pada kekasih sementara di dunia.
ALLAH sentiasa menerima taubat hambaNYA yang memohon bersungguh-sungguh.
biar buruk dipandang manusia asalkan ALLAH memandangku dengan kasih NYA.
tidak aku mengimpikan penghargaan manusia atas perbuatanku kerana itu semua tidak bermakna .
sikap manusia memang selalu berubah , jika hari ini aku di sanjung kerana sesuatu kejayaan , esok mungkin akan di hina jika aku tersilap dengan hanya satu kesalahan.
ini lah hidup , keras dan mencabar !
aku pernah mempunyai seribu keinginan ,
tetapi keinginan ku untuk mengenal ALLAH mencairkan seluruh dunia.
bukan bermakna kini aku membuang duniawi ,
cuma keinginan mendapat cinta sejati dari Sang Khaliq meleburkan semua hasrat yang bersifat sementara .
jika aku mengejar dunia , dunia akan berlari jauh dari ku.
namun jika selangkah aku merapat pada NYA , seribu kali DIA mendekat.
aku jalani kehidupan ini dengan rasa syukur seadanya .
ujian di beri kan ALLAH tidak sama bagi setiap hambaNYA.
untuk menjadi diri sendiri perlu kenal diri ,
kenal diri maka aku akan mengenal Pencipta ku .
bila aku mengenal Pencipta ku maka semua yang telah di tetapkan untuk ku akan aku redha .
dari mana aku di datang kan didunia ini .
ada kah aku berdiri dengan sendiri ?
jadi untuk apa aku berusaha menentang Pencipta ku ?
ALLAHU AKBAR , sesungguh nya tiada daya upaya ku walau secuil menentang hukum dan ketentuan MU .
aku tahu dari mana asal ku , dan di mana tempat berpulangku.
Innalillahi wainnailaihi rojiun , Al-Fatihah buat guru ku Sheikh Mohd. Murtadza Sheikh Ahmad , mantan mufti Negeri Sembilan.
pemergian nya aku terima dengan rasa sebak di dada.
dia guru ku di Tarekat Ahmadiyah , yang membimbing beribu-ribu jemaah dalam majlis zikir di Pondok Rasah.
aku hanya insan kerdil yang terselit dalam ribuan jemaah lain.
Kalimah LAILLAH HAILLALLAH seribu kali yang bergema dari suara jemaah , Ya Lattif , Ya Wadud , Ya Haiyun Ya Qaiyum Ya Dzaljalal liwalikram... suara yang bergema itu terngiang-ngiang segar di ingatan.
ALLAHU AKBAR , telah sampai janji yang terpatri , engkau tetap pergi jua.
kami mendoa kan semoga ALLAH meredhai mu guruku.
tidak akan sesaat tercepat mahu pun terlambat , apabila ALLAH telah memanggil kita untuk berpulang kepada NYA , maka tiada satu kuasa pun yang mampu menentang .
semua akan pulang kepangkuan RABB nya.
semua yang di kasihi di dunia akan tinggal , tiada satu pun yang kita sayangi akan di bawa bersama.
walau bagaimana sayang sekali pun pada akhir nya kita bersendiri menemui ILAHI RABBI.
tak mampu aku meneruskan nota ini , cukup sampai disini .
yang pergi tetap pergi , yang masih bernafas teruskan lah kehidupan sampai masa giliran kita di panggil pula.
apa-apa pun hidup harus terus .
hidup bukan sekadar berdiam diri dan terus meratapi takdir.
mengharapkan langit menurunkan hujan emas.
kita manusia mahu makan , mahu pakai ,
mahu selesa walau pun tidak kaya.
dan justeru kerana itu , yang berlalu biarkan lah berlalu.
segala kepahitan , segala kemanisan sudah pun kita cecap dan telan.
itu semua pelajaran berharga buat kita.
jika pun takdirnya tertulis bahawa yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti .
namun bagi sesetengah banyak orang , yang patah tak pernah mahu tumbuh lagi .
dan yang hilang sukar untuk bertukar ganti kerana ianya tak akan sama dengan apa yang pernah kita ada pada sebelumnya.
