Thursday, March 2, 2017

Aku masih di hati ...




February adalah bulan kelahiran ku
55 tahun yang lalu Mak melahir kan aku pada jam 10 malam.
terima kasih Mak , telah melahir dan membesar kan ku menjadi anak mu.
bulan Ramadhan ada lah bulan aku di lahir kan dalam bulan Islam.
jadi aku lebih suka menyambut Ramadhan dari February.
kalau dulu aku muda , aku tidak tahu bulan kelahiran dan makna terlahir didunia.
syukur , diusia tua aku semakin memahami apa erti nya terlahir sebagai khalifah ALLAH.

Alhamdulillah , menyambut hari lahir sendirian pun aku terbiasa.
tiada hadiah satu pun , dan itu tak mengecewakan ku langsung.
masih bernafas di hari kelahiran sudah cukup bersyukur ,
ALLAH masih memberi kesempatan untuk masa denganNYA.

begitu pun suami dan anak-anak tidak lupa mendail nombor ku untuk ucapan dan doa mereka buat ku.
Syukur , masih ada yang mengingati dan masih menyayangi ku.
aku tak pernah meminta lebih dari kemampuan mereka.
cuma sesekali bergurau , bertanya hadiah walaupun pertanyaan itu bukan paksaan mahukan sesuatu dari mereka.
apa ada nya , semampu mereka , itu sudah lebih dari cukup.
kekayaan dan kemewahan ini semua nya bersifat sementara.
untuk apa menyimpan jika kelak mati aku tak tahu kemana simpanan ku di belanjakan .
apa yang di belanjakan untuk diri sendiri dan sedekah ku kepada yang memerlukan , itu lah sebenar nya harta ku.
yang di simpan menimbun , itu belum dikira harta ku kerana jika aku mati , orang lain yang membelanjakan nya dan kearah mana ???

Alhamdulillah , aku tak kaya tapi cukup lah dengan yang ada.
aku bukan jenis tamakkan harta dan kemewahan dunia.
aku tidak mempunyai simpanan wang yang banyak , cukup untuk belanja sehari-hari.
tidak mengemis dan tak pernah aku tak makan kerana mengikat perut.

demi ALLAH , dari NYA aku tiada menjadi ada dan akan tiada kelak nya.
ALLAHU AKBAR , AL-FATIHAH BUAT KU .

terima kasih anakanda Nadzatul Nadia Abdul Rashid yang  tercinta,
untuk saat indah ketika bersama mu .
mama sayang kamu ... dunia akhirat .

#Biar lah buruk kain dipakai
asalkan jangan buruk perangai .

biar kurang makan
asal jangan kurang ajar.

halia ini tanam-tanaman
kebarat jua akan condong nya
dunia ini pinjam-pinjaman
akhirat jua akan hujungnya.

gambar akan mencerita kan selanjutnya , Assalamualaikum.












Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...