Sunday, March 12, 2017

Jalan Masih Terbuka .




apa-apa pun hidup harus terus .
hidup bukan sekadar berdiam diri dan terus meratapi takdir.
mengharapkan langit menurunkan hujan emas.
kita manusia mahu makan , mahu pakai ,
mahu selesa walau pun tidak kaya.
dan justeru kerana itu , yang berlalu biarkan lah berlalu.
segala kepahitan , segala kemanisan sudah pun kita cecap dan telan.
itu semua pelajaran berharga buat kita.

jika pun takdirnya tertulis bahawa yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti .
namun bagi sesetengah banyak orang , yang patah tak pernah mahu tumbuh lagi .
dan yang hilang sukar untuk bertukar ganti kerana ianya tak akan sama dengan apa yang pernah kita ada pada sebelumnya.

maka ... adalah lebih baik kita bertanya hati sendiri .
apa kah kita mahu terus dengan hanya memandang
dan membiarkan peluang yang datang berlalu percuma dengan sia-sia ?
tanpa memberi sedikit ruang untuk kita berfikir mungkin ada sinar menanti di penghujung hari ?

muhasabah diri , tanya hati berkali-kali apa yang kita mahu dalam hidup ini .
sedang kan ALLAH telah membuka jalan kita ,
cuma kita sahaja yang sering terkeliru mencari makna nya.

mungkin pada sesetengah orang berfikiran jumud.
itu memang tak dinafikan.
jika suami nya meninggal , dia bersumpah tidak akan menikahi mana-mana lelaki lain.
kata nya ingin bertemu dengan suami nya di syurga kelak.
kalau mereka berkahwin lain maka tidak dapat lah bersama suami nya.
tapi kata sesetengah yang lain pula berbeza.
ALLAH akan pilihkan untuk mereka suami mana yang terbaik  di syurga nanti.
dan ini lah juga yang di kata kan oleh banyak para ustaz .

kalau mampu hidup sendirian tak mengapa .
tapi bukan semua manusia serupa.
berkahwin kali kedua setelah menjadi balu atau janda tidak salah .
sedang kan Rasullullah menikahi Siti Khadijah yang telah menjanda.
jadi di mana salah nya kalau wanita yang kematian suami menikah dengan lelaki lain ?
tidak ada satu nas pun di dalam Al Quran yang mengatakan bernikah sesudah kematian suami atau di ceraikan suami itu salah dan berdosa.
belum pernah terjumpa di dalam Al-Quran yang memberitahu bahawa pernikahan harus di lakukan di tempat-tempat yang tertentu seperti wajib di kampong laman sendiri !
memang tak pernah ada dalam Al-Quran dan Rasullullah menikahi ramai balu-balu yang kematian suami , malahan Rasullullah menggalakkan mereka bernikah semula kerana apa ?
kerana tidak mahu wanita-wanita yang bergelar balu dan janda ini hidup menderita.
hanya Siti Aisyah seorang saja anak dara sunti yang di nikahi Rasullullah.

jadi , jangan pernah takut untuk menikah kali kedua .
Islam tak pernah melarang umat nya berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran .
Islam agama yang mudah , jika seorang lelaki mampu zahir dan batin , dia tidak bersalah untuk beristeri sehingga empat orang .
hanya yang redha akan mendapat ganjaran dari ALLAH.
yang tak redha biasa nya tidak akan pernah merasa tenang dalam hidup.

indah sungguh agama Islam , ALLAH selalu adil dalam perancanganNYA.
setiap hal yang terjadi samada baik atau buruk pasti ada balasan .
kalian boleh memilih jalan hidup namun harus diingat bahawa yang kalian pilih itu lah jua kehendak ALLAH yang telah pun di tentukan sejak dari azali .

aahhh , penat pula rasa mata aku ni , badan pun kurang sehat jadi lebih baik istirehat .

 "Demi ALLAH ,
jika kita di takdir kan menangis sendiri  ,
belajar lah untuk yakin pada Ilahi Rabbi
jika kita lemah dan jatuh ketika di uji
maka belajar lah untuk bangkit kembali ."

#Zainab






Dzikir Penenang Hati

Ya Latif Ya Latif Ya Latif dzikir lah banyak-banyak semampu mu , sekuat mu , semahu mu . jika kau sedang gundah gulana dzikir ...