maka ... adalah lebih baik kita bertanya hati sendiri .
apa kah kita mahu terus dengan hanya memandang
dan membiarkan peluang yang datang berlalu percuma dengan sia-sia ?
tanpa memberi sedikit ruang untuk kita berfikir mungkin ada sinar menanti di penghujung hari ?
muhasabah diri , tanya hati berkali-kali apa yang kita mahu dalam hidup ini .
sedang kan ALLAH telah membuka jalan kita ,
cuma kita sahaja yang sering terkeliru mencari makna nya.
mungkin pada sesetengah orang berfikiran jumud.
itu memang tak dinafikan.
jika suami nya meninggal , dia bersumpah tidak akan menikahi mana-mana lelaki lain.
kata nya ingin bertemu dengan suami nya di syurga kelak.
kalau mereka berkahwin lain maka tidak dapat lah bersama suami nya.
tapi kata sesetengah yang lain pula berbeza.
ALLAH akan pilihkan untuk mereka suami mana yang terbaik di syurga nanti.
dan ini lah juga yang di kata kan oleh banyak para ustaz .
kalau mampu hidup sendirian tak mengapa .
tapi bukan semua manusia serupa.
berkahwin kali kedua setelah menjadi balu atau janda tidak salah .
sedang kan Rasullullah menikahi Siti Khadijah yang telah menjanda.
jadi di mana salah nya kalau wanita yang kematian suami menikah dengan lelaki lain ?
tidak ada satu nas pun di dalam Al Quran yang mengatakan bernikah sesudah kematian suami atau di ceraikan suami itu salah dan berdosa.
belum pernah terjumpa di dalam Al-Quran yang memberitahu bahawa pernikahan harus di lakukan di tempat-tempat yang tertentu seperti wajib di kampong laman sendiri !
memang tak pernah ada dalam Al-Quran dan Rasullullah menikahi ramai balu-balu yang kematian suami , malahan Rasullullah menggalakkan mereka bernikah semula kerana apa ?
kerana tidak mahu wanita-wanita yang bergelar balu dan janda ini hidup menderita.
hanya Siti Aisyah seorang saja anak dara sunti yang di nikahi Rasullullah.
jadi , jangan pernah takut untuk menikah kali kedua .
Islam tak pernah melarang umat nya berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran .
Islam agama yang mudah , jika seorang lelaki mampu zahir dan batin , dia tidak bersalah untuk beristeri sehingga empat orang .
hanya yang redha akan mendapat ganjaran dari ALLAH.
yang tak redha biasa nya tidak akan pernah merasa tenang dalam hidup.
indah sungguh agama Islam , ALLAH selalu adil dalam perancanganNYA.
setiap hal yang terjadi samada baik atau buruk pasti ada balasan .
kalian boleh memilih jalan hidup namun harus diingat bahawa yang kalian pilih itu lah jua kehendak ALLAH yang telah pun di tentukan sejak dari azali .
aahhh , penat pula rasa mata aku ni , badan pun kurang sehat jadi lebih baik istirehat .
"Demi ALLAH ,
jika kita di takdir kan menangis sendiri ,
belajar lah untuk yakin pada Ilahi Rabbi
jika kita lemah dan jatuh ketika di uji
maka belajar lah untuk bangkit kembali ."
awal December 2016 , aku memandu kereta menghala ke utara Semenanjung Malaysia.
seorang diri memandu , menikmati keindahan negara sendiri .
tiada perancangan awal , hanya entah mengapa hati ku rasa ingin ke utara .
setelah siap memasuk kan pakaian dalam bag aku meminta izin suami untuk mengembara sendirian.
tempat pertama yang aku tuju ialah Cameron Highlands.
sampai di Tanah Rata hari sudah hampir maghrib.
aku check in di hotel Parkland.
usai solat , aku memandu kereta menyusuri pekan kecil yang sangat sibuk sebenarnya.
setelah perut terasa lapar aku pulang ke hotel dan makan malam seorang di gerai berhampiran sebelum naik untuk tidur .
Cameron Highlands banyak menyimpan kenangan bersama arwah suami pertama dan anak-anak ku.
di sana lah tempat aku dan suami melepaskan lelah setelah penat berniaga .
kami sering bercuti kesana semenjak anak pertama masih kecil.
sehingga lah kali terakhir aku bercuti dengan nya di Cameron Highlands pada tahun 2006.
semenjak arwah suami pergi untuk selama-lama nya aku tidak pernah lagi kesana.
rindu menggamit aku untuk mengimbau kenangan malam di Tanah Rata.
ketika itu anak pertama ku sudah di tahun akhir diploma semasa menuntut di UITM Seri Iskandar.
malam itu kami sekeluarga dan adikku membawa anak-anak nya bersama-sama minum dan makan malam di gerai yang aku kunjungi kali ini.
terpandang semula di mata ku , kopi yang dituangkan arwah untuk anak-anak.
dia memang seorang bapa yang tegas namun sangat penyayang.
apa sahaja kehendak anak-anak sering di turutkannya.
tak sanggup aku bercerita tentang kisah silam yang seolah-olah kejam.
mari bercerita tentang kebahagiaan sekarang.
Cameron Highlands sekali lagi aku kunjungi pada tahun 2014 dan itu lah saat nya aku mendaki Gunung Irau .
penuh cabaran kalau mendaki gunung , tak perlu aku cerita sebab siapa yang pernah mendaki saja yang akan tahu kesukaran untuk sampai kepuncak.
saat mendaki itu lah aku belajar memahami kehidupan ini .
tidak akan berjaya jika aku mudah berputus asa !
bukan calang-calang orang yang sanggup meredah hutan belantara , turun naik bukit , memaut akar-akar yang licin , banir yang basah , batu-batu licin ... sangat mencabar !
tapi apabila aku berjaya , hanya ALLAH yang tahu perasaan aku .
namun kali ini aku seorang diri di sana , tiada seorang pun yang menemani.
berbekal kan kecekalan hati , semua itu bukan rintangan untuk bersendiri .
saat mengetik huruf-huruf ini aku tersenyum puas , sebab ALLAH selalu sayang kan hambaNYA.
dimana saja aku pergi , mudah untuk aku menguruskan diri.
Alhamdulillah.
selepas sarapan pagi esok nya , aku check out dan terus memandu menuju Kedah ,
sebelum itu aku menghubungi seorang adik angkat yang tinggal di Langkawi.
minta dia carikan hotel untuk aku menginap dan kalau boleh hotel budget yang paling murah kerana aku seorang .
tak perlu pembaziran menginap di hotel lima bintang.
sampai di Kuala Kedah aku parked kereta di sebuah masjid dan hanya membayar $10 sehari.
dengan ferry aku meninggalkan Kuala Kedah menuju Langkawi.
sangat menyentuh hati saat belayar waktu senja membawa ke malam.
hampir jam 8 malam aku sampai dan adik ku sudah sedia menanti .
kereta sewa telah aku booked seawalnya dan malam itu kami berjumpa buat kali kedua sesudah pertemuan pertama di Seremban tahun 2015.
Razlina sangat baik dan peramah pada pandangan ku.
tidak sangka , perkenalan di muka buku telah mengeratkan hubungan kami.
malam itu Razz melayan aku begitu mesra , kami bertiga dengan adik nya makan malam dan setelah itu aku kehotel untuk merehat kan diri .
Langkawi terkenal dengan lagenda Mahsuri , setiap kali kesana aku tetap mengunjungi makam nya.
Al-Fatihah untuk Mahsuri , dan saat berdiri dihadapan makam nya aku tak dapat menahan airmata untuk terus jatuh.
remuk rasa hati bila terfikir semula saat dia dihukum tanpa bicara kerana fitnah durjana.
wanita yang cantik mengapa sering difitnah oleh orang lain ?
tak habis aku berfikir dalam hati , mengapa kecantikan orang lain harus di iri ?
itu lah lumrah nya kehidupan , manusia selalu rasa tidak berpuas hati atas orang lain.
cemburu yang membunuh akhirnya !
tiga hari dua malam aku di sana , sempat bertemu keluarga Razz , ibunya seorang yang baik dan peramah , bapa nya sangat alim dan warak pada pandangan ku.
bicara mereka hanya tentang ALLAH dan ketentuanNYA.
walau pun masa sangat singkat , itu sudah cukup membuat aku memahami sikap mereka.
terima kasih tak terhingga atas nasihat mereka.
layanan mereka terhadapku tak akan aku lupa , budi baik ku bawa sampai mati.
apabila pulang aku selalu terkenang ...
jauh berjalan luas pandangan
luas pandangan banyak pengetahuan.
ilmu tidak hanya di universiti.
kita tidak akan diiktiraf orang berilmu jika kita hanya belajar teory.
pelajaran sebenar manusia ini ialah dengan pengalaman hidup.
pada aku setinggi mana pun ijazah tidak akan berguna jika hidup hanya dalam lingkungan sendiri.
keluar bergaul dengan ramai orang akan membuat kita lebih banyak menimba ilmu dunia dan ilmu akhirat.
setiap yang berlaku dalam kehidupan adalah dengan bersebab.
ALLAH tak akan menguji hambaNYA dengan hal yang sia-sia.
OK , sudah berat rasa mata , harus tidur dahulu untuk merehat kan badan dan mindaku
oh ya , lagu-lagu didalam blog kataku jiwaku tak ada kena mengena dengan nota-nota yang ada cuma ianya sekadar halwa telinga sambil kalian membaca.
Nota lama ini aku selitkan bila terjumpa , banyak yang tersimpan di dalam file , susah nak cungkil satu persatu . Tulisan ini ada lah kataku yang lahir dari jiwaku .
ada yang tak dapat aku lakukan sendirian
ada yang telah pun aku siapkan
juga sendirian
ada pun aku tetap berjalan
sampai satu masa nya
aku tiba di perhentian
di situ
semuanya akan baik-baik saja
dan tak akan lagi
ada tanya
tak akan ada terpaksa
December 2007 aku meninggalkan Malaysia menuju Jakarta , Indonesia .
itu lah kali pertama aku menjejakkan kaki di Indonesia , bumi asing bagi ku.
dengan berat hati arwah suami melepas kan aku dan Nadia serta yang lain nya ,
sebab kami tak pernah berpisah semenjak berkahwin.
kemana-mana selalu bersama tetapi kerana tugas nya menguruskan perniagaan jadi terpaksa juga dia merelakan kami pergi.
waktu itu aku bersama anak ku Nadia dan adik ku membawa tiga anak lelaki nya .
kami ke Jakarta kerana adik ku setiap cuti sekolah hujung tahun akan bercuti di tempat suami nya bekerja.
penerbangan terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ,
kerana pesawat yang kami naiki mengalami kerosakan sewaktu baru 10 minit berada di udara...
itu pengalaman pertama terkandas bila menaiki pesawat..
saat pesawat bergegar di udara aku lihat penumpang mula gelisah , tapi aku dan adikku tenang saja sambil berdoa semoga semua nya akan baik-baik kembali.
akhir nya pesawat kembali mendarat di Kuala Lumpur .
dan pihak KLM telah menempat kan kami di Hotel The Mines untuk bermalam setelah berjam-jam terkandas menanti di airpot.
keesokan nya kami bertolak ke Jakarta sebelah petang dengan menaiki pesawat MAS.
sampai di Bandara Soekarno Hatta hari sudah masuk waktu maghrib.
di sana driver sudah siap menanti , Pak Wanto nama nya.
orang yang sangat hormat kepada boss .
pada mula nya aku agak kekok bila di panggil dengan panggilan Ibu , sebab di Malaysia aku biasa di panggil dengan panggilan kakak.
bila ingat kembali ianya memang kelakar , sebab panggilan Ibu itu kalau di Malaysia hanya untuk Mak.
lain padang lain belalang , lain negeri lain tradisi.
lain orang lain lain bahasa , lain negeri lain cara .
di sana selama dua minggu , aku tinggal di kondominium mewah di Karawachi.
memang ramai orang asing tinggal di sana , yang paling ramai orang Korea.
mereka fasih berbahasa Indonesia .
banyak tempat-tempat menarik yang aku lawati , antara nya Istana Bogor , Cianjur , Tanggerang , Mangga Dua , dan beberapa tempat yang terkenal seperti Kebun Raya , Mini Indonesia dan banyak lagi nak dirindui ....
tapi sayang nya gambar-gambar semasa di Jakarta hanya tersimpan di CD dan di handphone lama yang telah hilang.
tidak dapat aku muat turunkan di ruang sempit ini .
cuma gambar semasa aku melawat Batam , Riau memang masih ada tersimpan.
dua kali aku melawat Batam. kali pertama di tahun 2013 dan kali kedua 2014.
kenapa dua kali ?
sebab Batam memang sesuai di hati.
pergi dulu baru tahu ....
kali pertama aku pergi seorang diri .
aku booked hotel Swiss Inn , memang hotel yang bagus dengan layanan staf dan makanan nya juga.
sebelum kesesuatu tempat , aku selalu search di Google sebab aku risau jika disana aku akan kekok bila bertemu orang-orang baru .
Alhamdulillah , semua orang yang aku temui memang peramah bila aku bertanya kan dimana nak naik teksi ke hotel.
bila aku seorang diri , aku tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan dari orang lain.
petua nya , senyum , peramah dan jangan sombong.
orang akan senang membantu kita .
tahun 2014 aku sekali lagi ke Batam bersama kakak ku.
memang seronok , perjalanan menaiki ferry dari Jeti Stulang Laut ke Batam Centre ,
laut yang terkadang bergelora tapi kami gembira.
# Selat Melaka lautnya tenang
di situlah banyak berlabuh perahu Bugis
orang yang jauh jangan di kenang
kalau di kenang tentu menangis.
Melaka dan Bugis sangat sinonim , ramai yang datang ke sini kerana sejak berzaman kita adalah serumpun dan sekeluarga.
terharu bila aku terkenang ramai nya saudara yang kita terlupa sebenarnya.
biar lah gambar-gambar yang menyambung cerita , sebab aku sudah mahu istirehat seketika.
awal January 2016
aku ke Vietnam untuk kali kedua .
pertama kali aku menjejak kan kaki di bumi yang pernah bergelora itu pada hari kelahiran ku tahun 2011.
waktu berlalu begitu pantas , kenangan tak akan terpadam dengan mudah.
Ho Chi Minh begitu mesra menyambut ku.
Kakak ku punya keluarga angkat di sana.
Hajah Basiroh memang terkenal sebab dia seorang qariah yang mewakili Vietnam menyertai Tilawah Al-Quran di Malaysia.
persaudaraan terjalin erat .
saling menghormati antara sesama manusia.
apalagi jika dengan pelancong , mereka menyambut penuh kemesraan.
yang aku belajar jika berkunjung ke negeri orang , senyum dan ramah lah dengan mereka.
kita akan di layan dengan baik .
namun jika sombong jawapan nya beraja lah saja di hati sendiri.
tak akan ada orang yang menyenangi sikap tak berbudi bahasa .
Kakak ku seorang wanita berjaya dengan dunia insurance nya.
aku tak mungkin mengikuti langkah nya .
sebab manusia ALLAH jadikan berbeza-beza.
jika semua menjadi menteri , siapa pula yang akan menjadi pemandu teksi ?
itu lah hidup , ada perbezaan yang semua telah di tentu kan ALLAH.
Ho Chi Minh tetap akan aku kunjungi bila sampai masa nya ALLAH izinkan.
Ini gambar kenangan tahun 2011
ini gambar kenangan 2016
Mencari Cinta Sejati
hembusan angin meniup wajah alam
mata ku tak berkedip menatap langit
terlalu luas tak bertepi pandang
bisa kah aku menyentuh awan
berwaktu-waktu aku mengasuh rasa
mendengarkan jiwa ku berkata-kata
tak mungkin aku abaikan kata hati
ku harus jujur pada hati ku
kau dan aku tak bisa bersama
bagai syair lagu tak berirama
selamat tinggal kenangan dengan mu
senyum ku melepaskan kau pergi
engkau bukan lah sebuah kesalahan
tak pernah aku menyesal mengenal mu
tapi biarkan lah aku terbang bebas
mencari cinta sejati